Cuti-cuti Redang (Hari Pertama - 21/5/2010) - Bahagian Ke-1


       Percutian ke Pulau Redang akhirnya berjaya di laksanakan setelah 2 bulan serius merancang. Bertolak dari JB malam khamis seramai 6org, kami sampai di Kuala Terengganu pada subuh hari Jumaat sambil di nantikan oleh 4 orang lagi kawan kami.



Demi Redang, gigih meredah 8 jam perjalanan.




Bergambar sat, sebelum bertolak ke Jeti Merang.
           

       Dengan keletihan selepas menempuh perjalanan, kami di jemput oleh pihak resort menggunakan van muat untuk 10 orang. Perjalanan selama 20min membuatkan kami tidak sabar lagi hendak menuju terus ke Pulau Redang.


Deretan kedai cendermata dan kedai makan di Jeti Merang.

Jeti Merang tersedia untuk bot ke Pulau Redang.

         Setelah menunggu hampai setengah jam, barulah kami di persilakan menaiki bot untuk ke Pulau Redang. Kami di punggah dari bot kecil dari jeti ke bot besar di tengah laut kerana kebetulan jeti Merang sedang mengalami air surut. Seterusnya, kami bersama-sama pengunjung lain di bawa ke resort kami di Pulau Redang iaitu Redang Holiday Resort.



Tu dia... Redang Holiday Resort!
Kami disambut dengan wanita berbikini.. ehe



Bahagian dalam bilik kami.
Semi-D banglo untuk 6 org.



Bilik kami menghadap laut.. indahnyaa...



Pemandangan pantai Pasir Panjang, Pulau Redang.



Laut dia membiru sungguh,...




Ombak manja menghempas batu..




         Sesungguhnya, sesampai kami di Pulau Redang, kami begitu takjub dengan keindahan pantainya. Begitu cantik dan memukau pantai dan kejernihan airnya!


Labels: 2 komen | edit post

Cuti-cuti Redang (Hari Pertama - 21/5/2010) - Bahagian Ke-2

Aktiviti snorkeling pertama di mulakan selapas check-in bilik dan selesai makan tengahari yang disediakan oleh pihak resort. Kami bersama yang lain di bawa ke Pulau Lima yang rupanya di ambil nama sempena 5 bongkah pulau yang kelihatan cantum-sambung.



Kami posing di atas bot



Pemandangan cantik Pulau Lima.



Kami snorkeling di perairan Pulau Lima.



Ikan, terumbu dan gamat (ya ka?)



Terumbu karang Pulau Lima.



Terembu karang cantik.



Ikan-ikan mencari makan di terumbu karang.


Sesungguhnya, perairan Pulau Lima sangat jernih dan mempunyai terumbu karang yang cantik-cantik. Berjenis-jenis ikan juga dapat dilihat disini, mungkin terdapat banyak sumber makanan di sini.



Labels: 5 komen | edit post

Cuti-cuti Redang (Hari Kedua - 22/5/2010) - Bahagian Ke-1




Hari kedua di Pulau Redang di isi lagi dengan aktiviti snorkeling di Taman Marin, Pulau Pinang. Sebuah jeti dan pusat maklumat perikanan di bina di pulau ini untuk memudahkan pengunjung melihat dengan dekat ikan yang dikumpulkan di perairan pulau.




Kami di pantai Pulau Pinang.



Ramai dok snorkeling di sini.




Ikan di sini cukup banyak dan kelaparan.


Banyak juga karang yang sudah mati.



Namun, masih ada karang yang hidup.



Anak penyu yang berjaya di tetaskan untuk di pelihara
sebelum boleh dilepaskan ke laut.





Walaupun terdapat banyak ikan di Taman Marin, namun terumbu karang disini tidak berapa cantik berbanding di Pulau Lima. Di harap usaha pemuliharaan mendapat sokongan dari semua pihak yang tahu menghargainya.


Labels: 0 komen | edit post

Cuti-cuti Redang (Hari Pertama - 21/5/2010) - Bahagian Ke-3

Setelah pulang dari aktiviti snorkeling di Pulau Lima, kami dihantar pulang ke resort dan dibenarkan membuat aktiviti sendiri. Maka, kami bersnorkeling pula di perairan Pantai Pasir Panjang sebagai aktiviti bebas. Kawasan ini terletak di pesisir pulau di hadapan Pelangi Beach Resort, tidak jauh dari Redang Holiday Resort.



Kami posing sebelum terjun ke laut, ehe.




Jangan tak percaya, ada anak jerung main-main disini.



Terumbu karang di yang cantik.




Antara terumbu karang dan ikan cantik di sana.




Ada juga orang buat diving di sini.



Setelah puas dan penat bersnorkeling, maka kami pun pulang ke bilik, berehat-rehat, makan malam dan malamnya juga beraktiviti bebas. Mula-mula kami berkaraoke kejap, sebelum bersiar-siar di pantai menjengok resort-resort lain. Sesungguhnya, malam di Pulau Redang tidak sunyi. Para pengunjung saling berehat-rehat, berkaraoke malah berhibur dengan pertunjukan pentas dan berdisko!





