Bercuti ke Kelantan (Hari 1)


Sempena keberadaan saya di Kuala Lumpur kali ini, saya mengambil kesempatan ke Kelantan, negeri yang belum pernah saya jejaki. Maka, percutian ke Kelantan kali ini di mulakan pada Rabu, 7.00 ptg  dari stesen TBS menaiki bas berharga RM 16, menempoh perjalanan hampir 3 jam sebelum tiba di Stesen Keretapi Gemas.


10.30 mlm dah sedia di Stn Gemas yang serba moden,
jam 11mlm kaunter tiket di buka di tingkat atas.


Keretapi tiba jam 11.30mlm, menaiki Ekspress Timuran.



Naik koc T7 seat katil 8, katil bawah.
Tiket berharga RM 44 dibeli online awal 5 hari.


Kena pakai ear plug & eye sleeping patch, baru selesa sikit tidur.
Sedar-sedar dah pagi di kawasan indah Merapoh.


7.30pg tiba di Stn Gua Musang, keretapi berhenti 15minit, 
boleh beli nasi kerabu ayam percik RM3 di kantin stesen,



Tiba di Kuala Krai jam 11pg, merentas Sg Kelantan di jambatan Guillemard
 sebelum tiba di Tanah Merah.


Merentas sawah padi di kawasan Pasir Mas sebelum tiba
di Stn Tumpat jam 1.30ptg. Ronda kejap di Pekan Tumpat.



Naik bas Cityliner RM3 dari Pekan Tumpat ke Stesen Bas Kota Bahru.
Menginap di ParkView Hostel, mix dorm 3H2M RM60



Ke Pengkalan Kubor jam 5ptg, naik bas lagi.
Pusat jualan bebas cukai tapi tutup jam 5.30ptg.


Tarikan menarik di Pengkalan Kubor, mural di dinding.



Ke Wat Maisuwankiri, jam 5.45ptg naik teksi RM30,
pakcik teksi baik nak tunggu.



Wat ini juga di kenali dengan Wat Dragon Boat,
dengan ciri binaan Siam.



15minit lepas puas mengambil gambar, terus pulang ke penginapan di Kota Bahru. Malamnya makan  nasi air di restoran berhampiran penginapan, dan tidur awal sebab letih tak cukup tidur.

Labels: 0 komen | edit post

Bercuti ke Kelantan (Hari 2)



Hari ke 2 di Kota Bahru, bergerak seawal 8pg untuk sarapan citarasa Kelantan. Jalan kaki 5minit untuk tiba di Pasair Siti Khadijah.



Awal pagi dah sesak di Pasar Siti Khadijah.


Macam-macam barangan di jual.


Kat luar pasar lagi meriah, borong banyak kuih muih.


Ronda ke Jalan Ismail, meriah bazar pagi Jumaat
dengan ceramah agama berkumandang.


Macam-macam juadah Kelantan dan barangan di jual.


Ada lukisan mural di belakang kedai.


Tema Arab.


Tema Palestin.


Tema perang di Asia Barat.


Tema Kelantan.

Jam 9pagi bergegas ambil Grabcar (RM 14) ke Lapangan Terbang Kota Bahru untuk sewa kereta. Dapat sewa Myvi baru RM100 untuk satu hari semata-mata hendak jelajah pantai timur.


Gigih menempuh 1jam perjalanan ke Kuala Besut
untuk daki Bukit Keluang jam 11pg.


Trek mencanak dari mula sampai puncak.


11.30pg sampai puncak, cantiknya pemandangan.


Monumen tanda kenangan di Bukit Keluang.


Dah naik, kena la turun. Curam juga, kena hati-hati.



Sampai bawah, singgah Pantai Bukit Keluang. Pun cantik.


Formasi batu-batu di Pantai Bukit Keluang


Lepas solat Jumaat, singgah di Pantai Tok Bali.


Kemudian ke Pantai Irama, Bachok.



SInggah di Pantai Senok yang popular.


Datang jam 5ptg, belum ramai orang. Yang memancing pun ada.


Mau ke PCB, sesat ke Pantai Kundur



Jam 6ptg baru tiba di Pantai Cahaya Bulan.
Makin magrib, makin ramai orang.



Malam di Kota Bahru masih meriah dengan jualan tepi Pasar Khadijah.



Ramai orang ke Masjid Muhamadi untuk dengar ceramah Israk Mikraj.

Bercuti ke Kelantan (Hari 3)



Hari terakhir di Kota Bahru, di mulakan ke Masjid Kg. Laut, Nilam Puri seawal 8pagi dengan menaiki kereta sewa sebelum di pulangkan jam 11pg.



Masjid Kg Laut, masjid tertua di Asia Tenggara.


Binaan kayu yang masih kekal utuh.


Hampir tengahari ke kawasan istana Kelantan.


Makan dulu di Restoran Nasi Ulam Cikgu.
7 pilihan lauk hanya RM12, ulam free.


Ke Perkampungan Kraftangan lepas kenyang.


Selain menjual pelbagai kraftangan, terdapat galeri tenunan.


Pameran barangan tradisi Kelantan.


Singgah pula ke Muzium Diraja Kelantan.


Terdapat koleksi barangan peribadi diraja.


Bergerak pula ke Istana Jahar.


Pameran adat tradisi lama diraja.


Terdapat juga seni perahu Kelantan bawah kolong.


Ada juga galeri alat senjata di belakang.


Meronda di Padang Merdeka dan sekitar bandar.


Singgah di Muzium Kelantan.



Pameran alat tradisi daerah-daerah Kelantan.


Terdapat juga pameran seni lukis rakyat Kelantan.


Singgah pula ke Balai Seni Lukis Kelantan.


Pelbagai lukisan di pamerkan.


Singgah pula di Gelaggang Seni jam 3.30 ptg.


Hari Sabtu sepatutnya ada permainan gasing tradisi, silat,
namun hari tu ada paluan rebana ubi sahaja.


Singgah di KB Mall sebelum ke Masjid Muhamadi 
menunggu waktu magrib-isyak.



Jam 9mlm lepas makan malam sesiap, saya menaiki bas Transnasional RM44.20 dari Stesen Bas Kota Bahru ke TBS selama 8jam 30min perjalanan.  Sekian percutian solo saya 3H2M di Kelantan dengan belanja kali ini hampir RM 500. Sesungguhnya, negeri Kelantan sangat menarik dan banyak lagi tempat menarik yang boleh di terokai.

Labels: 0 komen | edit post