Meronda ke Kuala Penyu



Cuti panjang raya Cina dan Hari Wilayah Labuan membawa kaki ke Daerah Kuala Penyu. Kuala Penyu ini terletak di hujung barat Sabah menghadap Pulau Labuan. Ia meliputi mukim Mempakul, Tanjung Aru, Kilugus, Kerukan, Bundu, Mantabawan dan Sitompok.

Dari Pulau Labuan, bot penumpang dan feri RORO akan berlabuh di  Jeti Menumbuk, Mukim Mempakul. Perjalanan dengan bot mengamil masa kira-kira 30min berbanding feri RORO yang saya naiki  menempuh lautan selama 2 jam untuk tiba ke destinasi. Kadar bayaran untuk motorsikal seperti saya hanya RM15 sehala manakala kenderaan lain bermula RM 40 untuk kereta dan lain-lain mengikut saiz kenderaan.

Fokus perjalanan ke sini adalah hanya menikmati pemandangan pantai-pantai di Daerah Kuala Penyu. Jadi,sampai sahaja di Menumbuk jam 1.30 petang, saya terus meneruskan perjalanan selama 30min untuk sampai ke Mukim Sitompok dimana terletaknya pusat pentadbiran Kuala Penyu. Melepak sebentar di Pekan Sitompok, sebelum singgah ke Pantai Sawangan, dan kemudian di Pantai Tempurung dan Pantai Batu Luang dan akhir sekali Pantai Mempakul untuk pulang hari itu juga.





Menuju ke Menumbok dengan feri RORO.




Singgah di Pusat Informasi Rumbia.



Singgah di Pekan Sitompok, Kuala Penyu.



Pangtai Sawangan.




Pantai Tempurung.




Pantai Batu Luang.


Sunset di Pantai Mempakul.


Sekian aktiviti meronda pada kali ini, Sesungguhnya pantai-pantai Kuala Penyu cantik dan bersih, namun tiada pula kesempatan saya untuk mandi kerana kesuntukan masa. Ada masa sudah pasti saya akan singgah ke sana lagi.

Labels: 0 komen | edit post