Labels: 0 komen | edit post

Cuti-cuti Redang (Hari Kedua - 22/5/2010) - Bahagian Ke-2



Setelah makan tengahari di resort, kami berkumpul di pantai pada pukul 3ptg untuk aktiviti snorkeling terakhir. Mula-mula bot membawa kami ke Pulau Kerengga, namun, akibat air surut, kami tidak di bawa ke situ agar kami tidak terosakkan karangan laut di sana.

Maka, kami dibawa pula di perairan Teluk Kalong. Lokasi snorkeling disini memang tidak jauh dari Pulau Kerengga, namun karangan lautnya tidak pula kelihatan menarik. Ditambah lagi kesan lepas hujan, air agak keruh dan ikan-ikan juga kurang.



Di hadapan Teluk Kalong,
ada kapal Star Cruise berlabuh.



Antara terumbu karang yang menarik.



Ikan-ikan juga kurang di sini.



Setelah hampi sejam bosan di Teluk Kalong, kami dibawa pulang ke resort. Sementara waktu masih awal untuk makan malam, kami membuat aktiviti pantai untuk kali terakhir seperti berikut ..



Posing ala model lagi..


Main-main pasir...




Main-main tanam..



Main-main air....





Setelah puas berenang-renang dan mengambil gambar, kami pun balik ke bilik, berehat dan sesiap untuk makan BBQ. Sesunguhnya, makan di Redang Holiday memang puas kerana lauk yang berjenis-jenis ala buffet. 3 kali makan semestinya kami tidak lepaskan, maklum la.. duit sudah dibayar, apalagi makan untuk tenaga bagi aktiviti snorkling.



Labels: 0 komen | edit post

Cuti-cuti Redang (Hari Ketiga - 23/5/2010)



Hari terakhir, tiada aktiviti menarik yang hendak dibuat, selain rasa letih dan malas hendak meninggalkan Pulau Redang ini. Namun, apakan daya, pakej 3hari 2Malam harus di patuhi, maka kami bergegas bersiap berkemas untuk pulang.

Sementara menunggu giliran bot, kami mengisi masa lapang dengan bergambar, maklum lah sebagai kenang-kenangan ke Pulau Redang sekali untuk seumur hidup barangkali. Maka, ini lah hasil gila bergambar kami..




Posing atas bar.



Posing di ruang istirehat.



Geng Ciri telah sampai ke Pulau Redang.. yeah.



Sekian percutian kami di Pulau Redang secara pakej 3hari 2 malam di Redang Holiday Resort. Pakej bernilai Rm420 termasuk sewa van dan tambang JB-KT, RM 90. Sesungguhnya, kami amat seronok walaupun ada sedikit peristiwa dan drama yang muncul. Resort penginapan ok, makananya juga ok, pantainya ok, namun terumbu karangnya kurang cantik berbanding pulau lain. Lain pulau, lain kelebihannya mungkin. Namun keseluruhanya, kami tetap puas hati bercuti bersama sambil mengeratkan persahabatan kami.



Merakam kenangan dengan
kamera Olympus 550WP



Pulau Redang meninggalkan kenangan terindah!

Labels: 0 komen | edit post

Melepak di Desaru dan Tanjung Balau, Kota Tinggi



Sempena cuti Hari Pekerja pada 1 Mei, aku dan Hanif mengisi masa terluang dengan melepak ke Desaru. Kerana kerinduan Hanif untuk berjumpa pantai, kami menempuh 2 jam perjalanan sejauh 70km dari bandar Johor Bahru. Kesesakan jalan dan kengantukan berjaya diatasi sehingga selamat sampai.




View Larger Map



Dah sampai dah ke Desaru.


Lepak kejap sambil mencari tempat lepak yang sesuai.



Dah jumpa port best, strategik untuk cuci mata.. ehe.



Pantai Desaru yang panas dan curam.. huhu



Dah agak bosan melepak di Desaru, kami ke Bandar Penawar pula untuk cari makan. Setelah perut berisi, baru gerak pula ke Tanjung Balau, tidak jauh dari pantai Desaru.




Jeti Tanjung Balau.



Kerja kutip kulit kerang.




Dah agak bosan, kami pun pulang.


Sekian aktiviti melepak kali ini. Sesungguhnya pantai Desaru dan Tanjung Balau akan lebih dikenali dan digemari pengunjung sekiranya aspek kebersihan di jaga baik terutama sebelum menerima kunjungan ramai pelawat semasa hari umum. Bukan masalah sampah yang di bawa pengunjung, tetapi masalah sampah, ranting dan daun-daun pokok yang dilihat seperti tidak diendahkan sejak lama. Semoga ada penambah baikan di masa hadapan.




Labels: 5 komen | edit post