Jengok ke Bandar Dato Onn (Festival Layang-Layang Antarabangsa)

          
        Bandar Dato Onn adalah kawasan perumahan baru di Johor Bahru. Di bangunkan oleh Johor Land Sdn. Bhd, yang merupakan anak syarikat Perbadanan Johor, baru-baru ini telah mengadakan Festival Layang-layang Antarabangsa. Kebiasaannya festival setiap tahun ini diadakan di Bukit Layang-layang Pasir Gudang. Mungkin mahu perubahan, festival ini di ubah ke Bandar Dato Onn.


Ayuh ke sana menyaksikan.


           Saya ke sana untuk menyaksikan kelainan pada festival kali ini. Seperti biasa, antara layang-layang yang dapat disaksikan seperti




Layang-layang yang terbang dan belum terbang.


Layang-layang ikan di udara.



Layang-layang gergasi dan aneka saiz.




Layang-layang panjang (disambung-sambung).





Wau tempatan yang belum diterbangkan.



Layang-layang dari Bali, Indonesia agaknya.



            Begitulah antara layang-layang tempatan dan luar negara yang datang menyertai festival kali ini. Dari pengamatan, kedatangan pengunjung amat rendah. Mungkin kerana lokasi jauh dari penduduk, jauh dari kemudahan pengangkutan awam dan layang-layangnya pula ada antaranya sudah biasa di lihat di festival yang lepas.



Maka, sekian laporan. Aku pun pulang.
Labels: 0 komen | edit post

Melawat Terengganu (Hari Pertama : 7 Feb 2008)

         
       Sempena jemputan kenduri kahwin seorang rakan di Kemaman dua tahun lepas, saya bersama Rio mengambil kesempatan melawat Terengganu. Kali pertama ke kawasan pantai timur, memang teruja sekali, sanggup menempoh 9jam perjalanan dari Jb ke Kuala Terengganu.


Gigih dari Johor Bahru (JB) ke Kuala Terengganu.


           Kira-kira 8pagi, barulah bus berhenti di Hentian Bus Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, Lega rasanya selamat sampai, perut pun melapar, sarapan dulu di warung berdekatan. Kemudian bergegas mencari hotel penginapan. Akhirnya, dapatlah juga budget hotel yang bersesuaian setelah mendapati banyak hotel sudah penuh.


Bilik Redang, Hotel Sahara View, Terengganu yang selesa.


            Selesai berehat-rehat sebentar di bilik, kami berdua sesiap dan memulakan aktiviti meronda-ronda di Kuala Terengganu. Destinasi pertama ialah ke Muzium Terengganu, muzium terbesar di Asia Tenggara. Memang betul pun luas dan bertingkat-tingkat, dari ruang pameran diraja, ke ruang petroleum, ruang seni dan ruang hidupan liar.



Posing di depan Muzium Terengganu.
Kemudian, kami mula kembali ke bandar Kuala Terengganu semula. Kami bersolat asar di Masjid Abidin, kemudian ke Istana Maziah sebelum melepak di Dataran Syahbandar dan Bazaar Warisan sampai magrib. Puas merasai angin nyaman di situ, kami gerak ke kedai untuk membeli hadiah untuk pengantin sebelum makan malam di Restoran Puteri. Makananya sedap la juga, tapi lambat betul makanan nak sampai. ehehe.


Masjid yang putih melepak, Masjid Abidin.



Istana Maziah di kaki Bukit Puteri.



Posing di Bazaar Warisan, Terengganu.



Wajah malam Bazaar Warisan.




Makan malam di Restoran Terapung Puteri.


Selesai makan, kami pun pulang ke bilik hotel, dan terus tidur. Sekian hari pertama di Terengganu.
Labels: 0 komen | edit post

Melawat Terengganu (Hari Kedua : 8 Feb 2008)





Pagi-pagi kami telah sesiap untuk ke Kemaman untuk menghadiri majlis kenduri perkahwinan di Bukit Kuang. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam sebelum tiba di Chukai yang merupakan bandar bagi Kemaman. Sempat juga kami lepak sebentar di Taman Persiaran Chukai berhampiran yang terletak di pesisiran Sungai Kemaman.




Taman Persiaran Chukai hanya di belakang Hentian Bas Chukai.


Taman Persiaran Chukai di Hentian Teksi Chukai.



Kemudian menjelang tengah hari, barulah kami mengambil teksi untuk ke rumah pengantin di Bukit Kuang. Kami disambut dengan ramah mesra oleh keluarga pengantin iaitu keluarga Keyma. Majlis meriah dengan sesi bergambar dan borak-borak bertanya perkembangan semasa dengan kawan-kawan yang hadir.




