Riang Ria di Universal Studio Singapore


Cuti akhir tahun kali ini di isi dengan bergembira di Universal Studio Singapore(USS). Dah lama ngidam nak pergi, akhirnya tertunai juga. Maka pada 26 Dis (Boxing Day), pagi-pagi lagi dah bersiap untuk ke Singapura. Syukur dengan cuaca yang redup setelah 1 minggu mengalami minggu hujan dek peralihan monsun.


Dengan bayaran pakej hampir RM200, kami bertolak ke USS dengan 2 buah bas. Tak ada masalah hendak pergi sendiri (beli tiket sendiri, naik bus sendiri), tapi dengan pakej rombongan, bus yang menanti anda (tiada risau ketiadaan bus). Perjalanan bus mengambil kira 30min untuk tiba di USS dengan tiada langsung kesesakan, syukur!



View Larger Map Peta USS.



Sesampai je USS, wow, ramai pengunjung sudah menunggu awal di depan pintu masuk, maklumlah, hari cuti. Sambil menunggu, aktiviti mengambil gambarlah yang terutama. Tepat jam 10pagi sahaja, barulah semua dibenarkan masuk dengan tidak sabar lagi







Pintu masuk USS


Bahagian pertama yang kitorang jelajah adalah Hollywood kerana kawasan situ di hadapan sekali. Berlatar belakangkan studio perfileman Hollywood, banyak kedai dan bangunan mirip bangunan Inggeris terdapat disitu, jakon nak bergambar. Kemudian, kami memasuki studio Light, Camera, Action untuk melihat persembahan perfileman Hollywood. Pergg... dengan visual, kesan khas, bunyi, cahaya.... memang best cara pembikinan diorang. Situasi serangan tornado di Manhattan nampak real dengan tingkap melayang, air memercik dan kapal terbabas!



Studio Light, Camera, Action memang best.



Berlatar belakangkan Hollywood.





Setelah puas di Bahagian Hollywood, kemudian kami ke Sci Fi City dengan memasuki Transformer Ride yang baru dibuka. Walaupun menunggu giliran selama 1jam 30min, sangat berbaloi untuk memasukinya pasal paling terbaik sekali. Menaiki roller coster yang laju dengan kesan visual 3D, seolah-olah terasa di set rakaman filem Transformer. Semuanya mengisahkan perebutan AllSpark antara Autobot dengan Decepticons dan kita sebagai manusia yang diselamatkan oleh Autobot. Best gilerrrr.




Autobot.. roll out.



Selesai je menjerit teruja di Tranformer Ride, kami menaiki Battlestar Galactica roller coster. Ada 2 jenis roller coster Human dan Cylon yang dedua nya sangat mendebarkan. Dinasihatkan agar orang yang sihat sahaja menaikinya! Malah yang sihat pun sampai terkeluar air mata menjerit-jerit. Hahahaha.




Yang berani mesti cuba roller coster dasat ni.



Abis je naik roller coster, badan aku dah rasa len macam. Boleh control lagi, kami ke bahagian Ancient Egypt. Aku sangat teruja dengan keadaan ala-ala Firaun ni, suka sekali mau ke Egypt. Maka disini kami menaiki indoor roller coaster yang gelap dan tak kurang hebat seperti meneroka dunia The Mummy juga dengan persembahan visual dan objek-objek dari Ancient Egypt. Best juga!




Luar bahagian Ancient Egypt.



Selesai je ber roller coaster Mummy Return, aku dah rasa perut tak selesa. Abis la.. dah masuk angin, gara-gara kurang sarapan berat semasa sarapan. Alang-alang dah 12tgh, maka kami terus makan di Oasis Spice Cafe di kawasan Ancient Egypt yang disahkan halal. Makanan nampak sedap, tapi sebab perut aku dah masuk angin, rasa tak sedap. Selesai makan, terus muntahhh! :(




Restoran yang cantik dan set makanan SGD 17++



Kepala dah ting-tong, diteruskan pula ke bahagian Lost World. Oleh kerana ada taman yang ditutup kerana pembaikan mutu, maka kawasan Jurasic Park kami rasa kurang menarik kecuali untuk kanak-kanak. Cuma yang menarik untuk kami adalah menonton Waterworld, namun kami terlepas tayangan, kena tunggu masa lain. Oleh itu, kami rehat-rehat melegakan kaki yang semakin lenguh sambil bergambar.




Kawasan Lost World yang biasa je.


