Bali : Hari Kedua, Bahagian II (01-03-09)

Pasar Ubud selepas hujan



Selesai makan di kawasan Kitamani, kamu berangkat pula ke Ubud. Inilah kemuncak trip kami, iaitu shopping kraf Bali untuk menghabiskan duit Rupiah. Dalam hujan lebat sampai banjir kilat itu, kami redah juga ke Pasar Ubud. Pasar Ubud itu macam Pasar Payang @ Pekan Rabu juga. Ianya pasar berbumbung 2 tingkat, tingkat atas agak kurang orangnya, tapi di bawah, meriah! Pandai-pandailah tawar menawar, aku yang tak pandai ni asik la kena tekan. Nick yang pandai menawar bleh dapat ashtray Bali dengan IDR 30, aku beli IDR 60. huhu, sakitnya hati, Tapi tak apalah, aku malas nak berkira banyak, malah matawang IDR asik lah mengelirukan aku. Nol/kosongnya banyak! Sebelum bayar aku sangka murah, tapi di congak setelah bayar, eh, duit dah makin susut, ehehehe. Confius!




Kraf bali yang aku beli di Pasar Ubud. Dari kiri ash-tray, ukiran kayu Barongan dan tempurung kelapa berukiran.

Kemudian, kami bergerak pula untuk lepak-lepak dan makan malam di Jimbaran. Tempat ini adalah kawasan pesisir pantai yang terkenal dengan seafoodnya. Gede sebagai guide kami memilih Restoran Aroma Bumbu Café yang terletak berhampiran di bulatan pantai Jimbaran. So, inilah hidangan untuk kami setiap seorang dengan air teh Botol Sosro. Lihat digambar mungkin kecil, tapi sebenarnya besar. Ikan itu sebesar tapak tangan dan udang baker itu sebesar ibu jari kaki! Disertakan dengan nasi, aku hanya makan suku sahaja, pasal perut aku dah full melantak seafood sahaja. Tambah lagi dengan air kelapa dan jagung bakar, waduh, perut membunting!

Pintu menghadap pantai, Restoran Aroma Bumbu.


Pose di luar restoran menghadap laut!


Set makanan seafood Restoran Aroma Bumbu, Pantai Jimbaran.



Dengan perlahan-lahan memakan, perlahan-lahan hari mengelap, maka lilin pun dihidupkan. Wah, candle light dinner jadinya. Pelancong asing juga mulai ramai turun makan di restoran kami dan lain-lain yang berdekatan dan semakin malam semakin meriah. Di restoran sebelah lain siap ada persembahan tarian Bali, tapi restoran kami tidak kurang meriahnya. Kedatangan band jalanan membuatkan kami teruja untuk mendapatkan khidmat mereka. Kami mengupah mereka IDR50 untuk menyanyi 2 buah lagu, satu lagu Indonesia dan satu lagi lagu LaBamba. Sambil mereka menyanyi kami sibuk merakam video dan gambar sambil gergurau senda. Meriah sungguh malam itu.


Menghampiri jam 8malam, kami beransur pulang ke hotel. Capek/penat sungguh tour hari ini, maklumlah berjalan sehari, dapat rilek pun kejap-kejap di dalam Innova itu. Sampai hotel, masing-masing merancang untuk lepak bersama di kolam renang. Tapi aku di ajak pula oleh sepupu Nick, Ading untuk temannya membeli t-shirt Bali sebagai ole-ole untuk saudaranya di Malaysia. Ini kerana takut esok tidak kesempatan kerana esok hari terakhir.



Maka, aku dan Ading pergilah merayau sepanjang Jalan Legian di hadapan hotel kami untuk melihat t-shirt yang berkenan di hatinya. Seperti malam semalam, kedai-kedai disini masih dibuka dan dipenuhi oleh 75% pelancong walaupun waktu sudah jam 9mlm. Kalau dah tutup awal, mesti boring kan. Jadi dapatlah kami masuk beberapa kedai yang pada kami harganya agak mahal berbanding di Pasar Ubud. Biasalah, harga di bandar kan lebih mahal dari barang di kampung iaitu tempat kraf dihasilkan. Tapi adakalanya cendermata di bandar Kuta ini tidak jual pula di Pasar Ubud. Mungkin kami terlepas pandang, jadi bila yang ada didepan mata nampak cantik, kami beli sahaja lah. Bukan selalu ke Bali.



Ading dengan cara biasanya pandai tawar menawar. Aku yang tidak cerewet dan confius telah silap ketika beli sehelai boxer ni. Memang lah aku masuk kedai yang agak ekslusif iaitu Bali Barrel Surf Shop, tapi tak sangka harganya sebegitu mahal.Tu lah, dah ada seluar mandi, berangan lagi nak beli boxer ini untuk mandi di kolem nanti. Kesudahan kerana rambang mata dan terdesak, aku ambil aja boxer ni dengan berfikiran IDR 225K macam IDR 22.5K. Bila dah keluarkan duit, eh, macam banyak pula nak keluarkan. Dalam perjalanan pulang, aku congak-congak, haa kau, IDR 225K = RM 70 something. Gila apa seluar kecik tu harga macam ni, tapi nak buat macam mana, dah terbeli.




Boxer fit yang mahal! Tak pernah pulak dengar brand ni, nasib baik cantik dan selesa.


So ini lah pengajaran untuk aku supaya bertenang dan congak dulu sebelum beli. Hahaha. Tapi pendapat aku lah, keseluruhan harga barangan di Kuta khasnya tidaklah murah disangka. Walaupun matawang RM kelihatan besar, tetapi harga mereka jika di convert lebih kurang je harga barangan di Malaysia. Tak kisahlah barang original atau klon. Ya, barang klon macam Petaling Street tu banyak juga dijual di kedia tepi-tepi jalan bandar Kuta. Kalu mahu original, pastikan mendapatkannya di mall besar di Kuta. Nanti aku ceritakan pada hari ketiga.

Kolam renang Matahari Bungalow, menghadap cafe.


So, lebih kurang 45min aku dan Ading meronda dan shoping, kami pun pulang ke hotel. Kami yang agak kepenatan kerana tergesa-gesa bershoping, segera masuk ke kolam bersama Nick dan Adam yang terlebih dahulu sudah berendam di kolam. Lebih kurang 45 min juga puas melepak, berborak, berenang, berendam, kami pun naik ke bilik. Sepatutnya selepas itu ada rancangan meronda untuk supper pula, tapi masing-masing kepenatan agaknya, kami masing-masing tidak berhubung, lalu kami tidur sajalah. Awal tidur pada hari kedua ni, masing-masing kepenatan……
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment