Percutian sehari ke Pulau Rusukan, Labuan



      Cuti hujung minggu yang membosankan, jejak kaki ini ke Pulau Rusukan, Labuan. Pakej harga pengenalan cuti sekolah RM99 ditempah melalui iklan di Pulau Rusukan Labuan, maka pagi Sabtu jam 9, aktiviti ke pulau ke pulau pun bermula.



Berkumpul di Marina Labuan untuk
ke Pulau Rusukan dengan 12 pelancong lain.


Tiba di Pulau Rusukan Besar lepas 30minit perjalanan.


Pulau Rusukan Chalet.


Tarikan di Pulau Rusukan, ada Pusat Konservasi Penyu,
tapi tiada penyu sebab belum musim.


Ada juga pusat Konservasi Kima dan bilik pameran.


Lepas salin baju, snorkeling di perairan Pulau Rusukan Kecil.



Banyak ikan dan pelbagai batu karang keras dan lembut,
nampak ada berwarna warna


Batu karang acropora dan staghorn.


Jumpa tunggul karang yang ada sekampung Nemo tinggal.


Lepas rehat makan jam 12.30 tgh dengan seafood buffet,
sambung snorkeling di Pulau Rusukan Besar.


Di kawasan jeti,dan pantai kawasan berpasir,
jumpa tapak sulaiman dan ada pelbagai jenis ikan.


Di kawasan lain, ada pelbagai karang laut.


Ada pelbagai ikan dan ada kima gergasi.


Penat dah snorkeling, lepak-lepak dulu.



Lepas mandi bilas, ambil gambar kenangan.



Koleksi mural dinding yang cantik.



Kalau nak bermalam, ada chalet.

Menjelang jam 3.30 ptg, kami pun pulang semula ke Marina Labuan. Sesungguhnya, percutian sehari di Pulau Rusukan ini menarik untuk aktiviti snorkling dan berehat. Ada pelbagai jenis batu karang cantik yang lain dari pulau lain untuk di lihat.


Labels: , 2 komen | edit post

Percutian sehari ke Pulau Mantanani, Sabah



        Sempena cuti Deepavali yang lalu, jejak kaki solo ini ke Pulau Mantanani, Sabah. Perancangan yang tergesa-gesa sebab risau dengan cuaca tak menentu, akhirnya termakbul juga hasrat menjejak kaki ke Pulau Mantanani dengan pakej RM 210 menggunakan khidmat Pakej Pulau Mantanani Murah. Bayaran di bayar pada hari Jumaat, maka, Ahad pagi jam 7, sudah sesiap untuk bertolak ke Rampaian Laut, Kota Belud dari penginapan di Kota Kinabalu.



Jam 10 pagi, tiba di Jeti Rampaian Laut, naik bot dengan 40 penumpang lain.
Bernasib baik dapat tengok proboscis monkey lagi dekat jeti.



40 minit perjalanan bot yang enjin asyik terberenti,
akhirnya bot berhenti di spot pertama Pulau Mantanani.



15minit untuk bergambar di beting pasir Pulau Mantanani.


Dah puas bergambar, baru bot bawa ke lokasi persalinan baju.
Bersiap untuk snorkeling.


Kemudian, di bawa ke laut terbuka perairan Pulau Mantanani.
Katanya 5 meter dalam, maka, arus bawah air kuat, ikan tak pelbagai.


Ada acropora cytherea yang biasa keliahatan



Kemudian, bot bawa ke lokasi kedua,
yang lebih cetek dan arus perlahan, berhampiran Pulau Lungisan.


Banyak lettuce turbinaria dan ada blue starfish.



Jam 1.30 petang pulang untuk makan dan bilas mandi.
Lapar letih, semua ada, melantak buffet seafood sampai kenyang dan rehat.


Dekat jam 3 petang, bergambar sikit sebelum pulang.



