Penjelajahan ke Hujung Benua

Lokasi paling selatan di Benua Asia.



Ketika rakyat Malaysia menyambut Earth Hour, pada 28 Mac lalu, aku dan rakan-rakan meraikannya dengan aktiviti luar. Sekurang-kurangnya hilang boring dari lepak di rumah sahaja. Kami bersama-sama setuju menjelajah ke hujung benua Asia paling selatan iaitu Tanjung Piai dan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).



Walaupun kami penduduk Johor, tidak kesempatan pula menjelajah di kawasan tersebut sebelum ini. Maka, dengan kehadiran Zah dari Kluang pada hujung minggu, mencetuskan idea untuk menjelajah ke kawasan ini. Maklumlah, setakat ronda-ronda di Bandaraya Jb agak menjemukan kami. Maka, penjelajahan ke tempat baru seperti Tanjung Piai dan WPI amat mengujakan kami.



Bertolak dari Skudai ke WPI mengambil masa kira-kira 35min sahaja. Itupun kami kesesatan jalan, kerana terlepas simpang. Pemanduan kami lancar tanpa banyak kenderaan dari Linkedua dan di kawasan WPI juga. Boleh dikatakan, situasinya macam Putrajaya, lengang dan luas. Oleh kerana masih baru, pemandangan saujana mata memandang. Pembangunan masih giat di jalankan dan hanya beberapa bangunan sahaja telah siap iaitu di JSNAC (ditukar kepada Kota Iskandar) dan Puteri Harbour. Namun, kami gagal masuk ke Puteri Harbour kerana masih dalam pembangunan. Tetapi di lihat dari jauh, keadaannya bakal menyerikan lagi kawasan WPI.









Dari atas ke bawah : Pejabat JKR Negeri, Dataran Iskandar, Bangunan Tadbir Negeri & Bangunan Menteri Besar

Setelah puas mengambil gambar dan menghirup udara segar, kami singgah sebentar menyaksikan drift kereta di sana. Lokasinya agak tersorok, tapi bagi yang tahu, pasti mudah menjumpainya kerana sesampai di sana, ramai juga penonton tempatan dan Singapura. Seperti kebiasaan di litar drift lain, kami menyaksikan aksi drift, deruman enjin dan bau break tayar. Anda mampu buat seperti mereka? kalu tak mampu, ko tengok je lah yerr..




Can u drift? .... Shut up n drive!


Setelah menyaksikan beberapa aksi, kami bergerak pula ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Sengaja kami kesini walaupun kami tahu kawasan ini biasanya di larang masuk. Tapi untuk menghabiskan masa, kami memanjangkan perjalanan sambil menikmati suasana pelabuhan Tanjung Pelepas. Kami hanya berpeluang melawat pusat pentadbirannya sahaja. Huhu.



Bangunan pentadbiran PTP


Menyedari hari semakin malam, kami segera beredar menuju ke Tanjung Piai dengan hasrat hendak mencuba seafood di sana. Kami singgah sebentar ke Kukup terlebih dahulu, mencari-cari restoran seafood sesuai, namun kami agak kecewa. Kebanyakkan restoran Cina dan bau luat di situ agak busuk, mungkin air surut ketika itu. Huhu




Tanjung Piai Resort mengalukan anda.


Dengan segera, kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Piai, menuju ke Tanjung Piai Resort. Dengan lokasi di paya bakau, chalet dan restoran di bina di atas air bersambung dengan jeti dan jambatan. Oleh itu, sambil menikmati makanan, kami boleh menikmati pemandangan laut, desiran ombak dan deruan angin. Oleh kerana lapar, kami memesan makanan di bawah ini yang harganya RM110 untuk 4 org, berbaloi sebab semua dah lapar.. hahaha



Kangkung goreng belacan, Udang masak mentega dan Ikan siakap masak masam manis.


Sotong masak lada hitam, tomyam campur dan telur dadar.


Setelah kenyang membunting, kira-kira jam 10mlm, kami pun beredar. Oleh kerana masih agak awal, kami singgah sebentar ke Pekan Pontian Kecil untuk menikmati suasana malam. Kami lepak-lepak di pesisir pantai sambil berbual dan menyaksikan aktiviti malam penduduk Pontian. Ada yang memancing, drift kereta dan seperti biasa penonton biasa seperti kami. Setelah agak boring, kami pun bertolak pulang ke Skudai.


Jelajah kali ini, Skudai-WPI-PTP-Kukup-Tjg Piai-Pekan Pontian-Skudai

Bagi anda semua rayat Malaysia, dan Johor khasnya, sudi-sudikan melawat lokasi menarik di tempat anda. Jangan nanti orang bertanya, sudah sampai ke tempat itu, anda sendiri akan malu menjawabnya padahal lokasinya hanya belakang rumah. Huhu, ayuh Zoom Malaysia!

Bali : Hari Ketiga (02-03-09)


Abg. Adam, Kak Yan, Agus the driver, Ading, Mak Nick, Nick, Dede the tour guide dan aku!


Pagi lebih kurang pukul 8, kami semua sudah bersiap pack untuk check-out hotel. Aduh, cepat sangat masa berlalu, rasanya masih banyak lokasi Bali yang tidak dapat di jelajahi. Apakan daya, dah harga Trip fix untuk 3H 2M, makanya, terpaksalah pulang. Sebelum meninggalkan hotel, sempat kami bergambar kenangan bersama Gede yang baik dan peramah dan Agus yang nampak tegas tetapi rupanya peramah juga. Megikut ceritanya, dia sebenarnya bekas bodyguard celebriti Indonesia seperti Agnes Monica, TT Dj dan lain-lagi. Wow, dahsyat juga guide tour kami nih.



Pantai Nusa Dua yang indah..

Setelah siap segala, kami bertolak ke Nusa Dua. Di sana adalah kawasan pantai yang popular dengan sukan pantainya. Manalah tau kami boleh buat snorkeling, bersiar dengan bot, melawat tempat penyu bertelur dan sebagainya lah….. aktiviti sukan air. Tapi kerana kami sudah bersiap pakai cantik-cantik dan baju sudah pack, kami batalkan hasrat tersebut. Lagipun cuaca agak panas dan masa sudah suntuk untuk naik pesawat jam 3ptg. Kami hanya singgah sahaja melihat-lihat dan cuci mata sebelum bertolak untuk lepak-lepak sahaja di bandar Kuta.



Ornda-rondaRonda-ronda di Discovery Mall

Agus sebagai pemandu kemudianya menurunkan kami di depan Discovery Mall. Disitu, kami yang agak kepenatan, jelajah lah dalam mall tersebut. Planning hendak jalan kaki di kedai sepanjang Jalan Kuta. Tapi kami terpisah dengan Adam dan Yan yang di ‘culik’ oleh salesmen yang bersungguh-sungguh mempromosikan hotel 5 star yang baru di buka. Alah, macam di Malaysia juga, taktik salesman disini pakai kad bertuah. Pengantin baru ini menarik kad bertuah, dengan tak disangka, dapat pula voucher GRATIS/PERCUMA menginap di hotel tersebut selama seminggu sebelum tahun ini. Untuk redeem voucher tersebut, mereka mesti ke hotel berkenaan sambil mendengar taklimat selama sejam. Hahaha, rasain.

Kami berempat, Aku, Nick, Ading dan Ibu Nick yang keletihan, tawaflah sekitar Discovery Mall. Mall ini macam mall di Malaysia, ada SOGO jual branded, dan klon di kedai-kedai biasa. Kami hanya lihat-lihat baju dan harga, ternyata sama harganya seperti di Malaysia setelah di convert. Nick nyaris hendak angkat seluar RipCurl yang cantik, tapi tah kenapa, dia tak jadi pula.


Cendermata dari Kedai Tandamata, Discovery Mall, t-shirt dan key-chain.
Kami ada beli juga sesuatu disana, iaitu kraf Bali di sebuah kedai bernama Tandamata di tingkat 3. Kedainya agak ekslusif, jadi sudah tentu harganya mahal 2 kali ganda dari kraf di Pasar Ubud. Oleh kerana ada kraf yang tidak kami jumpai di Pasar Ubud, kami beli sahaja di sini, mahal tapi cantik kan? Worth it for money. Aku pun beli t-shirt Bali ni kerana cantik berbanding t-shirt di Pasar Ubud yang pada aku biasa aja. Harga asalnya IDR 75K, ada diskaun 50%, aku dapat lah IDR3+K = RM10. Ok lah beli, walaupun mula-mula aku cakap kat Nick aku tak mahu beli t-shirt Bali dengan alasan takut tak pakai nanti. Ehehehe


Hampir ke jam 12tgh, kami yang kelaparan di bawa kembali ke restoran kelmarin, iaitu Restoran Pawan Pasundan. Asalnya Gede ada cadangan ke kedai lain, tapi kami yang sudah melekat dengan selera restoran tersebut, mengharap dia hantar kami makan sekali lagi di sana. Maka, sekali lagi kami makan menu yang sama tanpa rasa bosan, pasal sedap beb! Siap tambah side dish lagi, telur dadar dan potongan daging lembu. Yummmmm, memang kekenyangan makan di Bali ni, setakat ni tak ada yang tak sedap!


Sesudah itu, kami menuju lah ke Aiport Ngurah Rai untuk pulang. Sepanjang perjalanan Gede sempat meminta maaf segala dan begitu kami juga. Sedih mahu berpisah tapi yang penting kami belum puas meneroka Bali. Kami planning akan ke Bali lagi suatu hari nanti untuk meneroka aktiviti pantai dan laut pula.


Gede menghantar kami sehingga pintu masuk airport sebelum berpisah. Kami sempat memberinya tips dan buah-buahan yang di beli di Pasar Ubud kerana buah-buahan di larang Kastam Indonesia. Kemudian, urusan imigresen dan kastam dilepasi sebelum dapat redeem tiket pulang Air Asia. Tax Airport sebanyak IDR 150K dikenakan di sini. Kemudian, kami lepak-lepak di Duty Free Aiport hampir sejam dengan aktiviti shopping. Baki-baki duit Rupiah yang tinggal sikit ini aku gunakan dengan membeli Kopi Bali dan teh Melati untuk keluarga.


