Ronda-ronda di Kuala Lumpur

Tiada lain yang patut di banggakan selain daripada ibu negara sendiri. Meronda-ronda sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjanjikan keriangan untuk menyelami aspek pembangunan, kesenian, sejarah dan syurga beli belah. Semuanya boleh anda lusuri dengan khidmat bas KL Hop-On Hop-Off.





Ayuh naik.... RM 18 dari pagi hingga malam.




Bangunan pencakar langit Kuala Lumpur.




Medan sejarah awal Kuala Lumpur.




Pusat tumpuan koleksi seni & kraftangan.




Kompleks Istana Negara.




Masjid Negara.



Muzium Negara



Muzium Kesenian Islam.




Koleksi dalam muzium.




Balai seni visual negara




Pusat beli belah Kuala Lumpur



        Sekian aktiviti ronda-ronda di Kuala Lumpur. Banyak lagi yang menarik untuk di terokai di ibu kota negara yang sarat dengan segalanya untuk anda. :)

Labels: 2 komen | edit post

Riang ria di Legoland Malaysia

Hari minggu yang bosan kali ini telah membawa diri ke Legoland Malaysia. Terletak di Nusajaya Johor, dengan menggunakan Maybank Debit kad, harga tiket masuk hanya RM 91 untuk outdoor park sahaja. Jadi, kami berhiburan lah dari pukul 10 pagi sampai 6 ptg, walaupun kadang-kadang hujan turun sekali sekala, musim hujan sudah tiba awal November ni. Huhu




Tak sabar hendak masuk Legoland Malaysia.

Bandaraya Johor Bahru yang di Lego kan

Kuala Lumpur & Putrajaya yang di Lego kan.

Bandar Asean yang di Lego kan.


KLIA & PTP pun di lego kan.

Lego karekter seperti Pirate & Chima

Layankan semua rollercoaster.

Layankan tema Halloween di Lego Kingdom

Layankan Star War yang di Lego kan.

Sekitar objek yang di Lego kan.

Sekian aktiviti berhibur di Legoland Malaysia yang di tutup pada jam 6 ptg. Sangat sesuai untuk kanak kanak sekolah rendah daripada orang dewasa, kecuali dewasa yang meminati binaan Lego dan permainan. Tapi kalu nak berhiburan bersama, apa salahnya kan.
Labels: 0 komen | edit post

Sepetang di Batu Layar


Petang yang bosan membawa diri ke Batu Layar, Kota Tinggi. Hanya 20 minit daripada Desaru, pantai Batu Layar mempunyai kelainan berbanding Tanjung Balau.


Ni la kelainan Batu Layar,
ada batu berbentuk layar kapal yang terbenam di pantai.


Baru layar yang terpisah dua.


Pantainya landai.. sesuai untuk mandi laut.


Pantai berbatu.. masih sesuai untuk mandi dan beraktiviti.


Kalu ombak tengah kuat, kita mancing aja lahh.


Sekian aktiviti petang kali ini. Walaupun pantai adalah percuma, kebersihan adalah tanggungjawab bersama. :)
Labels: 0 komen | edit post

Bercuti ke Pulau Tioman II (Hari 1 - 28/2/2014)


           Musim kemarau sejak sebulan lalu membawa idea untuk bercuti ke Tioman. Persiapan booking chalet Salang Sayang (09-419 5020)& tiket feri BlueWater (07-799 4811) di buat hanya dalam masa seminggu sebelum bertolak iaitu pada Jumaat, 28 Feb 2014. Alhamdullilah, semua rancangan berjalan lancar dan bertolaklah kami ke Mersing seawal jam 6 pagi untuk menaiki feri ke Tioman jam 9 pagi kerana trip kedua feri hanya ada jam 6 ptg.




View Larger Map





Tiba di Jeti Mersing, feri meredah gelora ombak 
& akhirnya selamat sampai di Pantai Salang. Tioman.




Pemandangan Pantai Salang, Tioman.




