Mendaki Gunung Wakid

Hujung minggu yang bosan pada kali ini membawa diri ke Gunung Wakid (beg bakul tradisional Sabah) Tambunan. XPDC ini di rancang sejak awal bulan oleh rakan sekerja yang kaki gunung. Dengan yuran RM80 untuk jurupandu, permit dan makan tengahari, maka XPDC ini berjalan lancar dengan jayanya.




Awal pagi sudah bergerak ke Tambunan dan Kg. Sinsuron



Taklimat pendakian di Padang SK Sinsuron,
sebelum gerak menuju kaki gunung.



Perjalanan merentas sungai yang di tagal.


Merentas pula kebun dan sawah.



Berehat sebentar melepaskan penat.


OK.. tiba di kaki gunung untuk mulakan pendakian.



Akhirnya, sampai di puncak pertama,
inilah pemandanganya.



Puncak kedua dan ketiga Gunung Wakid



Kami berjaya tiba puncak!
Lihat la pemandangan pekan Tambunan dari puncak.



Dah naik.. tau la turun kan.
Sempat membasahi badan dengan air terjun


Sekian aktiviti pendakian pada minggu 14g Mei yang lalu. Sesungguhnya, laluan pendakian ini (laluan Jingkung) mencabar kerana baru di teroka. Dengan laluan hampir 80°.. tiada tali disediakan...hanya dahan pokok dan akar membantu pendakian. Kasut selesa dan pakaian panjang diperlukan agar tidak mencederakan badan.