Mendaki Bukit Batu Putih dan Gunung Datuk


Hari berikutnya, seawal jam 7pagi, kami sesiap mengemas khemah di tapak khemah Pantai Seri Purnama, Port Dickson. Tapak khemah ini di jaga oleh pengusaha restoran seperti di gambar dan mengenakan bayaran tapak khemah RM6 sekepala termasuk sekali bayaran penggunaan tandas semasa penyewaan. Selesai bersarapan di restoran, kami terus menuju ke Hutan Rekreasi Tjg. Tuan untuk mendaki Bukit Batu Putih.

Hutan rekreasi ini dijaga dengan rapi dan mengenakan bayaran RM1 seorang. Kami memulakan pendakian pada jam 9pagi dimana pendakian bermula dengan jalan tar dan seterusnya laluan tanah hingga ke puncak Batu Putih.



Bermalam di Pantai Purnama.


9pagi dah ramai mendaki Bukit Batu Putih.


Pemandangan di puncak Bukit Batu Putih.



Pukul 10pagi, kami beransur pulang dan meneruskan perjalanan ke Gunung Datuk di daerah Rembau. Tepat jam 12 tgh barulah kami memulakan pendakian Gunung Datuk setelah mendapat belas kasihan penjaga Hutan Lipur. Ini kerana hutan ini sebenarnya tidak membenarkan pendakian selepas jam 12tgh kerana jam 4ptg hutan akan di tutup. Bayaran sekepala adalah RM 5 dan laluan di tanda dengan anak panah dan tape supaya tidak sesat.



Bergegas mendaki gunung.



Trek mencanak ke puncak memang mencabar.



Baru sampai platform puncak. Naik lagi.


Puncak Gunung Datuk.



Sekian pendakian Bukit Batu Putih dan Gunung Datuk pada 26 Disember 2016 sebagai penutup aktiviti gunung. Sesungguhnya pendakian ini mencabar dengan trek yang mencanak naik namun menyajikan pemandangan indah di puncaknya.


Mendaki 3 puncak gunung (Gunung Gap, Gunung Ulu Tranum dan Gunung Ulu Semangkok.)


Hari ke 2 percutian di teruskan dengan mendaki pula 3 puncak iaitu Gunung Gap, Gunung Ulu Tranum dan Gunung Ulu Semangkok. Gunung- gunung ini bersambungan satu sama lain, jadi sangat di galakkan redah sekali harung. Lokasi laluan untuk 3 puncak ini adalah antara Sg. Chiling dengan Bukit Fraser atau lebih tepat lagi di Rest House Gap yang terbiar. Seawal jam 7pg kami telah bersiap-siap bersarapan dan mengemas khemah di tapak khemah Kg. Pertak. Kira-kira jam 9pagi barulah kami bergerak ke laluan mula pendakian.



Permulaan pendakian dengan trek mencanak.



Sampai sudah di puncak jam 12tgh, rehat sebentar.



Meneruskan pendakian untuk tiba
di puncak Ulu Tranum.



Tiba pula di puncak Ulu Semangkok jam 1.30ptg.



Puncak batu, mossy tree dan stesen trig beacon.


Singgah sebentar di Bukit Fraser jam 4.30 ptg
untuk menghilangkan penat.



Sekian pendakian kami di 3 puncak. Sesungguhnya tiga gunung ini amat menarik untuk di daki kerana sekeliling yang sejuk dan nyaman. Selepas berehat di Bukit Fraser, kami terus menuju ke Hawa Resort, Janda Baik untuk bermalam di sana,

Melawat Bandar Miri


Sempena urusan kerja di Miri pada 15 Oktober, saya mengambil kesempatan untuk berkunjung ke Miri untuk melihat suasana dan tempat menarik di sana, Saya menginap di Muhibah Inn di Jalan Merbau yang merupakan pusat tumpuan pelancong.



The Grand Old Lady.


Muzium Petroleum


Taman Kipas Miri dan sekitarnya.



Tamu Muhibah Miri.


Pantai Tusan, Subis.


Meredah air pasang untuk menemui
batu kuda minum air.



Bukit Lambir.

 

Suasana trek 20 minit perjalanan
ke Air Terjun Latak.


Air Terjun Latak.


Sekian kunjungan saya di Miri. Banyak lagi tempat menarik untuk di lawati di Miri, tetapi masa tidak mengizinkan. Semoga saya dapat kembali lagi meneroka tempat-tempat menarik di Miri di masa hadapan.
Labels: , 0 komen | edit post

Melawat Bandar Bintulu


Sempena berurusan kerja di Bintulu 14 Oktober, saya mengambil kesempatan untuk berkunjung ke Bandar Bintulu untuk melihat-lihat suasana dan tempat menarik di sana. Saya menginap selesa di Maxi Inn yang terletak berhampiran restoran sedap berhampiran seperti Cafe Aliiya Maju, Dapur Bonda dan Parkcity Mall. Terdapat beberapa tempat menarik di Bintulu yang sempat saya lawati iaitu

 

Jeti penumpang di Pekan Lama.


Esplenad Bintulu.



Pasar Utama Bintulu.



Tamu Bintulu.



Tugu Council Negri Sarawak.



Hutan Taman Tumbina.



Pantai Tanjung Batu.


Sunset menarik di Pantai Tanjung Batu.



Sekian lawatan saya di Bintulu yang pertama kali menjejak kaki di Sarawak. Sesungguhnya ada lagi tempat menarik di Bintulu, namun kesuntukan masa untuk meronda. Sekian.