Kami menginap di chalet Salang Sayang.




Menuju chalet jenis taman no. 3,
namun tidak jauh dari laut.




Chalet garden no 3, dari luar dan dalam
untuk penginapan berdua.




Sampai bilik, terus terjun mandi laut!




Sebahagian ikan & coral di Pantai Salang.




              Puas mandi manda, kami ronda-ronda pula di sepanjang Pantai Salang melihat persekitaran. Bukan sahaja masih mengekalkan hutan semulajadi, malah haiwan-haiwan juga bergerak bebas. 




Biawak, kucing & monyet bebas. : )




Manusia juga bebas beraktiviti di laut & pantai.




Kami meronda-ronda sehinggalah berpeluang menyaksikan matahari terbenam sambil menyaksikan keindahan alam. Malamnya aktiviti di peuhi dengan aktiviti memancing di jeti Salang, walaupun yang dapatnya hanya kesabaran menunggu ikan, hehehe.







Labels: 5 komen | edit post

Bercuti ke Pulau Tioman II (Hari ke 2 - 1/3/2014)


            Hari kedua di Tioman di isi dengan aktiviti snorkling. Dengan bayaran RM 70 sekepala termasuk sewa jaket & goggle, kami satu bot dari Salang Sayang di bawa ke 4 tempat spot coral. 3 spot di kawasan Pulau Tulai dan satu lagi berhampiran Pulau Soyak. Jam 10pagi lagi, kami telah bertolak dengan keadaan cuaca yang agak berawan dan ombak yang agak kuat. Perg, pening kepala gara-gara bot meredah ombak gelora.



Peta perjalanan trip snorkeling.



Bot menuju ke spot pertama di Tulai dan inilah pemandangannya!



Lagi ikan dan coral di spot pertama Tulai.



Rileks sebentar di spot kedua, Pantai Tulai 




Sebahagian ikan dan coral di Pantai Tulai. Jumpa anak Nemo!




Spot ketiga Tulai, Fan Rock yang berombak ganas.
Banyak ikan & ada penyu!




Spot ke empat berhampiran Pulau Soyak,
katanya shark point, tapi jumpa Nemo je. : }



           Hampir pukul 3.30 ptg barulah kami di bawa pulang. Kepala agak pening senoneng dan keletihan, pulang dan terus tidur. Menjelang lewat petang, lepak-lepak saja di pantai dan makan malam di restoran Salang Sayang.




Melepak merehatkan badan sampai malam.


Labels: 2 komen | edit post

Bercuti ke Pulau Tioman II (Hari ke 3 - 2/3/2014)


          Hari terakhir di Pulau Tioman lebih rilek dan santai-santai. Sementara menunggu keluar chalet, masa yang terluang di isi dengan mengambil gambar dan mandi laut puas-puas buat kali terakhir. : )




Posing sakan di Pantai Salang.






Mandi puas-puas !




Selamat tinggal Tioman. Terima kasih Salang Sayang.






        Pukul 5.30ptg barulah feri Bluewater sampai. Gara-gara kerana trip terakhir, penumpang feri sangat padat sampai ada penumpang yang terpaksa berdiri, hinggakan mereka diturunkan di Jeti Tekek untuk menaiki feri tambahan. Akibat gangguan itu, pukul 6.30 ptg baru feri bergerak ke Jeti Mersing. 

        Pepun, feri selamat sampai jam 9 mlm dan kami terus pulang ke JB. Kos ke Tioman kali ini kira-kira RM 240 sekepala tidak termasuk makan sendiri di mana tambang feri RM 70 dua hala, RM 10 yuran Marin Laut, RM 70 trip snorkeling, kongsi berdua kos 3D2N : RM 80 chalet per day & RM 10 per day parking kereta. Apapun, Pulau Tioman masih cantik untuk destinasi bercuti terutama untuk Tahun Melawat Malaysia 2014. Penduduknya juga mesra, peramah dan tidak lokek senyuman.
Labels: 0 komen | edit post