Sepagi di Batu Caves


Sempena keberadaan di Kuala Lumpur, saya ke Batu Caves untuk mencuba menaiki 272 tangga hingga puncak. Menaiki KTM Komuter yang sangat lambat dari KL Sentral jam 9.45pagi, hampir 30minit baru tiba di Batu Caves.



Tiba di kawasan kuil Batu Caves jam 10.30pagi.



Ramai manusia dan banyak monyet.


Tangga cantik untuk 272 langkah ke puncak.


Dalam gua ada kuil.


Ada lagi tangga sambungan ke hujung gua.



Pemandangan gua yang cantik.


Ada pakej teroka gua gelap, RM30 untuk 45 minit.
Tak masuk sebab kesuntukan masa.



Jam 11 pagi turun dan pulang.



Perjalanan pulang lebih lancar dan pantas dengan manaiki KTM Komuter juga dari Stn Batu Cave ke Stn KTM Sentul. Sambungan ke Stn KL Sentral pula dengan menaiki bas awam dengan percuma dari Stn KTM Sentul. Sekian aktiviti senaman kaki di Batu Caves, yang sangat mudah untuk sesiapa yang dah biasa mendaki.