Cuti-cuti Langkawi (Hari Pertama : 2-12-06)

Percutian ni sebenarnya dah genap 3 tahun yang lalu. Di tarikh dan bulan yang sama iaitu 3-Dis-2006, aku, Nick, Zah dan Poksak (Geng Ciri) berkembara ke Pulau Langkawi untuk bersuka ria dan mengeratkan persahabatan antara kami. Kira mcm gathering pertama kami untuk meraikan zaman memula kerja. Dah bergaji kan, ni lah masanya nak gunakan duit gaji untuk berhiburan, ehehe. Membantu sektor pelancongan negara juga kan.



Gigih dari selatan ke utara, Pulau Langkawi.



Bertolak dari Jb-Kuala Perlis dari mlm 1-Dis-06, perjalanan selama 12jam terasa agak perlahan dengan bas Durian Burung. Mungkin pasal bus ni 2 tinngkat dan untuk keselamatan penumpang, so driver bus bawak la dgn lite-lite je. Jam 7 pagi, syukur.... sampai juga di jeti Kuala Perlis. Kami dinanti oleh Zah dan Poksak yang dah 2 jam lebih awal sampai. Kesian dia.



Beli-beli tiket di kaunter, tak cukup duit ke Poksak?


Sesampai sana je, kitorang pi sarap dulu sementara menunggu trip feri nak gerak. Poksak dan Zah awal-awal dah sesiapkan tiket dan tempahan trip Island hoping dan sewa kereta, so kitorang tak perlu susah-susah. So kitorang pun happy lah dengan senang lenangnya untuk segala percutian ni. Lebih kurang 30min perjalanan Kuala Perlis-Jeti Kuah dengan feri, kami begitu excited sekali bila selamat dah sampai ke Pulau Langkawi.


Tuuu dia signboard.. sampai dah ke Langkawi !


Sesampai, kami terus mencari port sewa kereta yang telah di tempah, lalu mendapatkan kereta Waja untuk RM70 sehari. Kemudian, terus kami meluncur terus ke penginapan kami iaitu di Nadia Inn. Oleh kerana Langkawi agak besar, kami beberapa kali telah sesat dan was-was dengan hala tuju. Tu la, tak bawak map kan, yakin sangat dengan signboard. Huhu. Tapi, akhirnya.. selamat la juga jumpa Nadia Inn di kawasan Pantai Chenang. Boleh tahan la keadaan hotel tu, sesuai budget kami berempat. Yang penting lokasinya juga strategik, dekat dengan kedai makan dan pantai. Lihat di web Nadia Inn di http://www.langkawi-resorts.com/nadiasinnlk/index.htm



Lepas lepak-lepak jap dan makan-makan, maka mulalah aktiviti pertama kami di Langkawi iaitu Le Tour De Langkawi, bukan dgn bike, tapi dengan kereta Waja, ehe. So, lokasi pertama kami adalah ke Underworld Langkawi. Puas la tengok segala jenis hidupan air melalui akuarium dan tayangan wayang. Yang paling menarik di sini adalah penguin dan anjing laut. Jakon uolls, maklum la.. negara kita kan iklim panas, bukan senang nak jumpa binatang mcm tu kat pantai negara kita. So kat sini, teruja la tengok. Terima kasih Underworld Langkawi. !!




Tu dia.. ikan piranha dan berlegar di belakang kita.


Bangau oh bangau.. kenapa ko kurus mcm Poksak?



Anjing laut laut tgh emo..

Penguin pun jakon tgk kitorang.. ehehe.

Kemudian, kami singgah pula di Duty Free Mall tak jauh dari situ untuk membeli belah sikit. Tak puas lagi shopping, kami pergi pulak ke Langkawi Fair Shoping Mall di Pekan Kuah. Walaupun kelihatan harga lebih mahal di sini, tapi bolehla buat window shopping. Dah agak boring, baru kami gerak pula ke Dataran Langkawi, lokasi wajib Langkawi. Kenapa?, sebab ada patung burung helang gergasi yang besar, yang menjadi ikon Langkawi, maklumla.. helang memang banyak hidup di Langkawi ni.

Melepak di Langkawi Fair Shoping Mall.


Melepak di Dataran Langkawi


Gigih tunggu sampai sunset ..

Sampai magrib la kami lepak sana. Masuk malam, kami makan-makan di medan selera berdekatan tasik sana, sebelum pualng ke hotel menginap. Malam tu, kami tak dok diam di bilik aja, kami dok la lepak-lepak di Pantai Chenang sambil borak-borak, main Dare or Truth dan gosip-gosip kehidupan kami dan kawan-kawan. Hahaha, gelak-gelak sampai la ngantuk! Sekian hari pertama.

Labels: 0 komen | edit post

Cuti-cuti Langkawi (Hari Kedua : 3-12-06)


Hari kedua ini dimulakan dengan Island Hoping pulak. Pagi-pagi seawal jam 9 dah sesiap menunggu van mengangkut kami ke jeti untuk melawat 3 pulau tarikan di Langkawi iaitu Pulau Dayang Bunting, kemudian ke Pulau Singa Besar dan akhirnya ke Pulau Beras Basah.



Geng Ciri dah bersiap sedia untuk Island Hoping... yeah..


Sampai dah di Pulau Dayang Bunting.

Di Pulau Dayang Bunting yang menariknya adalah pulau tersebut berbentuk seperti perempuan bunting yang terbaring. Disitu juga terdapat tasik air tawar yang kononnya kalu berendam disitu boleh membuntingkan perempuan, lelaki x leh ea. Tapi nak ke tasik itu agak advanture sikit pasal kena naik turun bukit dan awas dengan monyet-monyet hutan. Jangan rajin kasi dia makan, karang dia nak makan pulak anda.. hahaha. So.. ingat! Kera di hutan disusukan, anak sendiri ko tak kasi makan yerr.. awassss!


