Ronda-ronda Labuan


           Setelah puas meronda di Kuala Lumpur, kali ini berpeluang meronda lama di Labuan, salah satu daripada Wilayah Persekutuan Malaysia. Labuan adalah negeri kepulauan terletak berdekatan dengan negeri Sabah, yang boleh di hubungi melalui jalan udara dan laut sahaja.





Selamat datang ke Labuan, mutiara timur.



Selamat datang ke Wilayah Persekutuan Labuan.



Terminal feri antarabangsa untuk perhubungan laut.



             Labuan seluas 91 km persegi (35 sq mi) membangun dari segi sektor minyak dan gas di samping kemudahan kewangan pesisir Malaysia. Ia di di diami dengan pelbagai etnik kaum yang menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak Perbadanan Labuan.




Ujana kewangan, Labuan Shipyard & Petronas Refinary Plant.




Kemudahan riadah di Taman Botani



Taman Botani kawasan hijau.



Kemudahan bersukan di Kompleks Sukan Labuan.



Masjid An-Nur, masjid jamek Labuan.



Labuan Walk , pasar hujung minggu.



Pelbagai barangan di jual di Labuan Walk.




Pasar besar Labuan, pusat keperluan makanan.



Makanan laut segar di pasar Labuan.



Barangan kering dan sayur di pasar Labuan.



Pusat cendermata di pasar Labuan.



Makanan laut meriah di Labuan.


          Penduduk di sini masih ada yang mendiami rumah tradisional di perkampungan air sejak penempatan awal lagi kerana masyarakat dan pantai tidak dapat di pisahkan terutama golongan nelayan. 



Kediaman di perkampungan laut.



Teroka Pantai Layangan.




Pantai Manikar.


  
Pantai Manikar.



Palm Beach Resort and Spa.



Kolam besar mengadap laut, puas mandi.


Banyak lagi tempat menarik untuk di lawati di Labuan seperti Muzium Labuan, Muzium Marin Labuan, Muzium Chimney, Taman Burung Labuan, Pulau Papan, Pulau Rusukan dan beraktiviti mendaki di Bukit Kubong dan Bukit Minyak, Labuan.
Labels: 0 komen | edit post