Labels: 0 komen | edit post

Mendaki Gunung Arong


Hari kedua, 17 September 2016 sempena cuti panjang, kami menjejak kaki pula ke Mersing, setelah selesai sahaja mendaki Gunung Pulai. Kami bermalam di Pantai Air Papan pada malam itu supaya seawal pagi esok dapatlah kami mendaki pula Gunung Arong. Jadi sempatlah kami ber BBQ dan berkhemah di pantai bertemankan cahaya bulan penuh.



Bermalam di Pantai Air Papan.


Pagi seawal jam 7.30pagi kami telah sesiap mengemas tapak khemah untuk sesiap ke Gunung Arong. Kami akan mendaki gunung ini bersama sekumpulan lain demi memenuhi kuota permit dan pemandu pendakian. Namun, malangnya perancangan itu tidak seindah yang di jangka kerana kami yang antara terawal tiba, di tinggalkan pula gara-gara tiada komukasi yang baik. Maka kami bersahaja menaiki Gunung Arong berpandukan blog dan Google Maps.



Peta lokasi Gunung Arong.


Permulaan mendaki Gunung Arong terletak di Kg. Tanjung Resang dan penamatnya di Teluk Gorek. Oleh yang demikian, adalah baik pendaki-pendaki berkumpulan membawa dua kenderaan, satu di parkir di Kg. Tanjung Resang (permulaan) dan satu lagi kenderaan di letak di Teluk Gorek (penamat). Ini bertujuan memudahkan pengangkutan untuk pulang kecuali anda ingin menamatkan pendakian di tempat mula. Yang terjadi pada kami yang tiada pengalaman, kami terpaksa meminta ihsan penduduk kampung bermotorsikal untuk menghantar seorang pemandu mengambil kenderaan di Kg. Tanjung Resang yang terletak kira-kira 2 kilometer jauhnya. (penat juga berjalan kaki)



Inilah pemulaan pendakian di Kg. Tanjung Resang.



Terdapat trek landai dan trek mendaki.



Selain pokok-pokok lurus,
ada juga batu-batuan di sepanjang trek.



Sampai jua di puncak, ini spot pemandangan di batu.


Spot pemandangan di penghadang besi,
spot pemandangan di pelantar kayu,
dan pondok rehat di puncak.



Sudah di puncak, turun lah kan.



Sampai sudah di Pantai Teluk Gorek. (penamat)


Sekian pendakian kami di Gunung Arong yang bermula dari jam 9.30 pagi hingga jam 1.30ptg. Sesungguhnya pendakian gunung setinggi 240meter ini menyeronokkan kerana trek yang dijaga baik dan mempunyai pemandangan yang cantik kerana kombinasi darat dan laut. Trek ini juga agak mudah untuk yang sudah biasa mendaki dan mencabar untuk yang baru mendaki.

Mendaki Gunung Pulai, Pontian



Hari kedua, 16 September 2016 sempena cuti panjang, kami menjejaki kaki pula ke daerah Pontian. Seawal jam 9pagi kami sudah sampai, namun telah ramai lagi pelawat sudah menjejaki kaki di sini. Hutan lipur ini telah di rasmi pembukaan semula, maka caj masuk kenderaan di kenakan RM 2 satu kenderaan. Tanpa membuang masa kami mulakan pendakian dalam pukul 9.30 pagi melalui laluan trek tanah. (selain trek tar).



Lokasi Gunung Pulai.


Ayuh mendaki.


Pendakian bermula.



Trek landai..sebelum mula mencanak naik.


Ada kalanya letih... kita berehat sebentar.


Penat mendaki....
kita rehat lagi menikmati kehijauan alam.


Tidak hanya pokok, batu besar juga ada di sana.




Akhirnya, sampai berhampiran puncak.. rehat dulu.




Akhirnya, inilah rupa kawasan puncak Gunug Pulai,
kawasan larangan dengan stesen pemancar kawalan tentera.



Kami sudah penat namun gembira,
pulang melalui jalan tar hingga ke kaki gunung.


Sesungguhnya, pendakian Gunung Pulai setinggi 654 meter ini amat sesuai untuk semua golongan kerana menyediakan trek jalan tanah dan trek jalan tar. Pilihan di tangan anda untuk memilih laluan mencabar atau sebaliknya. Kedua-dua trek mempunyai laluan yang elok.. cuma memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Terdapat juga kawasan air terjun, namun kami tidak menjejakkan kaki ke sana kerana ramai pengunjung datang sempena hari cuti. Jadi, misi mendaki kami berjaya di sini.

Menerokai Sungai Pelepah, Kota Tinggi


Pada 15 September 2016, sempena mengambil cuti sambungan Hari Raya Haji dan Hari Malaysia, masa cuti kali ini di isi dengan aktiviti mengembara dan mendaki kawasan hutan Sungai Pelepah. Sungai ini terletak berhampiran dengan Air Terjun Kota Tinggi, namun perlu merentasi ladang kelapa sawit dan anak sungai sebelum menemui kolam air terjun yang menarik.


Peta ke laluan Sg. Pelepah Kiri



Setelah merentasi ladang kelapa sawit,..
barulah temui anak sungai dan kawasan khemah.


Rentasi sungai lagi.. panjat bukit...
jumpa sungai lagi.



Barulah dapat menikmati kolam air terjun
ke 4 yang menarik.


Kolam air terjun yang ke 5 paling luas.


Kami terokai lagi Sg. Pelepah.. dan rehat sebentar.


Sudah sampai di punca air Sg. Pelepah..
maka, kami pun pulang