Hari muzium dan taman


Hari  hujung minggu cuti raya yang panjang kali ini di isi dengan hari muzium. Muzium yang di kunjungi adalah Asian Civilization Museum (ACM) dan Artscience Museum di Singapura. Sengaja singgah muzium kerana ingin merehatkan minda dengan seni iaitu seni tradisi, seni moden, seni animasi dan seni taman! Akal manusia begitu menakjubkan dengan seni! 
 
Dari Johor Bahru, kami terus ke Raffles Place untuk jalan kaki ke Muzium ACM. Tiket masuk hanya SGD 8 untuk melihat pameran dari Muzium Aga Khan yang dibawakan ke sini. Banyak bahan dan manuskrip yang menggambarkan kegemilangan Islam semasa kerajaan Moghul India.
 
 
 
 
Muzium ACM.




 Seni islamik.
 
 
 
 Seni di manuskrip lama.
 
 
 
Kemudian, pukul 4ptg, kami ke Artscince Museum di Marina Bay Sand pula untuk menyaksikan pameran grafik dan filem Harry Potter. Dengan bayaran SGD 24, rasanya kurang berbaloi kerana tidak dibenarkan mengambil foto di bilik pameran untuk kenangan padahal ianya menarik sekali.
 
 
 
 Artscience Muzium
 
 

 Seni grafik moden.
 
 

 Seni filem Harry Potter!
 
 
 
Setelah agak redup, kami melepak pula di Garden at Marina Bay untuk menyaksikan keindahan taman. Oleh kerana kepenatan, kami hanya sempat menyaksikan suku sahaja dari keseluruhan taman yang sangat besar. Apabila menjelang magrib, kami beransur gerak dan pulang semula ke JB.
 
 

Berehat di taman.


Labels: 2 komen | edit post