Check dompet, baki yang ada tinggal IDR 7K dan USD 25. Jika di congak, bakinya adalah RM 90 someting, jadi keseluruhan trip Bali ini, belanja aku hanya RM 1,2++ termasuk tiket AA pergi-balik, penginapan hotel 3Hari 2Malam di Matahari Bungalow dan shopping. Budget tak? Mungkin kalau aku tak beli boxer di Bali Barrel tu, pasti ada banyak lagi baki. Eheh, sudah, jangan menyesal.
Kenangan terindah di Tanah Lot.


Kesimpulanya, aku sangat berpuas hati dengan percutian Bali ini. Hati memang tak puas sebab ada lagi tempat menarik tak sempat di lawati, tapi sudah itu budget aku, jadi terimalah seadanya. Semoga para pembaca dapat menjadikan panduan dari trip aku ini, aku tau, korang mesti teruja juga mahu pergi ke sana. Jadi kumpul lah duit sikit-sikit dan rajin-rajin dok surf web Air Asia, boleh dapat serendah RM 1 untuk tiket penerbangan! Usaha Tangga Kejayaan! Anda mampu terbang ke Bali suatu hari nanti. Ehehehe.

Labels: 4 komen | edit post

Bali : Hari Kedua, Bahagian II (01-03-09)

Pasar Ubud selepas hujan



Selesai makan di kawasan Kitamani, kamu berangkat pula ke Ubud. Inilah kemuncak trip kami, iaitu shopping kraf Bali untuk menghabiskan duit Rupiah. Dalam hujan lebat sampai banjir kilat itu, kami redah juga ke Pasar Ubud. Pasar Ubud itu macam Pasar Payang @ Pekan Rabu juga. Ianya pasar berbumbung 2 tingkat, tingkat atas agak kurang orangnya, tapi di bawah, meriah! Pandai-pandailah tawar menawar, aku yang tak pandai ni asik la kena tekan. Nick yang pandai menawar bleh dapat ashtray Bali dengan IDR 30, aku beli IDR 60. huhu, sakitnya hati, Tapi tak apalah, aku malas nak berkira banyak, malah matawang IDR asik lah mengelirukan aku. Nol/kosongnya banyak! Sebelum bayar aku sangka murah, tapi di congak setelah bayar, eh, duit dah makin susut, ehehehe. Confius!




Kraf bali yang aku beli di Pasar Ubud. Dari kiri ash-tray, ukiran kayu Barongan dan tempurung kelapa berukiran.

Kemudian, kami bergerak pula untuk lepak-lepak dan makan malam di Jimbaran. Tempat ini adalah kawasan pesisir pantai yang terkenal dengan seafoodnya. Gede sebagai guide kami memilih Restoran Aroma Bumbu Café yang terletak berhampiran di bulatan pantai Jimbaran. So, inilah hidangan untuk kami setiap seorang dengan air teh Botol Sosro. Lihat digambar mungkin kecil, tapi sebenarnya besar. Ikan itu sebesar tapak tangan dan udang baker itu sebesar ibu jari kaki! Disertakan dengan nasi, aku hanya makan suku sahaja, pasal perut aku dah full melantak seafood sahaja. Tambah lagi dengan air kelapa dan jagung bakar, waduh, perut membunting!

Pintu menghadap pantai, Restoran Aroma Bumbu.


Pose di luar restoran menghadap laut!


Set makanan seafood Restoran Aroma Bumbu, Pantai Jimbaran.



Dengan perlahan-lahan memakan, perlahan-lahan hari mengelap, maka lilin pun dihidupkan. Wah, candle light dinner jadinya. Pelancong asing juga mulai ramai turun makan di restoran kami dan lain-lain yang berdekatan dan semakin malam semakin meriah. Di restoran sebelah lain siap ada persembahan tarian Bali, tapi restoran kami tidak kurang meriahnya. Kedatangan band jalanan membuatkan kami teruja untuk mendapatkan khidmat mereka. Kami mengupah mereka IDR50 untuk menyanyi 2 buah lagu, satu lagu Indonesia dan satu lagi lagu LaBamba. Sambil mereka menyanyi kami sibuk merakam video dan gambar sambil gergurau senda. Meriah sungguh malam itu.


Menghampiri jam 8malam, kami beransur pulang ke hotel. Capek/penat sungguh tour hari ini, maklumlah berjalan sehari, dapat rilek pun kejap-kejap di dalam Innova itu. Sampai hotel, masing-masing merancang untuk lepak bersama di kolam renang. Tapi aku di ajak pula oleh sepupu Nick, Ading untuk temannya membeli t-shirt Bali sebagai ole-ole untuk saudaranya di Malaysia. Ini kerana takut esok tidak kesempatan kerana esok hari terakhir.



