Sepagi di Gunung Tampin, Negeri Sembilan.

 

Pagi yang membosankan sempena cuti panjang Maulidur Rasul, di isi dengan menjejak kaki ke Hutan Simpan Gunung Tampin. 20 minit perjalanan dari rumah, Gunung Tampin mudah di akses di belakang perumahan Pekan Tampin, menjadi tempat masyarakat setempat beriadah.



Tiba jam 8 pagi. Trek bertar.



Setengah jam kemudian, jumpa air terjun mini.



Kolam takungan air bersih,
boleh jadi tempat rehat basuh kaki dan muka.



Sambung lagi perjalanan, kalau penat boleh rehat.




Sebab trek bertar, kenderaan masih boleh naik ke aras ini.



30 min seterusnya, sampai hampir di puncak.



Bertolak pulang tanpa membuang masa.



Gerimis mengundang di pintu keluar/masuk.


               Sekian aktiviti riadah kali ini di daerah Tampin. Boleh tahan juga mencanak trek Gunung Tampin ini (600m), 1 jam mendaki 45 minit turun, mengingatkan saya tentang Gunung Pulai, Johor yang menjadi turut sama menjadi pusat menara pemancar di puncaknya. Gunung ini juga sebenarnya bersambungan trek dengan Gunung Datuk menerusi trek Trans Naning (3 jam trek berpermit). Apapun kenali diri dan prestasi sebelum mendaki, lain gunung, lain cabaranya. Gunung Tampin ini treknya mudah (bertar), reduh berpokok dan tiada bayaran.





Mendaki Gunung Angsi

 

Akhirnya, setelah 2 tahun tak  mendaki gunung gara-gara Covid-19, barulah kali ini dapat menjejakkan kaki ke puncak Gunung Angsi sejak berpindah tempat baru. Bertolak dari rumah seawal 6.45 pagi, perjalanan 1 jam untuk sampai ke Gunung Angsi, Negeri Sembilan.



Sampai dah jam 7.40 pagi.



Gerbang mula mendaki, bayaran RM5 di kaunter,
tulis nama dan dapat gelang permit.




Solo daki, kasi semangat sikit.




Memula dah pacak naik tangga.




Terus lagi pacak naik trek.




80% trek pacak lebih 45 darjah kena daki.




Ada la tempat sumber air bersi kalau berani minum.



Kalau penat, lepak dulu sambil nikmati pemandangan.




Ini laluan bertali pendakian pacak
sebelum sampai puncak.





Akhirnya, sampai juga puncak jam 9.20 pagi.




Spot lain di puncak 825m ini,
selain ada pondok yang dah penuh orang lepak.


       Sekian, aktiviti mendaki di Gunung Angsi. Gunung ini antara yang popular di kalangan pendaki kerana lokasi tidak jauh dari jalan besar, puncaknya tidak berapa tinggi dan treknya mudah dan lebar. Pun begitu, dah 2 tahun tak mendaki, tercunggap juga saya naik 1jam 30minit, turun pula 35 minit. Nasib baik kaki tak krem, lenguh itu biasa. Lain gunung, lain cabarannya.