Ramai jiran kampung datang ke majlis kahwin Keyma.





Keunikan jamuan makan di Terengganu ialah
mempunyai juadah ikan tongkol...




Setelah kenyang, kami minta izin beredar dari majlis dan kami di bawa pula melancong oleh kawan kami, CheWan yang mahu pulang ke Kuantan. Dah alang-alang melancong, kami singgah la di Kg. Geliga, tak jauh dari Bandar Chukai untuk merasai sata dan otak-otak asli yang sedap dan popular di situ. Dengan pekena air kelapa muda sebagai minuman, pergg.. sedapppp btul makan sata asli . Tak ada rasa hanyir pun.




Gigih makcik ni menjaga api, takot hangus plak sata tu.


Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Cherating pula. Kami melepak sebentar di sana sambil mengambil angin dan melihat matahari terbenam. Perjalanan kemudian diteruskan ke Teluk Cempedak untuk makan malam. Seperti biasa, ramai orang melepak di sana pada malam minggu, ada yang makan angin, ada yang dating dan tak kurang juga yang skodeng sapa yang dok dating di celah batu-batu tu, ehehehe. Bikin panasss je la.




Matahari terbenam di Pantai Cherating.


Malam di Teluk Cempedak, Kuantan.


Sekian aktiviti pada hari kedua. Letih betul berjalan ke sana sini tapi tak boring.

Labels: 0 komen | edit post

Melawat Terengganu (Hari Ketiga : 9 Feb 2008)


Hari terakhir di Terengganu, aku, Rio dan CheWan menjejakkan kaki ke Taman Tamadun Islam (TTI) iaitu di Pulau Wan Man. Punyala ramai orang, maklum la, minggu pertama di buka selepas perasmian. Susah betul nak cari parking. Terpaksa jalan kaki 3km untuk masuk ke sana.


Gerbang masuk ke Taman Tamadun Islam Terengganu.


Seperti yang diketahui, terdapat banyak replika masjid terkenal di dunia pamer di sini. Namun, terdapat disini juga sebuah dewan besar untuk aktiviti pameran dan paling dikagumkan ialah Masjid Kristal. Masjid ini indah buatannya baik diluar mahupun di dalam. Kini ianya menjadi tarikan utama bagi pelancongan Terengganu.



Antara replika masjid terkenal di dunia yang berada TTI.

Aku dan CheWan di Masjid Kristal, Terengganu.


Dah bosan dan perut mulai lapar, kami bergerak pulang dan menuju pula ke Pantai Batu Buruk. Namun, sebelum sampai, kami singgah sebentar ke Kampung Losong yang terkenal dengan produk kerepek ikan dan keropok lekor. Jumpa je Kedai Kak Yah yang terkenal tu, kami pun berborong berjenis-jenis keropok untuk di bawa pulang.


Borong keropok lekor di Kedai Kak Yah.


Kemudian, perjalanan ke Pantai Batu Buruk di teruskan. Kami makan tengahari di medan selera di sana dengan menu tempatan Terengganu iaitu, Laksam. Selesai makan, kami bersiar-siar di pantai sebentar sebelum beredar ke Dataran Syahbandar pula.



Ni la laksam Terengganu.



Pantai Batu Buruk yang tiada batu buruk,
tapi pantainya berpasir putih dan banyak pokok rhu.



Restoran A&W di Pantai Batu Buruk
antara restoran makanan segera pertama di Terengganu.



Sampai di Dataran Syahbandar, kami minum petang di medan selera sebelum singgah ke Pasar Payang untuk membeli belah kali terakhir. Macam-macam benda di beli untuk di bawa balik seperti kain batik, cendermata dan makanan ringan. Rambang mata nak pilih mana satu, sampai tutup kedai baru kami keluar. Kedai disini kebanyakanya mulai tutup jam 5 ptg.



Melepak di Dataran ShahBandar.


Singgah lama di Pasar Payang untuk belanja sakan.



Menjelang jam 10mlm, barulah kami berpisah dengan CheWan untuk pulang ke JB. Sesungguhnya pengalaman melancong ke Terengganu tambah best dengan adanya CheWan. Namun, 3hari 2malam memang tak cukup untuk menerokai Terengganu kerana memang banyak lagi tempat untuk di jelajahi di sana. Bestttt...

Labels: , 0 komen | edit post