Ronda-ronda ke Tenom (Hari 1)


Hujung minggu yang membosankan, membawa diri solo bermotorsikal ke daerah yang terkenal dengan kopi, iaitu Tenom,Sabah. Seawal 5 pagi lagi dah bergerak menaiki feri RORO menyeberang ke Menumbok, Sabah, sebelum meneruskan perjalanan 30 minit ke Stesen Petronas, Kuala Penyu untuk berehat. Kemudian, meneruskan perjalanan ke Stesen Petron Kimanis isi minyak, tetiba perasan tayar belakang lembik, rupanya tertusuk paku. Maka, dengan sabar terpaksa rempuh setengah jam lagi perjalanan ke Pekan Papar untuk tampal tayar di bengkel motor.



Alhamdullilah, selamat daki Banjaran Crocker


Jam 1 tghari check in dan rehat di Backpacker Yee, Keningau,
jam 3ptg ke Pekan Tenom.



Lepas solat asar di Masjid Ar Rahman, Tenom,
singgah ke Kilang Kopi Yit Foh.



Selain jual produk kopi,
boleh minum kopi dan menginap chalet di sini.



Juga terdapat tarikan menarik di sana.



Singgah di jambatan merentasi Sg Padas.



Ke Fatt Choi Cafe yang terletak atas bukit.




Boleh minum kopi sambil menikmati pemandangan Tenom.



Turun bukit, melawat Muzium Antanom,
memaparkan sejarah dan kraf masyarakat Tenom.



Singgah di bulatan kopi Tenom
dan stesen keretapi Tenom.



Sebelum balik, kupi-kupi lagi di Tenom Coffee Valley.


Menjelang magrib, sampai la di penginapan di Keningau, makan malam dan berehat, melepaskan penat menunggang motor lebih 5 jam. Sekian hari pertama aktiviti meronda-ronda ke Tenom.


Labels: 2 komen | edit post

Ronda-ronda ke Tenom (Hari 2)


Hari ke dua, pagi-pagi lagi dah gerak ke Pusat Kebudayaan Murut, Tenom. Sempena sambutan Pesta Kalimaran, pusat kebudayaan ini amat meriah dengan aktiviti dan pengunjung.



Ke Pesta Kalimaran, masuk percuma. (RM 5 dewasa)



Masuk ke bangunan utama dan muzium.



Ada jualan kraftangan dan pameran barang antik.



Hasil seni anak-anak Tenom.


Peralatan tradisi dan lantai buluh lompat.



Di luar, pelbagai etnik Murut membina mini galeri.



Pameran peralatan seni & tradisi pelbagai etnik.



Paluan gong sambil menari lemah gemalai.



Pakaian pahlawan dan pengantin tradisi.



Ada juga pertandingan gong dengan 3 buah lagu
selain sukan tradisi sumpit.



Menjelang jam 10pg, bergerak pulang Labuan
merentas lagi Banjaran Crocker.


Jam 2 ptg, selamat tiba di Jeti Menumbok untuk menaiki feri RORO ke Labuan. Sekian aktiviti ronda-ronda ke Tenom yang singkat namun puas hati dengan kos, RM 100 sahaja.

Labels: 0 komen | edit post