Bosan di Lost World, kami terus ke kawasan Far Far Away untuk bertemu animasi Shrek. Wow, cantik sungguh binaan istananya, yang menempatkan pawagam 4D animasi Shrek. Hampir 40min menunggu, lega rasanya dapat menonton sambil duduk di bilik berhawa dingin. Ceritanya berkisar Shrek dan rakan-rakan menyelamatkan Fiona dengan terasa kesan 4D nya seperti kerusi goyang-goyang, percikan air dan semburan angin seperti sentuhan pada kaki! Suspen!



Gembira di kawasan Far Far Away.



Kebetulan dapat temu Shrek dan Fiona.



Setelah puas di dunia Shrek, kami ke kawasan Madagascar yang terakhir sekali. Dengan tema hidupan haiwan, kami dibawa menaiki bot air melihat patung-patung animasi Madagascar bercakap dan bergerak-gerak, sangat sesuai untuk kanak-kanak!



Tonton patung Madagascar dengan menaiki bot.



Nasib baik aktiviti di Madagascar tak lama, maka kami sempat jejak kembali di Lost World untuk menyaksikan persembahan di Waterworld jam 6ptg, slot terakhir. Persembahan mengenai aksi lanun moden ini banyak menggunakan air dan bunga api. Siapa suka basah-basah boleh la rela untuk disimbah oleh para pelakon jika duduk paling hadapan sekali!




Aksi stuntmen di Waterworld.

<


Selesai aksi di Waterworld, kami lepak melepaskan lelah disekitar Hollywood sambil bergambar. Walaupun terpaksa bersesak dengan orang ramai, kami tak segan nak bergambar. Kadang-kadang terpaksa beratur untuk menuggu peluang bergambar dan paling menyampah, muka orang lain pun ada dalam gambar dek terlalu rapat.




Permandangan sekitar USS.





Posing dengan kereta-kereta.




Kami bergembira di mana saja.




Sekitar USS menjelang malam.



Sebelum pulang, kami membeli belah sebagai cendermata. Berhabis hampir SGD70 untuk memuaskan hati. Hahaha, bukan selalu.


Beli belah cendermata di USS.





Sekian aktiviti berhibur di USS, yang pasti amat puas dan berbaloi walaupun keletihan. Kami bergerak pulang jam 8mlm dan tiba semula di JB jam 9mlm. Leganyaa...

Labels: 7 komen | edit post

Melepak di Tanjung Balau

Hujung minggu yang membosankan kali ini disis dengan melepak di Tanjung Balau, Kota Tinggi. Cuaca yang redup amat menyamankan perjalanan disamping perjalanan yang lancar dengan menggunakan Lebuhrya E22 yng hanya mengambil masa sejam dari rumah.







Lokasi Tanjung Balau.




Lalu menggunakan jambatan baru di Lebuh Raya E22








Rumpai laut di Tanjung Balau.




Batuan pantai di Tanjung Balau




Batuan pantai cantik dibuat pose dalam gambar. :)




Hargai keindahan Pantai Tanjung Balau.
Labels: , 2 komen | edit post

Percutian ke Phuket (Hari Pertama - 1/7/2011)



Percutian ke Phuket ini dirancang sebulan lalu kerana di ajak oleh Nick agar menyertai rombongan bersama rakan sekerja. Maka, dalam masa 10 hari, mulalah rajin melayari internet untuk mendapatkan maklumat dari pada tiket penerbangan, tempat penginapan dan aktiviti yang hendak dibuat. Semuanya dibuat agar percutian kali ini teratur dan lancar malah menepati budget.

Harus terbang dari Changi ke Phuket.


Maka, setelah semuanya disahkan, maka tibalah hari gembira untuk memulakan percutian iaitu pada 1 Julai 2011. Dengan memberanikan diri sesorang, geraklah aku seawal 4pagi ke Bandaraya Johor Bahru untuk merentasi sempadan. Sampai CIQ pukul 5pg, terus ambil bus Transtar di Bay 16 ke Terminal Budget Changi dengan percuma kerana memiliki tiket penerbangan menggunakan Tiger Airways (tambang biasa hanya RM 7).Perjalanan kira-kira 45min dengan aksi tidur dalam bus sahaja pasal masih ngantuk!



Siap sarapan di Changi Airport dan menunggu pelepasan, kira-kira jam 10pg barulah pesawat berangkat. Perjalanan kira-kira sejam adalah lancar sehinggalah tiba di Phuket Airport dengan hujan yang sangat lebat. Berdebar juga perasaan ketika hendak mendarat, namun semuanya selamat. Horeyyyy... sampai juga di Phuket setelah 4 tahun merancang!



Tiba di Changi, menunggu dan terbang....



Tiba di Phuket!


Lepak-lepak di hotel.


