Riang Ria di Universal Studio Singapore


Cuti akhir tahun kali ini di isi dengan bergembira di Universal Studio Singapore(USS). Dah lama ngidam nak pergi, akhirnya tertunai juga. Maka pada 26 Dis (Boxing Day), pagi-pagi lagi dah bersiap untuk ke Singapura. Syukur dengan cuaca yang redup setelah 1 minggu mengalami minggu hujan dek peralihan monsun.


Dengan bayaran pakej hampir RM200, kami bertolak ke USS dengan 2 buah bas. Tak ada masalah hendak pergi sendiri (beli tiket sendiri, naik bus sendiri), tapi dengan pakej rombongan, bus yang menanti anda (tiada risau ketiadaan bus). Perjalanan bus mengambil kira 30min untuk tiba di USS dengan tiada langsung kesesakan, syukur!



View Larger Map Peta USS.



Sesampai je USS, wow, ramai pengunjung sudah menunggu awal di depan pintu masuk, maklumlah, hari cuti. Sambil menunggu, aktiviti mengambil gambarlah yang terutama. Tepat jam 10pagi sahaja, barulah semua dibenarkan masuk dengan tidak sabar lagi







Pintu masuk USS


Bahagian pertama yang kitorang jelajah adalah Hollywood kerana kawasan situ di hadapan sekali. Berlatar belakangkan studio perfileman Hollywood, banyak kedai dan bangunan mirip bangunan Inggeris terdapat disitu, jakon nak bergambar. Kemudian, kami memasuki studio Light, Camera, Action untuk melihat persembahan perfileman Hollywood. Pergg... dengan visual, kesan khas, bunyi, cahaya.... memang best cara pembikinan diorang. Situasi serangan tornado di Manhattan nampak real dengan tingkap melayang, air memercik dan kapal terbabas!



Studio Light, Camera, Action memang best.



Berlatar belakangkan Hollywood.





Setelah puas di Bahagian Hollywood, kemudian kami ke Sci Fi City dengan memasuki Transformer Ride yang baru dibuka. Walaupun menunggu giliran selama 1jam 30min, sangat berbaloi untuk memasukinya pasal paling terbaik sekali. Menaiki roller coster yang laju dengan kesan visual 3D, seolah-olah terasa di set rakaman filem Transformer. Semuanya mengisahkan perebutan AllSpark antara Autobot dengan Decepticons dan kita sebagai manusia yang diselamatkan oleh Autobot. Best gilerrrr.




Autobot.. roll out.



Selesai je menjerit teruja di Tranformer Ride, kami menaiki Battlestar Galactica roller coster. Ada 2 jenis roller coster Human dan Cylon yang dedua nya sangat mendebarkan. Dinasihatkan agar orang yang sihat sahaja menaikinya! Malah yang sihat pun sampai terkeluar air mata menjerit-jerit. Hahahaha.




Yang berani mesti cuba roller coster dasat ni.



Abis je naik roller coster, badan aku dah rasa len macam. Boleh control lagi, kami ke bahagian Ancient Egypt. Aku sangat teruja dengan keadaan ala-ala Firaun ni, suka sekali mau ke Egypt. Maka disini kami menaiki indoor roller coaster yang gelap dan tak kurang hebat seperti meneroka dunia The Mummy juga dengan persembahan visual dan objek-objek dari Ancient Egypt. Best juga!




Luar bahagian Ancient Egypt.



Selesai je ber roller coaster Mummy Return, aku dah rasa perut tak selesa. Abis la.. dah masuk angin, gara-gara kurang sarapan berat semasa sarapan. Alang-alang dah 12tgh, maka kami terus makan di Oasis Spice Cafe di kawasan Ancient Egypt yang disahkan halal. Makanan nampak sedap, tapi sebab perut aku dah masuk angin, rasa tak sedap. Selesai makan, terus muntahhh! :(




Restoran yang cantik dan set makanan SGD 17++



Kepala dah ting-tong, diteruskan pula ke bahagian Lost World. Oleh kerana ada taman yang ditutup kerana pembaikan mutu, maka kawasan Jurasic Park kami rasa kurang menarik kecuali untuk kanak-kanak. Cuma yang menarik untuk kami adalah menonton Waterworld, namun kami terlepas tayangan, kena tunggu masa lain. Oleh itu, kami rehat-rehat melegakan kaki yang semakin lenguh sambil bergambar.




Kawasan Lost World yang biasa je.


Bosan di Lost World, kami terus ke kawasan Far Far Away untuk bertemu animasi Shrek. Wow, cantik sungguh binaan istananya, yang menempatkan pawagam 4D animasi Shrek. Hampir 40min menunggu, lega rasanya dapat menonton sambil duduk di bilik berhawa dingin. Ceritanya berkisar Shrek dan rakan-rakan menyelamatkan Fiona dengan terasa kesan 4D nya seperti kerusi goyang-goyang, percikan air dan semburan angin seperti sentuhan pada kaki! Suspen!



Gembira di kawasan Far Far Away.



Kebetulan dapat temu Shrek dan Fiona.



Setelah puas di dunia Shrek, kami ke kawasan Madagascar yang terakhir sekali. Dengan tema hidupan haiwan, kami dibawa menaiki bot air melihat patung-patung animasi Madagascar bercakap dan bergerak-gerak, sangat sesuai untuk kanak-kanak!



Tonton patung Madagascar dengan menaiki bot.



Nasib baik aktiviti di Madagascar tak lama, maka kami sempat jejak kembali di Lost World untuk menyaksikan persembahan di Waterworld jam 6ptg, slot terakhir. Persembahan mengenai aksi lanun moden ini banyak menggunakan air dan bunga api. Siapa suka basah-basah boleh la rela untuk disimbah oleh para pelakon jika duduk paling hadapan sekali!




Aksi stuntmen di Waterworld.

<


Selesai aksi di Waterworld, kami lepak melepaskan lelah disekitar Hollywood sambil bergambar. Walaupun terpaksa bersesak dengan orang ramai, kami tak segan nak bergambar. Kadang-kadang terpaksa beratur untuk menuggu peluang bergambar dan paling menyampah, muka orang lain pun ada dalam gambar dek terlalu rapat.




Permandangan sekitar USS.





Posing dengan kereta-kereta.




Kami bergembira di mana saja.




Sekitar USS menjelang malam.



Sebelum pulang, kami membeli belah sebagai cendermata. Berhabis hampir SGD70 untuk memuaskan hati. Hahaha, bukan selalu.


Beli belah cendermata di USS.





Sekian aktiviti berhibur di USS, yang pasti amat puas dan berbaloi walaupun keletihan. Kami bergerak pulang jam 8mlm dan tiba semula di JB jam 9mlm. Leganyaa...

Labels: 7 komen | edit post