Mendaki Bukit Kutu, Kuala Kubu Baru



Sempena cuti yang panjang, aktiviti kali ini adalah mendaki Bukit Kutu di daerah Kuala Kubu Baru. Pendakian ini telah dirancang sejak sebulan lalu agar segala yang di rancang berjalan lancar.

Kami bertolak sejak 9mlm pada 21 Disember 2016 dari JB untuk menempoh perjalanan selama 3jam untuk sampai ke Cheras mengambil kawan yang juga ketua pendaki. Kemudian, meneruskan perjalanan ke perkampungan orang asli Kg. Penerok, Kuala Kubu Baru untuk berkhemah pada malam itu juga. Jam 230pagi siap pasang khemah berdekatan sungai dan rehat diri untuk tidur.

Keesokan harinya, awal-awal pagi kami sudah bangun untuk memulakan pendakian. Sebelum memulakan pendakian jam 9 pagi, kami kemas khemah dan bersarapan dahulu. Walaupun badan masih letih merempuh perjalanan dari JB, pendakian kami tetap di teruskan dengan lancar mengikut trek yang sedia ada.



Tapak khemah dan pemandangan berhampiran.


Trek pendakian Bukit Kutu.


Penat mendaki, kita berehat dulu.



Berehat di Batu Tedung yang besar.



Sampai sudah di puncak Bukit Kutu yang mempunyai
bekas runtuhan banglo kolonial.



Kami di puncak Bukit Kutu.



Sekian pendakian kami di Bukit Kutu. Sesungguhnya walaupun namanya bukit, tapi treknya panjang dan agak sukar untuk tiba ke puncak. Namun kepuasannya apabila tiba di puncak dan selamat kembali di titik permulaan pada jam 5 ptg gara-gara hujan.