Bercuti ke Sandakan (Hari 1)



Sempena cuti pertabalan Agong, bersambung dengan hujung minggu, dapatlah kali ini bercuti ke Sandakan. Bertolak pada pagi hari Ahad menaiki pesawat AirAsia, penerbangan selama 45minit selamat sampai jam 9.30 pagi. Sesampai Lapangan Terbang Sandakan, terus sewa kereta Axia untuk memudahkan pergerakan seharian.



Sesampai Sandakan Airport, terus sewa kereta
untuk ke Labuk Bay bagi perjalanan 30minit lagi.



Jam 10.30 pagi sampai ke Pusat Perlindungan
Monyet Belanda, Teluk Labuk. Tiket masuk RM 15.



Monyet Belanda (Probiosis Monkey
di beri makan buah-buahan jam 11.30 pagi.


Monyet aktif ni susah duduk diam, yang jantan hidung gelebeh,
yang betina hidung mancung, macam minah salleh tu, haha.


Ada juga lotong (Silverleaf monkey) yang lebih manja.
Anak kecilnya berbulu kuning.


Hampir jam 12 tgh, bergerak pula ke Sepilok
 untuk masuk Pusat Perlindungan Beruang jam 1 petang.


Tiket masuk RM 5, adalah kandang perlindungan
 beruang matahari (Sun Bear) yang boleh di lihat dari atas platform.



Beruang saiz kecil ni, memang pemalu suka menyorok,
susah nak ambil gambar jelas.


Jam 2 petang, masuk Pusat Perlindungan
Orang Utan (OrangUtan) Sepilok. Tiket masuk RM5.


Kena lalu jambatan kayu merentasi
hutan  sebelum tiba di Pusat Asuhan seperti zoo.



Orangutan di beri makan buah-buahan jam 2.30 petang.
Penonton boleh melihat melalui dinding kaca.



20minit kemudian ke platfom kayu, menunggu
 orangutan turun makan, namun tak muncul-muncul.


Jam 3ptg, bergerak pula Pusat Hutan Hujan,
tiket masuk RM 5.



Terdapat pusat maklumat perhutanan.


Ada juga trek hutan dan jambatan gantung merentasi tasik.


Boleh juga merentas hutan naik jambatan besi dan naik menara tinjau.
Alhamdullilah, tak sangka dapat menyaksikan orangutan bergerak bebas di sini.


Jam 5.30 petang, mendaki pula Bukit Sim-Sim.


Kawasan mendaki ini di jaga baik dengan terdapat
pondok rehat, trek berpagar dan tangga kayu.


Di puncaknya boleh nampak Kampung Laut Sim-Sim
dan Pulau Berhala.



          Menjelang magrib, barulah balik dan check-in di Harbourfront Backpacker, Pekan Sandakan. Sekian hari pertama di Sandakan yang padat dengan aktiviti bersama alam dan fauna.




Labels: 0 komen | edit post

Bercuti ke Sandakan (Hari 2)



Hari kedua di Sandakan, pagi-pagi lagi dah keluar berjalan untuk sarapan coto Makasar dan melihat aktiviti masyarakat di Sandakan.




Ke Pasar Besar, ada jual hidupan laut segar, sayuran,
buah tempatan dan bahan  kering.



Kemudian, jam 8pagi ke Pusat Peringatan Sandakan.


Taman peringatan untuk tentera tahanan yang terbunuh
ketika Perang Dunia ke 2.


Selepas pulangkan kereta sewa di airport, naik Grabcar RM 12 ke English Tea House
untuk merasa suasana sarapan ala English dengan scone cecah jem strawberry
sama krim cheese dan coklat panas berharga RM 15.



Perut dah kenyang, ke Rumah Agnes Keith
terletak sebelah English Tea House. Tiket RM 2.



Selain tinggalan perabot gaya inggeris, terdapat maklumat Agnes Keith
yang mengisahkan kehidupan beliau menjelajah sebahagian Sabah, hebat!


Kemudian, jalan kaki turun bukit ke Muzium Warisan Sandakan.



Tingkat bawah memaparkan galeri perfileman mengenai Sabah.
Terdapat juga replika rumah tradisi.



Tingkat atas ada pameran pembangunan Sandakan
dan koleksi barang antik.



          Petang hari kedua, tiada aktiviti selain berehat dan jalan-jalan sekitar pusat beli belah. Hari ketiga pula hanya rehat dan bersiap pulang ke Labuan. Sekian aktiviti bercuti yang sempat di lakukan di Sandakan dengan kos RM423 (Pengangkutan darat : RM43, pengangkutan air : RM30, pengangkutan udara : RM98, Penginapan backpacker 3H2M : RM70, Sewa kereta+minyak : RM150, tiket masuk semua pusat perlindungan : RM32).



Kenangan di Sandakan sebelum pulang.




Labels: 0 komen | edit post