Bali : Hari Kedua, Bahagian I (01-03-09)

Cafe Matahari Bungalow disebalik taman bunga dan kolam renang.


Pagi jam 8 pagi, kami berkumpul di café matahari, sarap. Hidanganya tak banyak, mee dan roti sahaja, layak lah 2 star hotel. Tapi boleh juga order telur separuh masak dan scramble egg. Aku makan je apa yang ada, x cerewet sebab dah biasa makan dengan sederhana. Gede dan Agus sudah menunggu di lobby dengan van baru iaitu Innova. Wah, baru best nak berjalan, lebih selesa dan luas. Badan pasti tak sakit sebab kerusinya lebih empuk.



Hidangan sarapan pagi di cafe Matahari Bungalow, simple tapi sedap.


Jam 8.30pagi, kami bertolak pula ke contoh rumah tradisional orang Bali di Gianyar. Seperti kita, dalam pagar ada sebuah rumah dengan dibahagikan dengan ruang-ruang seperti bilik, dapur dan tandas. Tapi orang Bali, rumah tradisional ini macam rumah orang Cina zaman dulu, iatu dalam kawasan berpagar batu, di dalamnya ada rumah-rumah kecil yang ringkas dengan tingkap dan pintu sahaja. Ada rumah kecil untuk ibu bapa, ada rumah kecil untuk anak lelaki pertama (mereka wajib duduk sama orang tua), ruang rehat (juga berfungsi untuk upacara kawin dan upacara kematian), ada rumah dapur, perigi sbg sumber air, bangsal dan reban haiwan serta ruang paling besar adalah ruang sembahyang/pura sendirian berhad. Tandas dan ruang mandi tiada, macam biasa, buat di sungai. Unik tak rumah mereka?



Gambaran rumah tradisional orang Bali.


Pose di pintu masuk pura rumah tradisional Bali.



Rumah Ibu dan kolam ikan.





Lebih kurang 20 min, kami meneruskan perjalanan yang tidak jauh iaitu ke Sekehe Barong Sila Budaya iaitu Pusat Persembahan Barong pula. Di sini ada stage dan ruang penonton yang bertingkat. Sampai-sampai 2 penari perempuan sedang menari dengan tarian Bali yang aku suka sekali, liuk badan dan jari serta lirikan matanya itu sambil iringan musik Bali secara live. Kemudian barulah persembahan di mulakan. Persembahan ala-ala pementasan teater ini di namakan Barong dan Kris.



Tarian Barong


Terdapat 5 babak ini mengenai pertarungan kebaikan iaitu Barong (binatang purbakala) melawan kejahatan iaitu Rangda. Dimulakan cerita dengan Permaisuri Dewi Kunti di sampuk roh jahat Rangda, untuk melepaskan diri, dipersembahkan anaknya puteri Sadewa sebagai korban walaupun dia sangat menyanyanginya. Di bawanya ke dalam hutan, maka Hantu Rangda yang seram tu pun muncul hendak makannya. Tapi sebelum itu, Dewa Siva terdahulu datang ke Sadewa memberinya hikmat badan kebal. Maka, hantu Rangda gagal memakan dan mereka bertarung. Hantu Rangda ini kalah dan diampunkan oleh Sadewa lalu dapat balasan syurga. Tapi muncul pula hantu Rangda lain iaitu Kalika yang hendak amik kesempatan dengan keampunan itu, tapi Sadewa tidak beri. Lalu Kalika bertarung dengan Sadewa melalui jelmaan babi hutan dan burung. Untuk sama setanding, Sadewa bertukar menjadi Barong, namun gagal juga menewaskan Kalika walaupun di Bantu oleh pahlawan berkeris. Jadi pertarungan ini tiada kesudahan, macam konsep ying dan yang lah agaknya, jahat dan baik sentiasa disekeliling kita.


Kemudian, kami beredar dan singgah pula di pusat kraf perak. Agak boring di sini, hanya melihat mereka demo cara membuat hiasan perak dan ada ruang jualan. Tak ada siapa dalam rombongan kitorang beli sesuatu di situ. Kemudian kami pergi pula di pusat kraf batik, sama juga ada demo buat batik dan ruang jualan. Kat sini barulah kami beli barangan batik apa yang disuka. Agak mahal juga harganya, aku tak beli apa-apa pun, bagi aku tak perlu.



Peta kawasan Kitamani.



Kemudian, kami di bawa ke daerah Kitamani pula. Ianya kawasan bekas gunung berapi dimana letusnya Gunung Batur. Jam pun menghampiri 1 petang, guide kami membawa kami makan tengahari di Restoran Gunung Seri. Restoran ini cantik dan terletak di atas tanah tinggi menghadap gunung berapi itu. Cantik sungguh pemandangannya tambah dengan cuaca sejuk berangin. Di sana makan cara buffet, dan aku milih makanan ini. Sedap sekali! Sambil-sambil makan, hujan pun turun. Aduh, asal petang je hujan!




Pemandangan indah mengadap Gunung Batur dari Restoran Gunung Seri.



Set buffet pilihan aku, sedap dan puas, tambah jangan tak tambah Nick!
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment