Melawat Alor Setar, Kedah (Hari Pertama : 15 Dis 2012)

Sempena cuti yang membosankan, membawa kaki ke utara iaitu Alor Setar. Di bawa siar-siar oleh kawan baik, En. Z orang Kedah, memang sangat memuaskan hati. Pagi-pagi selepas sarapan di Guar Cempedak, terus membawa kaki meneroka tempat tarikan di Alor Setar yang dimulai dengan Muzium Padi. Bayaran hanya RM 8, terletak berhampiran Gunung Kerian yang dikelilingi sawah pagi.
 
 
Muzium Padi Kedah



Pelbagai info mengenai padi.


Puas mengambil tahu pasal padi-beras, kami bergerak pula ke bandar Alor Setar. Dengan meletak kereta berhampiran Dataran Alor Setar, bermacam lokasi boleh di lawati dengan hanya berjalan kaki. Pertama ke Menara Alor Setar, kemudian Muzium Diraja, kemudian solat zohor di Masjid Zahir dan di akhiri dengan membeli belah di Pekan Rabu.



Melihat pemandangan di Menara Alor Setar.



Menimba sejarah di Muzium Diraja Kedah.



Melepak di Dataran Alor Setar



Masjid Zahir



Kemeriahan Pekan Rabu




Masjid Al-Bukhary



Solat Asar di Masjid Al-Bukhary, sebelum pulang. Malamnya pula bersantapan makanan laut di Tanjung Dawai yang sangat murah. Terima kasih Mr. Z dan isteri atas layananya.
Labels: 2 komen | edit post

Melawat Alor Setar, Kedah (Hari Kedua : 16 Dis 2012)


 Hari kedua pula di isi dengan lawatan lebih mencabar dan rekreasi alam. Pagi lagi telah bergerak ke Pulau Bunting untuk melihat keindahan pantai pulau dan orang memancing. Kebetulan air pula surut tak dapat mandi, bergerak pula ke Gunung Jerai untuk lepaskan gian mandi. Maka, singgah mandi di Air Terjun Seri Perigi. Perggg, pertama kali dapat melihat air terjun yang sanggat tinggi dengan jelas dari puncaknya, katanya lebih 100m. Airnya sejuk dan kecoklatan, mungkin kerana larutan kayu kayan, namun tak ada masalah asalkan tiada bau untuk mandi.




Pulau Bunting
 

Air terjun Seri Perigi
 
 
 
Puas mandi-mandi, naik pula ke puncak Gunung Jerai, bukan dengan kaki, tapi dengan kereta sahaja pasal dah disediakan jalan raya. Jalan raya yang sungguh mencabar sepanjang 12km untuk didaki hingga ke puncak. Hasilnya, memang puas hati kerana dapat melihat pemandangan cantik milik Regency Gunung Jerai Resort di samping merasai kabus sejuk lepas hujan. Perg, nyaman!
 
 
 

Pemandangan berbeza Gunung Jerai yang cantik.
 



Puas melepak di Gunung Jerai, turun pula ke Hutan Rekreasi Sungai Merbok. Kawasan ini menyedia bot untuk menyusuri sungai yang kaya dengan sumber alam. Pemandangan yang cantik pula menjadi lokasi pengambaran ramai pengantin, maklum lah, cuti sekolah.


Taman Rekresi Sg. Merbok

Sesunguhnya, Kedah, khususnya Alor Setar memang menarik untuk di lawati. Banyak lagi tempat menarik yang boleh di terokai. Jutaan terima kasih kepada En. Z dan keluarga kerana layanan yang diberikan.