        Sekian, aktiviti seharian di Pulau Mantanani. Jam 4 ptg kembali semula ke Jeti Rampaian Laut, dan terus ke penginapan Kota Kinabalu semula dengan van pelancong. Sesungguhnya, tertunai sudah satu lagi senarai baldi dan puas hati dengan pakej ini. Namun, sebab sudah biasa dengan aktiviti laut, pengalaman di Pulau Mantanani boleh di katakan biasa-biasa sahaja (tak jumpa sesuatu kelainan), walaupun sempat melihat dua ekor penyu berenang di sana.


Labels: 0 komen | edit post

Melawat Papar, Sabah



Atas urusan kerja, jejak kaki kali ini mengambil kesempatan melawat tempat menarik di Papar, Sabah.



Pekan Papar.



Ada Waterfront Sungai Papar.


Ke Pantai Manis.


Ke Eko Pelancongan Mandalipau. RM 3.


Mandi sungai Papar.


Berehat di rakit buluh.


Mandi sungai cetek.


Selfie naik jambatan gantung sebelum balik.

Labels: 0 komen | edit post

Bercuti ke Pulau Perhentian (Hari 1)


Sempena cuti umum Keputeraan Agong yang lalu, jejak kaki ini ke Pulau Perhentian, Terengganu untuk 3H 2M mengikut pakej penuh RM500. Bertolak dari TBS jam 10 mlm, perjalanan ke Kuala Besut mengambil masa hampir 8 jam kerana kelewatan bas akibat jalan sesak.





Rombongan ke pulau bersama keluarga mertua.
Tiba di Stesen bas Kuala Besut jam 7 pagi.



Jam 8.30 pagi dah sesiap sarapan di jeti,  terus bertolak
ke Pulau Perhentian dan tiba jam 9 pagi di Sharila Resort



Sebab awal lagi sampai, lepak dulu di Pantai Romantik
 sebelum boleh check in melayan laut biru angin sepoi bahasa.



Tarikan di Sharila Resort yang redup di kelilingi pokok
dan bilik deluxe ada tv Astro dan air panas.



Lepas makan tengahari di cafe Sharila, jam 3ptg
terus terjun laut Pantai Romantik, Sharila Resort



Air membiru, banyak juga coral dan ikan, ada Nemo.



Jam 5 ptg, ikut rombongan ke Kincir Angin.



Tiba 30 minit kemudian, inilah pemandangannya.



Balik singgah ke Long Beach,
minum air kelapa, sebelum balik ke Sharila Resort.


Sekian hari pertama di Pulau Perhentian. Punya penat, malas nak tunggu pertunjukkan api di Ombak Dive Resort, terus makan malam di Sharila Cafe dan balik tidur.
Labels: , 0 komen | edit post

Bercuti ke Pulau Perhentian (Hari 2 & 3)


Hari kedua di pulau, lepas sarapan, jam 10pagi meneruskan aktiviti untuk snorkeling pula mengikut pakej yang telah di bayar.







Bersedia di Sunset Taxi untuk aktiviti snorkeling.




Menuju ke Turtle Point 1, di sambut ikan julung julung.




Tak jumpa penyu, tapi ikan banyak, ada Nemo.



Coral di situ juga cantik.



Kemudian ke Turtle Point 2.



Barulah nampak penyu yang
makan rumput dasar laut di situ.



Jam 1ptg, rehat dan makan nasi campur di Kampung Nelayan.



Lepas kenyang, ke Shark Point.
Jumpa 2 ekor blacktip reef shark kecil dan besar.



Ikan pun banyak, corak cantik masih hidup.

 


Last snorkeling di Romantic Beach,
sesuai untuk rehat dan beginner snorkel.


Sekian aktiviti snorkeling di sekitar Pulau Perhentian. Oleh sebab agak penat, kami malas turun snorkeling di Light House. Balik Sharila dalam jam 4 ptg terus rehat dan tidur kepenatan. Malam BBQ di Sharila Cafe dengan sotong, ayam dan ikan serta lauk pauk lain.




Hari ke 3, tiada aktiviti, hanya sesiap berkemas dan sarapan pagi. Jam 10 pagi sudah ke jeti, untuk naik bot ke Kuala Besut. Alhamdullilah, selamat pergi balik dan mengisi senarai baldi (bucket list) tempat yang teringin pergi iaitu Pulau Perhentian.
Labels: 0 komen | edit post