Menghayati seni laman melayu di Hutan Bandar MBJBT

Hujung minggu di bulan puasa pastinya membosankan. Oleh itu, aktiviti yang best aku bleh buat daripada dok tidur, ialah pi riadah sambil melepak. Lokasi kali ni tak jauh je dari rumah aku, iaitu di Hutan Bandar MBJBT. Lokasi yang tepat adalah di belakang Taman Mutiara Rini, melalui jalan menghala ke Gelang Patah.


Pintu masuk ke Hutan bandar MBJBT (Majlis Bandaran Johor Bahru Tengah)



Ini adalah hutan bandar kedua di daerah Johor Bahru selain Hutan Bandar MBJB di Tasik Utara. Seperti hutan bandar yang biasa, hutan bandar MBJBT ini juga menyediakan kawasan riadah seperti taman permainan dan trek jogging. Pelbagai pokok-pokok dari hutan juga di tanam khas selain pokok-pokok buah-buahan. Cuma kelainan hutan bandar MBJBT dengan hutan bandar MBJB adalah kewujudan seni laman melayu dari setiap 10 daerah di negeri Johor. Dengan lanskap yang menarik di samping binaan rumah melayu yang indah membuatkan aku terkenang kampung halaman, nak-nak raya dah dekat nih. Huhu.. Jadi, layanlah gambar seperti berikut ..


Taman permainan dan trek jogging.


Taman Rimba Alam dengan himpunan pelbagai
jenis pokok hutan khatulistiwa.




Arboretum Buah-buahan dengan himpunan pelbagai
jenis pokok buah-buahan tempatan.



Tasek Hutan Bandar MBJBT.

Jambatan Tasek Hutan Bandar MBJBT.


Pusat Galeri dan Maklumat yang hijau.


Seni laman lanskap Melayu dari daerah Kulai.

Seni laman lanskap melayu dengan kolam ikan.

Seni laman lanskap melayu dengan anjung rumah.



Amacam, cantik tak seni laman melayu? Tidak kalah jugakan dengan seni laman Bali, Zen, kontemporari mahupun moden! Banyak lagi gambar-gambar lanskap dari 10 daerah Johor, namun hanya ini sahaja yang di lampirkan. Datanglah sendiri ke sana untuk anda rasai dengan lebih nyata. Pasti anda mengimbau kenangan dan rindu seperti berada di kampung halaman. Raya dah nak dekat, jadi .... jangan lupa balik kampung halaman. Selamat hari raya.. Maaf zahir batin.

Labels: 0 komen | edit post