Mendaki Bukit Batu Putih dan Gunung Datuk


Hari berikutnya, seawal jam 7pagi, kami sesiap mengemas khemah di tapak khemah Pantai Seri Purnama, Port Dickson. Tapak khemah ini di jaga oleh pengusaha restoran seperti di gambar dan mengenakan bayaran tapak khemah RM6 sekepala termasuk sekali bayaran penggunaan tandas semasa penyewaan. Selesai bersarapan di restoran, kami terus menuju ke Hutan Rekreasi Tjg. Tuan untuk mendaki Bukit Batu Putih.

Hutan rekreasi ini dijaga dengan rapi dan mengenakan bayaran RM1 seorang. Kami memulakan pendakian pada jam 9pagi dimana pendakian bermula dengan jalan tar dan seterusnya laluan tanah hingga ke puncak Batu Putih.



Bermalam di Pantai Purnama.


9pagi dah ramai mendaki Bukit Batu Putih.


Pemandangan di puncak Bukit Batu Putih.



Pukul 10pagi, kami beransur pulang dan meneruskan perjalanan ke Gunung Datuk di daerah Rembau. Tepat jam 12 tgh barulah kami memulakan pendakian Gunung Datuk setelah mendapat belas kasihan penjaga Hutan Lipur. Ini kerana hutan ini sebenarnya tidak membenarkan pendakian selepas jam 12tgh kerana jam 4ptg hutan akan di tutup. Bayaran sekepala adalah RM 5 dan laluan di tanda dengan anak panah dan tape supaya tidak sesat.



Bergegas mendaki gunung.



Trek mencanak ke puncak memang mencabar.



Baru sampai platform puncak. Naik lagi.


Puncak Gunung Datuk.



Sekian pendakian Bukit Batu Putih dan Gunung Datuk pada 26 Disember 2016 sebagai penutup aktiviti gunung. Sesungguhnya pendakian ini mencabar dengan trek yang mencanak naik namun menyajikan pemandangan indah di puncaknya.


Mendaki 3 puncak gunung (Gunung Gap, Gunung Ulu Tranum dan Gunung Ulu Semangkok.)


Hari ke 2 percutian di teruskan dengan mendaki pula 3 puncak iaitu Gunung Gap, Gunung Ulu Tranum dan Gunung Ulu Semangkok. Gunung- gunung ini bersambungan satu sama lain, jadi sangat di galakkan redah sekali harung. Lokasi laluan untuk 3 puncak ini adalah antara Sg. Chiling dengan Bukit Fraser atau lebih tepat lagi di Rest House Gap yang terbiar. Seawal jam 7pg kami telah bersiap-siap bersarapan dan mengemas khemah di tapak khemah Kg. Pertak. Kira-kira jam 9pagi barulah kami bergerak ke laluan mula pendakian.



Permulaan pendakian dengan trek mencanak.



Sampai sudah di puncak jam 12tgh, rehat sebentar.



Meneruskan pendakian untuk tiba
di puncak Ulu Tranum.



Tiba pula di puncak Ulu Semangkok jam 1.30ptg.



Puncak batu, mossy tree dan stesen trig beacon.


Singgah sebentar di Bukit Fraser jam 4.30 ptg
untuk menghilangkan penat.



Sekian pendakian kami di 3 puncak. Sesungguhnya tiga gunung ini amat menarik untuk di daki kerana sekeliling yang sejuk dan nyaman. Selepas berehat di Bukit Fraser, kami terus menuju ke Hawa Resort, Janda Baik untuk bermalam di sana,