Ronda-ronda ke Keningau



Sempena cuti panjang Sambutan Keputeraan Agong, saya membawa diri bermotorsikal solo ke Keningau. Dari Labuan seawal jam 6 pagi dengan meredah hujan untuk menaiki feri RORO, sampai di Menumbok jam 8.30 pagi, terus ke Kuala Penyu - Kimanis - Keningau.



Mencabar kemampuan Honda Future naik gunung,
jam 11pagi baru sampai Keningau.



Check in di Backpacker Yee, makan-rehat.
Jam 4 ptg naik Bukit Trig.



Boleh tahan trek bukit ni, curam & mencanak semua.



Trek laluan slim abis, kalau berselisih kena hati-hati
takut jatuh gaung.



Sejam kemudian ke Bukit Matanoi, tak jauh dari Bukit Trig.
Bayaran RM3



Koleksi untuk swafoto di puncak Matanoi.


Ada juga Taman Arnab, RM 4 + RM 1 untuk makanan.


Jam 6 ptg, terus saya pulang ke penginapan. Rehat-makan-tidur sahaja di bilik, sebab malam itu hujan. Boleh la simpan tenaga untuk esok.

Ronda-ronda ke Tambunan


Hari berikutnya, saya ke Tambunan. Bukan pertama kali ke Tambunan, selepas check out dari Backpacker Yee jam 9 pagi, terus ke Tambunan dan sampai sana jam 9.45 pagi.



Mercu tanda Tambunan.



Bawak motor naik bukit mencanak

ke Sinurambi Tambunan. Masuk percuma.




Menara pemandangan seluruh Tambunan.



11.30 pagi tiba di Air terjun Mahua. Bayaran RM3.



Sejuk airnya.


Jam 12.30 ptg, bergerak la saya pulang melalui laluan Tambunan - Penampang untuk bermalam di Kota Kinabalu. Sejam meredah perjalanan bermotorsikal sangat menarik kerana melalui gunung ganang, jalanraya terjaga baik, sejuk berkabus dan hujan sebentar, namun agak kurang mencabar berbanding laluan Kimanis - Keningau. Sesunguhnya, percutian ini sangat memuaskan hati dan selamat pergi dan balik.