Lokasi strategik hotel penginapan.




Oleh kerana sudah sampai di tempat orang, maka tidak sah sekiranya tidak berjalan-jalan. Maka, selepas bersiap, perut pula keroncong, kami pun bergerak ke Jungceylon, sebuah pusat membeli belah terkenal di bandar Patong. Agak menarik tempat ini dan harganya juga menarik. Didapati harga barangan di sini agak mahal, namun untuk cendermata harganya sama atau lebih murah dari didapati di Jalan Bangla. Untuk makanan halal, terdapat 2 jenis kedai masakan muslim di aras bawah Jungceylon.



Ronda-ronda di Jungceylon



Makan nasi daging lada hitam bergajus
dan lepak-lepak di Jungceylon.




Banyak jugalah cendermata kami beli, malah Ading berabis 3000 Baht untuk ole-ole. Setelah puas jelajah Jungceylon, kami bergerak pula ke pantai Patong untuk bersiar-siar makan angin. Jaraknya tidak terlalu jauh, maka jalan kaki adalah mudah dan tidak pula memenatkan.




Ronda-ronda di Jalan Bangla dengan wayar berselirat
sambil bunyi-bunyi overload.




Ronda-ronda di Beach Road.



Di Patong Beach.




Menjelang magrib, kami pun pulang ke hotel untuk mandi. Malam sikit, baru lah kami keluar untuk aktiviti malam pertama di Phuket. Kami mulakan dengan memanjakan diri bersama urut Thai, kemudian makan malam, ronda malam di Patong dan akhirnya singgah berhiburan.



Pekena massage thai sejam. 400 Baht!


Makan malam dengan seafood Arab.


Berjimba sakan di Phuket.



Hiburan malam di Phuket.




Sekian aktiviti pada hari pertama. Gembira-suka-terhibur semuanya ada di hari pertama!



Labels: 2 komen | edit post

Percutian ke Phuket (Hari Kedua - 2/7/2011) - Bahagian Pertama

Seawal jam 6pg, kami telah sesiap untuk aktiviti jelajah pulau iaitu Pulau Phi Phi Lay - Phi Phi Don dan Khai Island. Kami telah menempah semasa hari pertama dengan harga 1300 Baht sekepala dengan menaiki bot laju, lengkap makan minum, kelengkapan snorkeling dan tour guide, Mr Beutiful Lucy .. hahaha. Jam 7pagi van sewaan telah menunggu dan dibawa dengan van sewaan dengan masa perjalanan kira-kira 45min untuk tiba di jeti bot.



Jeti bot untuk jelajah Pulau Phi Phi.


Kami akan menjelajah di sini!


Pulau Phi Phi .. kami datangggg.



Wah.. cantiknya Maya Bay!


Sampai dah di Maya Bay!


Jenihnya air!


Ketika ini air pasang tinggi.


Kalu kena tsunami, cepat-cepat lari ikut arah ini.


Lepak jap di Maya Bay.


Setelah setengah jam lepak-lepak di Maya beach, kami di bawa pula ke Pileh Cove, Loh Samah, Pirate Cove dan Monkey Bay yang semua ini berada di kawasan Pulau Phi Phi Lay. Keseluruhan pulau ini adalah berupa batu kapur yang unik dikelilingi air laut membiru.. cantikkkk!



Loh Samah dan Pileh Cove.


Sightseeing Loh Samah


Sightseeing Pileh Cove


Sightseeing Pirate cove



Monyet kelaparan di Monkey Bay.


Snorkling di Ton Sai Bay.


Coral dan ikan di Ton Sai Bay.


Meninggalkan Phi Phi Lay lepas puas snorkling!



Kami meninggalkan Phi Phi Lay untuk ke destinasi pulau Phi Phi Don dan Pulau Khai untuk makan tengahari dan lepak-lepak. Perjalanan kira-kira 25 min terasa lama kerana masing-masing telah kelaparan akibat penat snorkling. Makanan ala buffet adalah halal dan termasuk dalam pakej jelajah pulau.



Dah sampai di Phi Phi Don
untuk lepak-lepak dan makan.





Dibawa pula ke Pulau Khai, pulau terakhir.



Berjemur lah sampai kering.




Redup sikit disini kan.



Pakai sunglass kerana terik matahari



Pemandangan menarik dari Pulau Khai yang kecil.


Pulau Khai banyak batu-batu.




Setelah sejam lebih menjemurkan diri di Pulau Khai, barulah kami dibawa pulang semula ke jeti dan seterusnya dihantar ke hotel penginapan. Pengalaman yang amat menarik!

Labels: , 2 komen | edit post