Mandi manda di Air Terjun Kota Tinggi



Hujung minggu yang bosan elok di isi dengan aktiviti berfaedah. Maka, aku dan kawan-kawan pergi beriadah sambil mandi-manda di Air Terjun Kota Tinggi. Lokasinya adalah 8km dari bandar Kota Tinggi yang telah lama menjadi tumpuan masyarakat terutama musim sekolah seperti ini.




View Larger Map



Kami berkumpul di Skudai dan bertolak setelah makan tengahari. Perjalanan mengambil masa selama sejam tak terasa letih setelah berjaya merendamkan diri di air terjun tersebut. Ini lah aksi kegembiraan kami..





Dok lepak dulu, amik feel sejuk air terjun.



Mula dah rendam sikit-sikit.




Memang best la area ni....



Pi dekat sikit ke lubuk terdalam.. dalam ke? Huhu...




Kemudian, baru lah basah-basah.






Sejuk dan brrrrrrrrrrrr....






Nek kembung minum air.





Mandi sampai letih, barulah berangkat pulang.




Sekian aktiviti kami di hujung minggu. Walaupun kami puas mandi, tetapi kami masih tidak puas hati dengan kemudahan bilik persalinan yang masih teruk sejak dahulu. Diharap ada perubahan di masa hadapan agar pengunjung berpuas hati dengan bayaran RM7.50 ini.







Lawatan Ilmiah ke Muzium Nasional Singapura

Lawatan Ilmiah yang berkesan sudah tentunya melawat ke muzium. Objek-objek yang dipamerkan biasanya terjaga rapi di samping maklumat yang sahih. Maka, kebetulan Pameran Mesir Kuno di bawa khas ke Muzium Nasional Singapura, aku yang minat giler dengan unsur-unsur tamadun Mesir kuno ni, gigih datang melawat untuk menyaksikan pameran ini.



Maklum la, bukan selalu pameran seperti ini di adakan, maka peluang melihat secara dekat amatlah mengujakan! Ditambah lagi, kamera dibenarkan digunakan tetapi di larang menggunakan flash, maka banyak gambar dapat di ambil ruang pameran yang gelap seperti berikut




Sampai dah di Muzium Nasional Singapura.




Muka serius sebelum masuk ke bilik pameran.. huhu




Aku bersama patung firaun dan Horus, simbol dewa kuasa (Eye of Horus).



Patung batu yang berselirat dengan tulisan berpahat.



Batu bersurat.

Osiris, tuhan kematian & penguasa dunia selepas kematian.




Patung firaun dan Anubis, dewa kematian.




Isis, dewi kesuburan dan pelindung.




Patung-patung batu Sphinx, lambang penjaga firaun dan piramidnya.




Ruang pameran pengkebumian firaun
dengan sepotong ayat dari Kitab Kematian.





Bekas tembikar untuk diisi organ-organ mumia...




Mumia tanpa organ dalaman di bungkus macam ni.



Ruang dalam keranda dengan lukisan Ra,
tuhan matahari dan bapa segala tuhan.




Keranda untuk permaisuri firaun.




Keranda untuk firaun.



Puas melilau.. aku pun pulang..





Sekian lawatan ilmiah kali ini. Sesungguhnya berbaloi dengan bayaran SG16 untuk memasuki pameran dari zaman Mesir kuno ini. Ketamadunan di zaman itu begitu kehadapan dan seharusnya menjadi rujukan manusia. Yang bagus perlu di teladani, yang buruk perlu di jauhi.



Labels: 0 komen | edit post