Mendaki Bukit Botak@Gondol & Sutera Harbour


Sempena hari cuti Hari  Keputeraan Agong ke 15, saya bercuti ke Kota Kinabalu untuk kali untuk melawat lagi tempat menarik di sana. Hari pertama saya mendaki Bukit Botak yang terletak berhampiran ILP Kota Kinabalu. Trek mula mendaki terletak menghadap pencawang Sekolah Indonesia dan satu lagi terletak di Sabah Port Bypass.





Trek laluan ke puncak Bukit Botak.


Trek bersemak dan makin mencanak.


Dah nak sampai puncak.


Pemandangan di puncak Bukit Botak@Gondol.


Selepas puas menikmati keindahan alam, saya beransur pulang untuk berehat. Petangnya, saya berehat pula di Sutera Harbour untuk menikmati bayu pantai dan ke Taman Perdana menyaksikan air pancut berirama.



Terpegun di Pantai Sutera Harbour.


Marina Sutera Harbour.


Menyaksikan air pancut berirama.



Melawat Leisure Ride, Pantai Sabandar & Bukit Tirig


Hari kedua pula saya ke Tuaran untuk melawat kawasan Sabandar yang terkenal sebagai bandar kuda. Antara lokasi yang kunjungi adalah Sabandar Leisure Rides.



Pusat rekreasi menunggang kuda.


Ada bangsal kuda, boleh bagi makan kuda.


Ada juga taman bakau & pusat kraftangan.



Cuaca dah redup, baru selesa menunggang kuda.
RM 15 untuk 2 pusingan.



Selepas puas menunggang kuda, saya singgah sebentar di Pantai Sabandar. Pantai ini popular di kalangan penduduk tempatan untuk beriadah dan mendi laut,



Ramai orang melepak di tepi pantai Sabandar.


Kuda jinak juga melepak di sini.


Menjelang jam 5ptg, saya bergerak pula ke Bukit Tirig. Terletak berhampiran Intan Sabah, lokasi bukit ini boleh di temui melalui simpang masuk ke Gereja St Flora, Jalan Sulaman dari Tuaran atau melalui Jalan Rugading dari Kota Kinabalu.



Pintu masuk ke Bukit Tirig.



Pendakian mencanak.


Sikit lagi nak sampai puncak.



Pemandangan di puncak Bukit Tirig,
cantik menghadap Gayang.


Turun ke port view lain.


Kenangan di puncak Bukit Tirig.


Sekian percutian ke Kota Kinabalu kali ini. Sesungguhnya, percutian kali ini menarik dan mencabar stamina kerana semangat mendaki dua bukit dalam dua hari. Bukit Botak & Bukit Tirig ini sesuai di daki waktu pagi kerana waktu itu kurang pengunjung dan hasil tangkapan gambar juga cantik. 

Labels: , 0 komen | edit post