Bentuk perempuan bunting terbaring...
dari kanan ke kiri ... kepala > buah dada > perut bunting



Geng Ciri dah sampai di tasik Pulau Dayang Bunting.




Kemudian, Pulau Singa Besar adalah lokasi kedua yang menarik, bukan melihat singa tapi melihat aksi-aksi burung helang berkeliaran mencari makanan. Jika bernasib baik, dapatla anda menyaksikan helang landing mencecah air menangkap ikan atau makanan yang diberikan pengunjung. Kalu tak, tengok je la helang lepak di atas pokok dan terbang gagah di angkasa. Bye-bye.


Geng Ciri dah sampai ke Pulau Beras Basah.


Pulau terakhir ialah Pulau Beras Basah. Tak ada beras yang basah pun, cuma pulau ni pantainya cantik dan luas. Ramaila pelancong dalam dan luar negara yang lepak sini sambil membuat aktiviti pantai seperti mandi laut, banana boat dan parachut. Kitorang pun lepak-lepak je, tak mandi pun pasal x bawak towel selain malas nak basah-basah.


Menjelang tengahari, barulah kami pulang ke Pantai Chenang semula. Kemudian, kami teruskan sesi kedua Le Tour de Langkawi dengan memulakannya di Kg. Padang Mat Sirat untuk melawat tapak beras terbakar. Ingatkan kawasan tu luas dan menarik.. rupanya lokasinya di halaman rumah orang je. Alahai, lain dari jangkaan kami! Tapi tak pe lah, sib baik kat lokasi tu ada bazar cendermata, so kami lepak kat situ lebih lama untuk shopping apa yang perlu.



Tercari-cari mana la tapak beras terbakar tu..


Lorr.. kat laman rumah orang rupanya...
kena korek tanah tu sikit.. baru jumpa beras terbakarnya.



Terbakar duit shopping kat sini..
borong cendermata, kerepek dan minyak gamat!

Lepas abis shopping, kami pergi pula ke Muzium Makam Mahsuri. Bukan ada kubur Mahsuri sahaja, kawasan itu juga mempunyai muzium cerita Langkawi sebagai pulau lagenda, ada perigi Mahsuri dan rumah-rumah melayu zaman hidup Mahsuri. Puas la kami posing-posing mengambil gambar.



Tengok apa tu Zah.. duit zaman Mahsuri ke?




Zah feeling-feeling sedih kat kubur Mahsuri.



Sukati korang je duduk kat situ ek...


Mari kita melawat Muzium Batuan pulak.


Ayuh ke rumah zaman dolu-dolu...



Setelah itu, kami pergi pula Oriental Village Langkawi di Teluk Burau untuk naiki kereta kabel ke Gunung Mat Cincang. Dahla excited naik keta kabel ke lokasi 700m atas aras laut, bila sampai kat platform atas sana, lagi la excited. Memang kagum dengan pembinaan jambatan di atas gunung tu (menghubungkan puncak ke puncak satu lagi). Dengan pemandangan indah dan tinggi, kapal-kapal laut nampak kecil je dari atas sana. Seronok sungguh! Sian Nick kat bawah tak dpt menyaksikan, tu la.. phobia tempat tinggi! Rugi tull ko tak ikot naik. Huhu.



Dah sampai ke lokasi Kereta Kabel Gunung Mat Cincang.


Menuju ke puncak gunung.



Menuju puncak lagi...


Pemandangan dari atas puncak.



Puas menikmati pemandangan dan udara segar dari atas gunung, kami pun pulang kerana dah menjelang malam. Oleh kerana malam di Langkawi tak happening mcm di bandar KL atau JB, tak ada lah tempat lain yang best selain pergi berkaraoke untuk merasa best dengan suara sendiri. Ehehehe. Kami berkaraoke la di Grand Continental Langkawi Hotel sampai la boring. Sekian aktiviti hari kedua.




Zah kalu dapat mike.. mmg dia je la nak conquer!





Ikan kekek mak iloi.. iloi.. hahaha.

Cuti-cuti Langkawi (Hari Ketiga : 4-12-06)


Hari terakhir kami di Langkawi, hmmp.. rasanya tak puas lagi di sini. Maka, aktiviti pun lite-lite je. Pagi-pagi dah lepak-lepak di Pantai Chenang, mandi-mandi dan cuci mata. Agak bosan, mandi lagi di kolam renang di Nadia Inn. Dah puas mandi, barulah kami pack baju dan bersiap-siap check out hotel.


Dah nak balik dah.. kena la check-out dulu..




Menjelang tengahari, kami makan-makan dulu sebelum berpisah dengan Poksak. Poksak harus pulangkan kereta sewa sebelum menaiki feri dan bus sorang-sorang untuk pulang ke Melaka. Kami bertiga pula mengambil teksi dan lepak-lepak di Airport Langkawi selama 5 jam untuk tunggu flight Air Asia pulang ke Kuala Lumpur. Menjelang jam 7mlm baru pesawat meninggalkan Langkawi.


Pesawat dah bawa kami pulang...
bye, bye Langkawi.

Sesungguhnya Langkawi amat menarik untuk dilawati. Dengan hanya belanja menghampiri RM600 seorang, kami merasa puas dengan pengembaraan 3hari 2malam ini. Namun, banyak lagi tempat-tempat dan aktiviti-aktiviti menarik yang tak sempat kami buat dan terokai. Semoga kami akan datang lagi ke pulau lagenda, Pulau Langkawi !

Labels: 0 komen | edit post