Musim kemarau sejak sebulan lalu membawa idea untuk bercuti ke Tioman. Persiapan booking chalet Salang Sayang (09-419 5020)& tiket feri BlueWater (07-799 4811) di buat hanya dalam masa seminggu sebelum bertolak iaitu pada Jumaat, 28 Feb 2014. Alhamdullilah, semua rancangan berjalan lancar dan bertolaklah kami ke Mersing seawal jam 6 pagi untuk menaiki feri ke Tioman jam 9 pagi kerana trip kedua feri hanya ada jam 6 ptg.
Tiba di Jeti Mersing, feri meredah gelora ombak
& akhirnya selamat sampai di Pantai Salang. Tioman.
Pemandangan Pantai Salang, Tioman.
Kami menginap di chalet Salang Sayang.
Menuju chalet jenis taman no. 3,
namun tidak jauh dari laut.
namun tidak jauh dari laut.
Chalet garden no 3, dari luar dan dalam
untuk penginapan berdua.
untuk penginapan berdua.
Sampai bilik, terus terjun mandi laut!
Sebahagian ikan & coral di Pantai Salang.
Puas mandi manda, kami ronda-ronda pula di sepanjang Pantai Salang melihat persekitaran. Bukan sahaja masih mengekalkan hutan semulajadi, malah haiwan-haiwan juga bergerak bebas.
Biawak, kucing & monyet bebas. : )
Manusia juga bebas beraktiviti di laut & pantai.
Kami meronda-ronda sehinggalah berpeluang menyaksikan matahari terbenam sambil menyaksikan keindahan alam. Malamnya aktiviti di peuhi dengan aktiviti memancing di jeti Salang, walaupun yang dapatnya hanya kesabaran menunggu ikan, hehehe.