Maka, aku dan Ading pergilah merayau sepanjang Jalan Legian di hadapan hotel kami untuk melihat t-shirt yang berkenan di hatinya. Seperti malam semalam, kedai-kedai disini masih dibuka dan dipenuhi oleh 75% pelancong walaupun waktu sudah jam 9mlm. Kalau dah tutup awal, mesti boring kan. Jadi dapatlah kami masuk beberapa kedai yang pada kami harganya agak mahal berbanding di Pasar Ubud. Biasalah, harga di bandar kan lebih mahal dari barang di kampung iaitu tempat kraf dihasilkan. Tapi adakalanya cendermata di bandar Kuta ini tidak jual pula di Pasar Ubud. Mungkin kami terlepas pandang, jadi bila yang ada didepan mata nampak cantik, kami beli sahaja lah. Bukan selalu ke Bali.



Ading dengan cara biasanya pandai tawar menawar. Aku yang tidak cerewet dan confius telah silap ketika beli sehelai boxer ni. Memang lah aku masuk kedai yang agak ekslusif iaitu Bali Barrel Surf Shop, tapi tak sangka harganya sebegitu mahal.Tu lah, dah ada seluar mandi, berangan lagi nak beli boxer ini untuk mandi di kolem nanti. Kesudahan kerana rambang mata dan terdesak, aku ambil aja boxer ni dengan berfikiran IDR 225K macam IDR 22.5K. Bila dah keluarkan duit, eh, macam banyak pula nak keluarkan. Dalam perjalanan pulang, aku congak-congak, haa kau, IDR 225K = RM 70 something. Gila apa seluar kecik tu harga macam ni, tapi nak buat macam mana, dah terbeli.




Boxer fit yang mahal! Tak pernah pulak dengar brand ni, nasib baik cantik dan selesa.


So ini lah pengajaran untuk aku supaya bertenang dan congak dulu sebelum beli. Hahaha. Tapi pendapat aku lah, keseluruhan harga barangan di Kuta khasnya tidaklah murah disangka. Walaupun matawang RM kelihatan besar, tetapi harga mereka jika di convert lebih kurang je harga barangan di Malaysia. Tak kisahlah barang original atau klon. Ya, barang klon macam Petaling Street tu banyak juga dijual di kedia tepi-tepi jalan bandar Kuta. Kalu mahu original, pastikan mendapatkannya di mall besar di Kuta. Nanti aku ceritakan pada hari ketiga.

Kolam renang Matahari Bungalow, menghadap cafe.


So, lebih kurang 45min aku dan Ading meronda dan shoping, kami pun pulang ke hotel. Kami yang agak kepenatan kerana tergesa-gesa bershoping, segera masuk ke kolam bersama Nick dan Adam yang terlebih dahulu sudah berendam di kolam. Lebih kurang 45 min juga puas melepak, berborak, berenang, berendam, kami pun naik ke bilik. Sepatutnya selepas itu ada rancangan meronda untuk supper pula, tapi masing-masing kepenatan agaknya, kami masing-masing tidak berhubung, lalu kami tidur sajalah. Awal tidur pada hari kedua ni, masing-masing kepenatan……
Labels: 0 komen | edit post

Bali : Hari Kedua, Bahagian I (01-03-09)

Cafe Matahari Bungalow disebalik taman bunga dan kolam renang.


Pagi jam 8 pagi, kami berkumpul di café matahari, sarap. Hidanganya tak banyak, mee dan roti sahaja, layak lah 2 star hotel. Tapi boleh juga order telur separuh masak dan scramble egg. Aku makan je apa yang ada, x cerewet sebab dah biasa makan dengan sederhana. Gede dan Agus sudah menunggu di lobby dengan van baru iaitu Innova. Wah, baru best nak berjalan, lebih selesa dan luas. Badan pasti tak sakit sebab kerusinya lebih empuk.



Hidangan sarapan pagi di cafe Matahari Bungalow, simple tapi sedap.


Jam 8.30pagi, kami bertolak pula ke contoh rumah tradisional orang Bali di Gianyar. Seperti kita, dalam pagar ada sebuah rumah dengan dibahagikan dengan ruang-ruang seperti bilik, dapur dan tandas. Tapi orang Bali, rumah tradisional ini macam rumah orang Cina zaman dulu, iatu dalam kawasan berpagar batu, di dalamnya ada rumah-rumah kecil yang ringkas dengan tingkap dan pintu sahaja. Ada rumah kecil untuk ibu bapa, ada rumah kecil untuk anak lelaki pertama (mereka wajib duduk sama orang tua), ruang rehat (juga berfungsi untuk upacara kawin dan upacara kematian), ada rumah dapur, perigi sbg sumber air, bangsal dan reban haiwan serta ruang paling besar adalah ruang sembahyang/pura sendirian berhad. Tandas dan ruang mandi tiada, macam biasa, buat di sungai. Unik tak rumah mereka?



Gambaran rumah tradisional orang Bali.


Pose di pintu masuk pura rumah tradisional Bali.



Rumah Ibu dan kolam ikan.





Lebih kurang 20 min, kami meneruskan perjalanan yang tidak jauh iaitu ke Sekehe Barong Sila Budaya iaitu Pusat Persembahan Barong pula. Di sini ada stage dan ruang penonton yang bertingkat. Sampai-sampai 2 penari perempuan sedang menari dengan tarian Bali yang aku suka sekali, liuk badan dan jari serta lirikan matanya itu sambil iringan musik Bali secara live. Kemudian barulah persembahan di mulakan. Persembahan ala-ala pementasan teater ini di namakan Barong dan Kris.



