Melawat Kota Belud dan Kudat

Sempena cuti Keamatan pada 30 - 31 Mei, saya dan rakan serumah mengambil kesempatan cuti 4 hari untuk melawat daerah Kota Belud dan Kudat. Dari Kota Kinabalu ke Kota Belud perjalanan mengambil masa 2 jam dan Kota Belud ke Kudat juga ambil masa 2 jam.



Inilah Kota Belud.. singgah tamu Kota Belud hari Ahad.


Inilah Kudat.. bandar perikanan.



Singgah di Tanjung Simpang Mengayau.


Lokasi penghujung Borneo.



Pemandangan cantik dan batu-batu unik.



Singgah juga ke Pantai Kelambu.



Uniknya, . pantai bersambung dengan pulau. 


Sekian hari pertama aktiviti melawat daerah utara Sabah. Perjalanan yang panjang, namun terasa puas kerana dapat menyaksikan tempat-tempat menarik dan cantik
Labels: 0 komen | edit post

Melawat KDCA sempena Hari Keamatan


Hari kedua percutian, kami singgah pula ke Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) yang terletak di Penampang. KDCA merupakan pusat kebudayaan kaum Kadazan Dusun pada hari biasa. Namun, sempena Hari Keamatan, KDCA menjadi tuan rumah majlis sambutan Keamatan peringkat negeri Sabah selama 3 hari dan kami hadir pada hari kedua majlis iaitu Isnin, 30 Mei.




Inilah Pusat KDCA.


Ada pameran seni dan penerangan kebudayaan.


Antara wakil-wakil etnik yang hadir.



Pakaian yang unik dan berwarna warni berbeza setiap etnik.


Majlis di rasmikan oleh Menteri Besar Sabah.



Meriah persembahan lagu dan tarian budaya etnik Sabah.


Unduk Ngadau .. ratu cantik Keamatan.


Memperkenalkan ratu Unduk Ngadau wakil daerah.


Wakil juga datang dari seluruh pelusuk negeri.



Sekian sambutan Hari Keamatan di KDCA. Sesungguhnya, sambutan ini amat meriah dan amat menarik untuk mengenali kepelbagaian budaya dan etnik di Sabah. Selamat Menyambut Pesta Keamatan tahun 2016 atau dalam bahasa Kadazandusun = Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan toun 2016.

Labels: 0 komen | edit post