Melawat Sabah II


     Sempena cuti Hari Wilayah Persekutuan Labuan, membawakan diri ke Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah. Bukan pertama kali ke sana, maka kelainan kali ini adalah dari Labuan-Menumbok-KK.

      Seawal jam 9pagi lagi telah siap keluar dari rumah untuk ke Terminal Feri Antarabangsa Labuan. Urusan membeli tiket RM 7.50 tidak menunggu dengan lama, namun mungkin cuti umum lalu penumpang ramai, giliran untuk menaiki bot hampir sejam. Sabar sajalah... 




Terminal Feri Antarabangsa Labuan & bot untuk ke Menumbok.



Hanya setengah jam perjalanan bot laju ke Menumbok, perjalanan adalah lancar dengan keadaan bot yang terumbang-ambing menempoh arus. Sangat mengujakan untuk yang pertama kali, mungkin boleh muntah jika tidak biasa. Hehehe



Sampai sudah di Pekan Menumbok.


         Dari Menumbok, perlu naik pula bus/van sapu untuk ke Beaufort, pekan yang mempunyai pengangkutan bus/van sapu ke Kota Kinabalu. Maka, sebaik sahaja keluar dari terminal feri Menumbok, ada bus/van yang menunggu di stesen bus berhampiran. Tambang bergantung kepada perkhidmatan, namun dengan van sapu, tambang adalah RM15 sekepala, Biasanya van sapu tunggu penuh baru bergerak jalan untuk sejam perjalanan.




Inilah pekan Beaufort.


Akhirnya, dari pekan Beaufort, barulah dapat naik bas untuk ke Kota Kinabalu. Dengan tambang   RM 12, perjalanan yang dijangka 2jam menjadi 3 jam gara-gara kesesakan lalulintas di Putatan akibat pembinaan jalanraya, pukul 4 ptg baru sampai KK. Rasanya, naik feri Labuan-KK, lagi selesa kerana perjalanan lebih selesa dan  terus tanpa henti-henti. :)



Inilah Kota Kinabalu!


       Keesokan harinya, pagi lagi telah bangun untuk menjelajah KK. Seperti biasa, hari minggu di KK tidak lengkap kalau tidak singgah ke Pasar Gaya. Pelbagai barangan di jual untuk keperluan penduduk tempatan dan pelancong.




Pasar Gaya.


       Kemudian, bergerak pula ke Padang Merdeka menyaksikan perbarisan sempena Hari Menaikan Bendera yang dilakukan setiap 2 Februari di Sabah. Pelbagai kakitangan daripada warga pekerja Bandaraya Kota Kinabalu berbaris dan membuat pertunjukan di hadapan Mayor DBKK dan hadirin.

 


Padang Merdeka



Perbarisan pelbagai jabatan.



Macam-macam aksi persembahan.



Upacara menaikkan bendera.


        Setelah selesai upacara di padang, bergerak pula ke Muzium Sabah untuk melihat budaya masyarakat di Sabah. Untuk ke sini, bas yang melalui berhampiran muzium adalah bus no 13, hala ke Penampang. Tiket berharga RM 1 manakala tiket masuk muzium hanya RM 2




Muzium Sabah





Hanya boleh bergambar di luar sahaja.



Menuju pula ke perkampungan warisan.



Berjenis kediaman masyarakat di Sabah.



Alatan tradisional masyarakat.



Peralatan rumah tradisional.


Setelah puas menjelajah di muzium, barulah beransur pulang ke Labuan. Kali ini, pulang menaiki feri ekspress dengan tambang RM 23 yang boleh di beli dan di naiki di Jeselton Point, KK.



Nyaman selesa dengan feri, sambil nonton wayang.











Labels: 0 komen | edit post

Terokai sejarah Labuan di Muzium Labuan


      Sejak tinggal di Labuan, tidak lengkap kiranya tidak mengetahui tentang asal usul Labuan. Untuk itu, Muzium Labuan adalah lokasi yang sesuai kerana menyimpan bahan dan maklumat mengenai Labuan. Terletak di pusat bandar Labuan, muzium ini adalah percuma untuk para pengunjung.




Selamat datang ke Muzium Labuan.




Kronologi sejarah Labuan sejak zaman purbakala lagi.




Bahan sejarah semasa pentadbiran British di Labuan




Bahan sejarah semasa pendudukan Jepun di Labuan.



       Kesan peperangan dunia kedua juga boleh di lihat dengan berkunjung ke Jalan Tanjung Batu, berdekatan dengan markas tentera udara Membidai. Terdapat perkuburan untuk askar-askar berjuang semasa peperangan itu.




Perkuburan tentera.



Kubur para pejuang.

Labels: 0 komen | edit post