Tarian Barong


Terdapat 5 babak ini mengenai pertarungan kebaikan iaitu Barong (binatang purbakala) melawan kejahatan iaitu Rangda. Dimulakan cerita dengan Permaisuri Dewi Kunti di sampuk roh jahat Rangda, untuk melepaskan diri, dipersembahkan anaknya puteri Sadewa sebagai korban walaupun dia sangat menyanyanginya. Di bawanya ke dalam hutan, maka Hantu Rangda yang seram tu pun muncul hendak makannya. Tapi sebelum itu, Dewa Siva terdahulu datang ke Sadewa memberinya hikmat badan kebal. Maka, hantu Rangda gagal memakan dan mereka bertarung. Hantu Rangda ini kalah dan diampunkan oleh Sadewa lalu dapat balasan syurga. Tapi muncul pula hantu Rangda lain iaitu Kalika yang hendak amik kesempatan dengan keampunan itu, tapi Sadewa tidak beri. Lalu Kalika bertarung dengan Sadewa melalui jelmaan babi hutan dan burung. Untuk sama setanding, Sadewa bertukar menjadi Barong, namun gagal juga menewaskan Kalika walaupun di Bantu oleh pahlawan berkeris. Jadi pertarungan ini tiada kesudahan, macam konsep ying dan yang lah agaknya, jahat dan baik sentiasa disekeliling kita.


Kemudian, kami beredar dan singgah pula di pusat kraf perak. Agak boring di sini, hanya melihat mereka demo cara membuat hiasan perak dan ada ruang jualan. Tak ada siapa dalam rombongan kitorang beli sesuatu di situ. Kemudian kami pergi pula di pusat kraf batik, sama juga ada demo buat batik dan ruang jualan. Kat sini barulah kami beli barangan batik apa yang disuka. Agak mahal juga harganya, aku tak beli apa-apa pun, bagi aku tak perlu.



Peta kawasan Kitamani.



Kemudian, kami di bawa ke daerah Kitamani pula. Ianya kawasan bekas gunung berapi dimana letusnya Gunung Batur. Jam pun menghampiri 1 petang, guide kami membawa kami makan tengahari di Restoran Gunung Seri. Restoran ini cantik dan terletak di atas tanah tinggi menghadap gunung berapi itu. Cantik sungguh pemandangannya tambah dengan cuaca sejuk berangin. Di sana makan cara buffet, dan aku milih makanan ini. Sedap sekali! Sambil-sambil makan, hujan pun turun. Aduh, asal petang je hujan!




Pemandangan indah mengadap Gunung Batur dari Restoran Gunung Seri.



Set buffet pilihan aku, sedap dan puas, tambah jangan tak tambah Nick!
Labels: 0 komen | edit post

Bali : Hari Pertama, Bahagian II (28-02-09)

Di taman Tanah Lot, pose membelakangkan Pura Bolong

Jam 6ptg lebih, kami pun sampai di Tanah Lot. Di kawasan parking, penuh dengan kenderaan pelancong, maklum lah, pura di Tanah Lot adalah tempat wajib di lawati di Bali. Di sini juga ada tempat jualan kraftangan, makanan dan baju. Kami tidak beli apa-apa di sini, sebab memang nak menyaksikan pemandangan indah di Tanah Lot. Puas kami posing-posing dan amik gambar pemandangan. Tapi sayang tidak dapat melihat matahari tenggelam pasal cuaca berawan, maklum lah, baru lepas hujan tadi. 45min sahaja di sana, kemudian, kami segera beredar pasal semua sudah lapar.
Restoran Pawan Pasundan yang tak tahu di mana lokasinya, mengucapkan Wilujeng Sumping/Selamat Datang terutama kepada Nick yang makin kuat makan. Ehehe.
Set makanan di Restoran Pawan Pasundan yang bercitarasa Sunda.
Lebih kurang jam 8mlm, kami pun tiba di Restoran Pawan Pasundan. Kami dijamu dengan makanan ala sunda ini iaitu ayam penyet + ikan gurame + 3 jenis air + buahan. Meriah kan makanan ni, banyak dan sedap! Setelah kekenyangan, kami pun segera balik ke hotel dengan kepenatan dan ngantuk! Ehe

Lebih kurang jam 9 malam sampai, kami segera menempah spa untuk sesi berurut. Ya, mudah-mudahan hilang sengal-sengal di badan yang penat disamping memanjakan diri khas percutian ini. Kami ke SPA Secret yang terletak di atas hotel kami ini. Masing-masing teruja hendak mencuba urutan Bali. Aku ambil pakej urutan dan scrub seluruh badan sahaja. Kosnya hanya IDR 150K. Sedap juga urutan oleh gadis Bali ni, rasa nak terpancut dan tergelak sebab geli, tapi hasilnya.... hilang sakit sengal di badan. Tu dia....
Suasana malan di Jalan Legian, Kuta. Meriah sampai subuh!

