Mendaki Bukit Padang, mandi di Air Terjun Kiansom & melepak di Bukit Kokol.


Hujung minggu yang lalu, membawa diri ke tiga kawasan rekreasi iaitu Bukit Padang, Air Terjun Kiansom dan Bukit Kokol. Lewat pagi jam 9pagi baru bergerak ke Bukit Padang atau lebih tepat lagi Taman Tun Fuad Stephan.




Ayuh beriadah di Bukit Padang.


Memilih Surveyor Trail no. 3, trek daki lebih pendek.


Jumpa laman TaiChi, kemudian trek tanah & tangga mendaki.



Ada kemudahan bersenam tidak jauh di puncak.



Turun melalui trek no. 6 yang ekstrem.



Setelah berpeluh-peluh mendaki, saya ke kawasan Inanam untuk ke Air Terjun Kionsom, tiba di sana jam 11.30, 30minit perjalanan dari Bukit Padang.



RM 1.50 bayaran masuk, ada kemudahan tandas dan parking.



Trek kecil yang pendek menuju 3 kolam air terjun.



Air terjun 1 (kolam kecil) dan air terjun 2 (kolam besar)


Air terjun 3 (kolam luas) dan air terjun 4 (tiada laluan).



Setelah hampir 3 jam bermandi manda, saya bergerak pula ke Bukit Kokol yang memakan masa 30minit perjalanan melalui jalan pintas Bambangan-Kebuni. Saya melepak di Kokol Haven Resort untuk menyaksikan pemandangan cantik di tempat tinggi sana.




Sampai sudah, bayaran masuk RM10 sekepala.


Melepak di restoran sambil berswafoto.


Melepak di anjung menyaksikan keindahan alam.



Menyaksikan keindahan alam hingga hampir magrib.


         Sekian, aktiviti pada hujung minggu yang lalu dengan aktiviti riadah yang menarik. Sesungguhnya, hari minggu amat menarik kalau ada aktiviti berjalan-jalan.