Sepagi di Pantai Stulang, Stulang Laut

Siaran kali ini membawa aku ke kawasan Stulang Laut, gara-gara mencari sarapan pagi. Oleh kerana dah lapar, kebetulan juga hanya 8min dari rumah, bersarapan di Stulang Laut adalah lokasi terbaik bagi aku sebelum masuk kerja. Sementara waktu masih awal lagi lepas bersarapan, sempatlah juga snappy gambar untuk memenuhkan blog, :->




View Larger MapLokasi Stulang Laut



Tarikan utama di Stulang Laut adalah The Zon. Kawasan duty free ini menempatkan kompleks kastam, pusat feri ke Singapura-Batam-Riau, hotel 5 bintang, pusat beli belah dan pusat hiburan. Maka, sesuailah mereka meletakkan kawasan ini sebagai Fun Zone! Nak fun-happy-enjoy, memang kat sini 24-7.




Ini dia The Zon, Stulang Laut.



Deretan pusat hiburan gemerlapan waktu malam.



Ada lagi pelbagai pilihan pusat hiburan
aka Clubbing Place!


Namun, bagi yang tidak suka dengan bising dan kesesakkan, Stulang Laut masih lagi mendamaikan dengan laut yang tenang. Laut yang sebenarnya adalah Selat Johor je.. yang memisahkan Singapura dengan Malaysia sejauh 12km.



Air tenang di Selat Johor.



Sampan nelayan dan jualan ikan di buka waktu pagi.



Maka, lokasi lain untuk melepak ialah di Pantai Stulang yang terletak di barat daya The Zon. Kenapa pantai? Pasal kat sini ada la kawasan pantai kecil yang masih ada pasir laut memutih. Boleh la juga kalu nak basah-basah kaki dengan air laut sambil bina istana pasir ke, huhu




Pantai Stulang masih ada pasir laut memutih.



Redup dengan barisan pokok kelapa.




Kawasan hijau dan redup,
sesuai sebagai lokasi melepak.



Deretan pohon kelapa menganjur hingga
ke Pusat Marin dan Kastam.



Air yang tenang di Selat Johor
dek sekatan Tambak Johor.




Semoga air dapat mengalir lancar suatu hari nanti


Sekian siaran dari Stulang Laut. Semoga kawasan hijau di Stulang ini akan di kekalkan walaupun pembangunan penting untuk masyarakat Johor Bahru.





Labels: 4 komen | edit post