Selesai mandi, lebih kurang jam 11 mlm, aku, Nick dan Ading, anak-anak muda Johor, :P bersiap-siap mengulor di Kota Kuta. Mak, Kakak dan Abg Ipar Nick tidak ikut serta pasal dah kepenatan, mereka mahu rileks sahaja di bilik. Kami dengan berani dan selambanya melilau kaki dan mata berjalan-jalan di Jalan Legian. Jalan ini memang tumpuan ramai pasal sepanjang jalan ini adalah kedai-kedai, restoran dan disko. Pelancong asing memang lebih ramai dari penduduk Bali di sini.


Peta perjalanan ke Pantai Kuta 15 min dari Matahari Bungalow.

Kami pun tanpa rasa takut belok pula ke Jalan Popies II, dengan di lead oleh aku. Kami memang selamba redah je, pasal tak bawa map dan tidak nampak pun sebarang papan tanda. Angan-angan memang nak tengok pantai, tapi perjalanan kami tak sampai-sampai, Ading dah agak gabra terutama bila masuk di jalan gelap. Aku cool je terutama bila aku dah dengar lagu rentak disko dah mulai kedengaran. Sudah pasti sudah menghampiri pantai ni. Benar jangkaan aku bila selepas melepasi jalan gelap itu, kami jumpa lah Pantai Kuta. Kira-kira 15 min berjalan dari hotel kami untuk sampai ke Pantai Kuta.

Sejenak di Hard Rock Hotel Bali


Di sepanjang Pantai Kuta dan Jalan Kuta ini, ramai lah umat manusia. Suasananya sama juga macam Jalan Legian, meriah! Kami round-round dan ternampak lah Hard Rock Hotel. Eh, ada persembahan Bunga Cinta Lestari! Kami dengan selamba je melepasi pintu gerbang hotel itu, lagi pun x ada sekatan pun. Di lobby HRH kami dapati tidak ada pula BCL, tapi yang ada artis berkumpulan lain yang sedang buat persembahan. Mungkin BCL buat persembahan di dalam dewan kot, jadi kami pun blah dari situ, malas nak sibuk-sibuk mencari BCL. Sempat juga kami ambil-ambil gambar sebagai kenangan, padahal x menginap pun di situ. Ehe.

Kami meneruskan perjalanan kaki dengan planning mencari tempat clubbing. Tapi kami risau pula kalu kami yang masing-masing berseluar pendek dan berselipar tidak dapat masuk. Maklum lah, di KL atau JB kan ada dress code untuk clubbing. Macam-macam yang kami bincangkan sambil ronda-ronda cuci mata. Pulak tu di area sini tak ada pulak club citrasa kami iaitu yang dance musik. Mcm Hard Rock Café yang kami temui, club tu mesti show life band kan, itu kami tidak minat.


Kami decide mahu ke Seminyak, kerana plan mahu ke Ulu Café. Dari bacaan aku di web, Ulu Café adalah dance club. Kami pun beraninya bertanya kepada pemandu teksi yang menunggu di situ. Jawapannya mengejutkan kami dengan perasaan kelakar, katanya Ulu Café sudah tiada, sudah tutup kerana terbakar. Hahaha, rosak planning kami. Nampak sangat ketinggalan, hal ni pun tak tahu. Hahaha. Dan kami dapat tahu, lokasinya agak jauh dari Jalan Kuta. Mau lihat-lihat club lain ke sana pasti penat dengan jalan kaki. Jadi, kami pun sudah buntu, Ading cadang pulang sahaja ke hotel, tido. Dia pun kelihatan agak penat berjalan.

Pose bersama Ading dengan pedati kuda di Kuta.


Untuk pulang, kami bertiga cadangan menaiki kereta kuda. Pengalaman pertama nihhhh naik pedati kuda. Kuda ini membawa kami tanpa masalah, cekap mengikut arahan tuannya. Kami pula yang takut pasal kami terpaksa bersesak sama motor dan kereta. Lebih kurang 20min sampai lah hotel kami. Kosnya IDR 50K sahaja, itupun Nick pandai tawar menawar. Sempat lagi kami ambil-ambil gambar bersama kuda itu. Kemudian, Ading pun segera masuk hotel tapi aku dan Nick masih tak puas hendak berjalan!

Alang-alang sudah sampai Bali, baik kita explore semua, bukan senang nak sampai. Lagi pula jam baru 12mlm, malam masih muda! Ehe. Kami pun segera menahan teksi yang memang mudah dijumpai di depan hotel kami. Supir/Pemandu teksi kata dia tau tempat itu, lalu di bawanya kami ke sana. Perjalanan kira-kira 20 min dengan tambang IDR 70K.


Labels: 2 komen | edit post

Bali : Hari Pertama, Bahagian I (28-02-09)




Jam 8 pagi lebih kitorang sudah sampai di Terminal LCCT. Terus ke kaunter redeem tiket penerbangan, hantar bagasi (RM 10 setiap beg) dan pemeriksaan kastam dan badan. Setelah itu tunggu lah di Gate 2 lebih kurang 2 jam sebelum dapat masuk pesawat. Jam 10.20pagi barulah pesawat terbang ke Bali. Pesawat 95% penuh dengan rakyat Malaysia dan warga negara-negara lain.




