Bercuti ke Mersing 2 (Hari 1)


Selang 4 hari ke Semporna, kali ini pulang ke kampung dan menuju ke Mersing untuk memenuhi baki cuti yang masih ada.



Mercu tanda Mersing di Pantai Rekreasi.


Pusat kegiatan pelancongan Mersing. 
Tiket ke pulau di jual di sini.


Meronda sekitar Pekan Mersing.


Laman grafiti anak muda.


Mengambarkan pelancongan laut Mersing.


Menginap di Inari Guesthouse, 
semalaman RM40 dorm.


Malam lepak di Calypso Cafe,
 hipster cafe.

Labels: , 0 komen | edit post

Bercuti ke Mersing 2 (Hari 2)


         Hari ke 2 di Mersing, jam 8.30 pagi dah bersedia di Jeti Mersing lepas sarapan untuk mengikuti pakej ke pulau-pulau GOIHAT. Pakej ini berharga RM 180, sudah di tempah sejak bulan 2 lagi.




Jam 9.00 pagi seperti di janjikan, baru bot bergerak.



Singgah sebentar bergambar di Pulau Harimau.



Sesi latihan snorkling di antara dua pulau Mertang
berpantai cetek. Jumpa ikan buntal dan tiram besar.



Jam 11.20pg, baru tiba Pulau Sribuat, Pahang.
Dengar taklimat sebelum daki puncak.



Pendakian mencanak 15minit untuk sampai puncak.



Inilah puncak Pulau Sribuat.



Pemandangan cantik ala Bohey Dulang!



Jam 12.30ptg turun snorkling berhampiran Pulau Sribuat.



Banyak terumbu karang, tapi kurang ikan.



45 minit lepas tu, bergerak pulang,
melalui keindahan Pulau Mensirip dan Pulau Goal.



Pulau Kelabang dan Pulau Rawa dari jauh.



Jam 2ptg di tiba di Pantai Babi Hujung,
 makan BBQ mengadap laut weyy, :)



Berehat lepas makan kenyang-kenyang.



Pemandangan cantik di sini.



Jam 3.30ptg singgah di perairan
Pulau Babi Tengah untuk snorkling.



15 minit untuk menyaksikan ikan
dan terumbu laut juga cantik.



         Jam 5 ptg, barulah kami sampai semula di Jeti Mersing. Sesungguhnya pakej ini amat berbaloi dan pulau-pulau Mersing amat cantik. Kalau tiada budget untuk ke Bohey Dulang, Semporna boleh ambil pakej ini untuk melihat keindahan yang hampir sama.

Labels: , 0 komen | edit post

Bercuti ke Semporna (Hari 1)



Percutian kali ini membawa diri ke Semporna, Sabah yang telah di rancang sejak awal tahun lagi. Bermula pada jam 6pagi hari Jumaat dari Labuan merentasi ke Menumbok dengan feri RORO, kemudian menaiki bas ekspress Menumbok jam 8.30pg terus ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk menaiki pesawat jam 1.50ptg.




Tiba di Tawau Airport jam 2.45ptg. Naik van sewa yang
menunggu depan airport untuk pelancong ke Semporna,
tambang RM25 untuk perjalanan 1jam 20minit.



Sampai pekan Semporna, ada Festival Regatta Lepa.



Meriah dengan perahu dan sampan di hias cantik.



Sambutan kali ke 25 meriah untuk meraikan budaya Bajau Laut.



 Hiasan dan ukiran lepa yang cantik akan di pilih sebagai pemenang.




Ronda-ronda sekitar pekan Semporna.



Meriah dengan gerai jualan sempena Festival Regatta Lepa.



Lepas puas meronda Pekan Semporna, baru check-in ke Poga Backpacker, penginapan untuk 3 hari di Semporna. Malamnya, ada persembahan sambutan Regatta, namun sebab terlalu ramai orang dan kepenatan, saya tidur awal untuk simpan tenaga untuk esok.

Labels: , 0 komen | edit post

Bercuti ke Semporna. (Hari 2)


Pada hari ke 2 percutian, barulah pakej Semporna yang saya tempah bermula. Jam 9 pagi bergerak meninggalkan Semporna bersama penumpang lain dalam keadaan hujan lebat.


Meninggalkan pekan Semporna menuju Pulau Mabul.



Menginap 1 malam di Chalet Arung Hayat.
Katil King dengan aircon dan tandas.


Lepas check-in, meronda ke kawasan
kampung Mabul untuk makan tengahari.



Jam 2ptg, ke resort Pulau Sipadan-Kapalai untuk snorkling.



Terdapat coral dan Blue Starfish
cantik di kawasan cetek.



Di kawasan lebih dalam, banyak ikan berenang.



Kemudian, snorkling pula di resort Pulau Mabul yang cantik.



Banyak tapak sulaiman di pantai berpasir yang cetek
dan terdapat tukun tiruan penuh ikan besar di kawasan dalam.



Balik pulang jam 4.30ptg,
sambung snorkling di sekitar penginapan.


hidup di rumput air. Hati- hati banyak juga landak laut.



Menjelang lewat petang,
berehat menyaksikan kehidupan bajau laut.


       Malamnya, hanya makan bufet ayam dan ikan goreng, berehat di resort, edit gambar sambil charge kamera kerana waktu operasi elektrik hanya dari jam 6ptg hingga 6pg sahaja. 

Labels: , 0 komen | edit post

Bercuti ke Semporna. (Hari 3)


Hari ke 3 di Pulau Mabul, awal pagi lagi sudah bangun untuk menyaksikan matahari terbit. Saya berjalan ke beberapa buah resort berdekatan untuk mengambil gambar kenangan.



Matahari terbit di Pulau Mabul.



Nyaman menikmati suasana pagi.


Hampir jam 9pagi matahari mulai cerah.


Air kebiruan jernih di Pulau Mabul.


Menjelang jam 11pagi bergerak pulang
meninggalkan Pulau Mabul. Bye Mabul dan orang laut.


Kembali check-in penginapan di Poga Backpacker, berehat dan
jam 3ptg ke Bukit Tengkorak menaiki Grabcar RM11.


Terdapat muzium mempamerkan penemuan arkeologi.


Penemuan perahu dan tulang temulang manusia.



Replika haiwan yang di tanam bersama
manusia terawal di Semporna.


Puas melawat muzium, naik pula ke Bukit Tengkorak.
Boleh tahan tinggi memanjat tangga hingga ke puncak.


Di pelantar menyaksikan pemandangan cantik
Pulau Bum-Bum.


Ada tempat berehat dan anjung tinjau di bawah.



Pemandangan batuan dan padang rumput Bukit Tengkorak.



Rupanya terdapat kawah gunung berapi purba di Semporna
dan terdapat gua kecil di  Bukit Tengkorak.



Jam 5ptg pulang ke Pekan Semporna menaiki Grabcar juga,
ke Pusat Pelancongan Lautan Semporna.


Terdapat chalet dan restoran yang cantik.


Juga terdapat pusat jualan cenderamata kenangan Semporna.

Sekian aktiviti percutian pada hari ke 3 di Semporna. Malam hari ke 3, hanya makan di retoran berdekatan penginapan dan berehat untuk aktiviti esok.