Meneroka Taman Laut Sultan Iskandar, Mersing




           Hari berikutnya percutian, saya ke Mersing. Kunjungan ke dua dalam tahun ini adalah untuk mengikuti pakej RM150 ke pulau-pulau CHEKGU MURNI di Taman Laut Sultan Iskandar. Perjalanan dari rumah bermula jam 3pagi, dan bersama kawan-kawan bertolak dari Larkin jam 4.30pagi terus ke Jeti Mersing. Setelah berkumpul, jam 9.30 pagi bertolaklah kami dengan menaiki 5 bot ke laut.




Trip teramai, 5 bot.



45minit ke Pulau Sibu Kukus melalui persisiran Mersing



Beting pasir cantik di Pulau Sibu Kukus



Kena daki 5 minit ke puncak untuk menikmati
pemandangan cantik



Pemandangan cantik sekitar Pulau Sibu Kukus
dan puncaknya



Kami telah tiba di Pulau Sibu Kukus.



Kemudian ke Pulau Lima pula, pulau banyak gua,
sesi snorkling untuk first timer sebab air tenang.



Ikan tak banyak, coral pun tak ada.



Kemudian ke Pulau Tetek atau Pulau Tokong Raket,
memerhati persinggahan dan sarang burung laut.



Ke Pulau Simbang pula, sesi snorkling berhampiran.



Coral yang biasa, tapi banyak ikan.



Menjelang 1 ptg, ke Pulau Mentigi yang juga ada beting pasir
untuk makan, rehat dan sesi snorkling



Snorkling di belah kanan beting pasir,
coral biasa di air cetek dan ikan tak banyak.



Snorkling di belah kiri beting pasir,
dasar laut berbatu tapi ikan banyak dan besar-besar.



Jam 3.30ptg bergerak pula ke Pulau Tinggi.



Meneroka hutan mencari air terjun,
15 minit baru jumpa, kolam kecil dah penuh ramai orang.



          Jam 5ptg, barulah kami bergerak pulang ke darat dengan laut yang bergelora. 45minit perjalanan pulang bagaikan sejam sebab terumbang ambing lawan ombak laut yang ganas. Namun, bersyukur selamat sampai darat jam 6 ptg. Sesungguhnya kami berpuas hati dengan jelajah di pulau-pulau Taman Laut Sultan Iskandar walaupun hanya sebahagian daripadanya sahaja.


Melepak di Desaru Coast Adventure Park



      Sempena cuti raya Haji yang panjang, saya ke Desaru Coast, nama baru bagi pusat peranginan Desaru. Pusat-pusat peranginan baru bakal di buka adalah Hard Rock Hotel, Westin Desaru, Anantara Villas, One&Only Resort dan tempat yang saya kunjungi adalah Desaru Coast Adventure Park. Pusat hiburan air ini baru di buka dan bayaran pengenalan hanya RM 75 untuk dewasa.



Jam 10pagi dah buka. Wira dan Suri sebagai maskot.



Tema tempatan dan pelbagai tarikan aktiviti air.



Persekitaran baru yang bersih.



Naik water roller coaster Kraken. Naik 3 kali. :)


Tak dapat naik Tempest sebab hanya untuk boya 4 orang.



Hanya naik luncur Piptide,
sesuai untuk boya sorang atau berdua. Naik 2 kali.



Terus bersambung dengan Penawar River.



Mencuba surf board, susah juga nak kawal.



Ada bahagian untuk kanak-kanak.



Ada pantai buatan untuk mandi ala laut
dan pantai pasir putih dengan kerusi percuma.




Ada ombak buatan yang hebat,


Menjelang jam 4 ptg bila dah bosan, barulah saya pulang. Sesungguhnya, tempat ini sangat menarik untuk dewasa dan kanak-kanak untuk yang menyukai tempat rekrasi air yang selamat. Kemudahan tempat ini pun lengkap seperti surau, retoran di luar dan dalam, loker RM 20 dan tandas. 


Labels: 0 komen | edit post