Perjalanan hampir 3 jam tu memang boring. Lapar-lapar, kami nak beli nasi lemak, sold out pulak. Ni lah masalahnya kalu dapat seat tengah-tengah, mesti nasi lemak jadi pilihan orang depan-depan, sampai tempat kami yang tinggal makanan lain. Beli je la nasi ayam dan nasi goreng. Harga RM 9, mahal dan tak meriah lauknya, mesti korang tau macam mana makanan di atas pesawat kan? Dah kenyang, haruslah tidur. Tengah sedap-sedap tidur, terbangun kejap, sebab kadang-kadang cuaca tidak elok, pilot suruh pakai belt untuk keselamatan terutama ketika meredah angina lintang. Dah tu, baca-baca la magazine AA pasal nak hilang boring sebelum tertidur balik…







Pesawat tiba di Lapangan Terbang Ngurah Rai yang terletak di tepi pantai.




Bangun tidur, bangun balik, hampir 1.30ptg, sampai lah kitorang di Pulau Bali. Pesawat selamatlah mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai. Panasnya cuaca ketika itu. Terminalnya pun aircon tak kuat. Aku ok je, diorang yang comel-comel tu kepanasan sikit. Ehe. Selesai check imegresen dan kastam serta ambil bagasi, kitorang pun keluar dari terminal. Wow, ramai peminat menunggu. Peminat tu adalah agen pelancongan lah termasuk agen kami, Pak Gede dan Pak Agus. Kedua-dua mereka berumur lewat 20an rasanya yang bersedia di pintu masuk dengan sepanduk nama kakak Nick.






Selesai memperkenal diri, mereka segera membawa kami ke van pelancong yang tidak berapa jauh dari pintu masuk. Sampai je di van, kitorang terkejut sebab dapat van buruk. Ehe. Yang dijanji van selesa iaitu seperti Avanza atau Innova. Tapi yang kami dapat van Toyota lama dengan seat nipis dan aircon yang lemah. Apalagi, kitorang merngomel lah dalam kepanasan. Tapi kami komen lah dengan nada gurauan, bukan komen macam kena rasuk hantu ye. Tak bagus marah-marah kan, pasal kita di tempat orang. Gede pun faham keadaan kitorang dan berjanji akan tukar dengan kenderaan lebih elok. Gede memang beramah dan baik hati. Tak kisah dengan karenah kitorang yang becok dan banyak tanya.

Lebih kurang 20minit perjalanan yang panas dan sesak, sampai lah kitorang ke hotel penginapan iaitu Matahari Bungalow. Terletak di kawasan Bandar Kuta di Jalan Legian. Masa sampai, kitorang tengok dari parking, alamak, macam tak best je. Yelah, kedaan yang tak berapa grand. Dah tu tak sedar diri dapat hotel 2 star, nak plak view yang hebat mcm 5 star hotel? Ehehe.






Lokasi ini di dalam kawasan hotel, bukan di lobi.




Tapi, bila dah check in, jalan lorong masuk dalam, wow, cantik juga keadaan dalamannya. Keadaannya ala resort berunsur taman Bali. Suasana hijau, nyamuk pun tak ada. Biliknya juga berunsur tradisional Bali tapi tak lupa ada TV, ais-box, aircon dan tub air panas. Puas hati sangat lah ni, lagi pun nak bilik mewah segala buat apa. Sebab datang Bali kan nak jalan-jalan, bukan dok terperap di bilik hotel kan





Keadaan dalam bilik penginapan kami.





Bilik penginapan.





Setelah 45min sesiap, kitorang pun keluar untuk trip yang pertama. Kitorang di bawa oleh Gede dan Agus ke Taman Ayun. Lokasinya di Mengwi yang memakan masa yang agak lama, pasal aku boleh tertidor kepenatan dan bangun balik pun x sampai lagi. Dah la tu, hujan pulak. Lebih kurang jam 5ptg tu, kami sampai-sampai, kena sewa payung. Dah sampai kan, x kan nak duduk dalam van je. Jadi kami redah je la hujan yang renyai-renyai tu dengan berpayung.




Pose di pintu masuk Taman Ayun, Pura Diraja






Taman Ayun ni rupanya taman dan Pura atau tempat sembahyang raja Bali. Taman nya biasa-biasa je, tapi puranya yang cantik. Lihatlah di segala ukiran dan monumennya. Pura itu berkunci dan pelawat tidak dapat masuk. Tempat suci ini hanya di buka untuk raja Bali sahaja untuk perayaan dan sembahyang. Kawasan ini juga tidak boleh di masuki bagi wanita yang dalam haid ye. Ada amaran di situ. Oleh kerana memang tak boleh masuk, kami hanya tawaf kawasan berpagar batu setinggi bahu aku sambil ambil gambar.





Dah puas pose-pose, kami segera bergerak ke Tanah Lot pula. Perjalanan juga agak lama kerana jauh juga dan tidak ketinggalan macet (sesak) lagi. Jalan raya di Bali agak sempit untuk 2 hala dengan kenderaan yang banyak terutama motor. Mereka gemar memotong dengan agak laju sambil menekan hon sbg amaran supaya kita kenderaan lain berwaspada. Pemandu kami, Agus sudah pengalaman, jadi tiada masalah. Sambil itu kami dok berbual dengan Gede sambil mencuci mata melihat pemandangan di luar. Rumah. kedai, pura, sawah, hutan dan sungai. Jangan terkejut jika nampak penduduk mereka mandi bogel di sungai. Menurut Gede, mereka (terutama orang kampong) memang suka mandi di luar berbogel kerana memang itu cara mereka yang tidak menyediakan ruang mandi di rumah.





Labels: 2 komen | edit post

Percutian ke Bali


View Larger MapPeta Bali




Percutian ke Bali ini amat di nantikan. Asiklah menghitung hari setelah 2 minggu sudah penempahan tiket. Sudahlah percutian ini mengalami macam-macam dugaan. Biasalah, bila rancang awal-awal biasanya mesti masalah akan datang. Macam itulah yg berlaku 3 bulan sudah, berusaha mengajak kawan-kawan terdekat untuk memeriahkan percutian ni, bak kata pepetah the more is marrier, tp masing-masing rupanya tiada kelapangan dan bz dgn hal lain.


Bila dapat kumpul 5 orang, kepercayaan kepada agen pelancongan merungsingkan kami. Kami (aku dan Nick) mendapatkannya melalui kawan kepada kawan. Pakejnya 3Hari 2Malam (penerbangan + hotel + tour) hanya RM 1,0++. Memula-mula kami agak teruja, maklumlah… murah. Tetapi aku plak yang syak wasangka sebab melihat kad perniagaannya saja agak meragukan. Alamat perniagaan seperti di rumah je.


Apa lagi, siasat lagi, surf Google Map, pergi ke Suruhanjaya Pendaftaran Syarikat dan browse ke web Johor Tourism. Hasilnya, lokasi perniagaan hanya di rumah flat, syarikat Sdn. Bhd.nya tidak pernah berdaftar dan nama syarikat pelancongannya juga tidak berdaftar dengan Johor Tourism Board. Ternyata memang meragukan! Kawan kepada kami itu pun tidak pernah ke Bali mengikut pakejnya, jadi tiada bukti yang terjamin. Jadi, kami batalkan saja pakejnya sebelum membayar sesen pun walaupun dia berusaha memujuk. Kami tidak memberitahunya perkara sebenar, tapi kami menipunya kerana kawan-kawan menarik diri kerana kesibukan kerja, padahal takut kena tipu.


Apabila hal ini diketahui oleh kawan-kawan kami, mereka pula sudah hilang mood hendak bercuti. Kami beruasaha mencari agen pelancongan lain, ada, Cuma mahal sedikit. Kami berusaha memujuk mereka, tapi jawapan mengecewakan. Aduh, kami pun bengang juga dengan hal ini. Tapi tak boleh juga nak salahkan mereka, sebab itu alasan tersendiri. Kalau ada yang menaja, dah tentu mereka nak sangat pergi, tapi sebab sendirian berhad, jadi, ini adalah hal yang tidak dapat di elakkan.



Hanya mampu naik Air Asia, huhu.







Dari Dis 08-Jan 09, masa terus berlalu sehinggalah tiba-tiba di pertengahan bulan Februari 09, Nick beritahu aku dia mendapat tahu Air Asia ada pakej ke Bali hanya RM 61+ 3hari 2malam. Kami yang teruja, terus tempah untuk penerbangan sepertimana pelan asal kami sejak 3 bulan lalu iaitu dari 28Feb-3Mac 09. Ini kerana cuti dengan majikan masing-masing telah di pohon awal-awal. Turut bersama kami adalah mak Nick, Kakak dan Abg Iparnya serta sorang sepupu Nick. Kami berenam, cukup muat satu van!


Maka, mulalah persiapan kami selama 2 minggu sahaja sebelum penerbangan. Nick dan kakaknya berusaha mendapatkan bantuan kawannya di Bali sebagai guide tour di Bali, sebab pakej AA ni tak termasuk tour di Bali. Akhirnya kami berjaya mendapatkan dengan hanya USD 85 seorang. Aku ikutkan sahaja. Persiapan aku hanya surf di web forum Cari.com.my, web berkaitan Bali, blog-blog rakyat Malaysia yang pernah ke Bali dan GoogleMap. Saja-saja mencari info supaya aku tahu berapa budget belanja dan lokasi yang menarik untuk dijelajahi.






Orang kaya baru, Rupiah dan Dollar Amerika




4 Hari sebelum pergi, baru aku tukar duit sesiap. Aku sediakan lebih kurang RM 757, iaitu RM 600 = USD 160 dan RM 157 = IDR 500K. Aku tukar di money changer di Plaza Angsana dengan rate USD 3.75 dan IDR 0.0325. Jadi keseluruhan budget aku untuk ke Bali ini RM 610 (tiket penerbangan + hotel) + RM 757 (belanja trip + beli belah) = RM 1367.

Labels: 2 komen | edit post