Mendaki Gunung Kinabalu (Hari 1 & 2)


Sempena cuti yang panjang melibatkan Tahun Baru Cina, pendakian ke Gunung Kinabalu telah di rancang sejak sebulan lalu. Dengan tempahan bertukar 2 kali dan kegigihan mencari ahli pendakian, ia merupakan cabaran awal untuk menjayakan pendakian. Azam pendakian ke puncak di tambah lagi dengan latihan mendaki setiap hujung minggu ke Bukit Kubong & Bukit Minyak.

Maka, tibanya pada tarikh yang dinantikan iaitu 9 Feb 2016, kami seramai 9 orang bertolak ke kawasan kaki Gunung Kinabalu untuk menginap semalaman sebelum pendakian. Tempat penginapan kami ialah dorm di D`Villa  Lodge, seminit ke Kinabalu Park (10 min jalan kaki).





Menempuh perjalanan yang mendamaikan.



Singgah di Pekan Nabalu membeli t-shirt Kinabalu.



Check in dorm dan ronda-ronda sekitar Pekan Kundasang.

Setelah puas satu hari menempoh perjalanan dan berehat, maka pada 10 Feb 2016, seawal jam 7 pagi (supaya dapat parking dekat) kami telah menjejak kaki di Kinabalu Park yang merupakan permulaan pendakian. Terdapat pejabat pendaftaran di sini dan mendapatkan pemandu pendakian. Setelah selesai proses mendaftar, barulah van akan menghantar semua pendaki ke check point pertama, Pondok Timpohon kira-kira 15 minit perjalanan.



Tiba di Kinabalu Park, daftar dan ambil pass masuk.




9.00 am : Mula di Pondok Timpohon,
dengar taklimat dari pemandu pendakian dan mulalah mendaki.


Mendaki trek tangga dan laluan berbatu yang mencabar.
Berehat 10 min di Pondok Layang-Layang atau di mana saja yang selesa.




Flora yang ditemui semasa pendakian.



2.10 pm : Selamat tiba di Laban Rata, pusat penginapan.



Menginap-berehat-makan di Hostel Laban Rata.
(termasuk dalam kos pendakian)




Sekian perjalanan hari pertama dan pendakian hari pertama. Sesungguhnya latihan, stamina dan semangat yang tinggi diperlukan supaya tidak mendatangkan keletihan badan dan kesakitan otot melampau. Cuma kelebihan mendaki di Kinabalu, kita boleh mengupah pemandu pendaki membawa beg, iaitu RM 13 sekilogram. Oleh yang demikian, kurang sedikit beban mendaki membawa beg berat. Hehe.



Mendaki Gunung Kinabalu (Hari Ke 3)


Hari kedua pendakian, 11 Feb 2016, dimulakan pendakian seawal jam 2 pagi. Sarapan dan pemakai pakaian tebal amat tuntut terutama yang tidak tahan sejuk. Bayangkan udara awal pagi yang sejuk dengan angin dingin pagi di puncak gunung, kesejukan boleh menyebabkan pendaki di timpa Acute Mountain Sickness (AMS). Kesejukan juga menyebabkan saya tidak berani membuka sarung tangan untuk mengambil gambar sepanjang pendakian ke puncak, apalagi persekitaran juga gelap kecuali semasa solat subuh di puncak jam 5.30 pagi.


6: 00 am : Alhamdullilah.. tiba di puncak Low Peak.



Bergambar di atas Low Peak dengan berlatarkan
Alexandra Peak dan St. John Peak.


Beransur pulang berlatarkan South Peak (atas) dan
King Edward Peak, Donkey Ears dan Tunku Abd Rahman Peak (bawah)




Teruja mengambil kambar kenangan di puncak Kinabalu.



Beransur pulang, baru perasan betapa mencabar
laluan pendakian semasa gelap pagi tadi
 .



8.00 am : Selamat tiba semula di Laban Rata
10.30 am : Bertolak balik ke Pondok Timpohon
1.00 pm : Tiba di Pondok Timpohon, alhamdullilah




Kenangan di puncak Gunung Kinabalu.


Sekian pendakian saya di Gunung Kinabalu, Kos untuk pendakian ini adalah pakej RM450 untuk pakej pendakian dan penginapan di Laban Rata, RM 60 untuk penginapan semalam di De'Villa Lodge dan Promonade Hotel, KK, RM 78 untuk khidmat membawa beg (6 kg) pergi-balik oleh pemandu pendaki dan RM 100 untuk barangan peribadi seperti sarung tangan, stoking tebal, lampu kepala dan ubat-ubatan.

Sesungguhnya mendaki Gunung Kinabalu agak mudah kerana telah mempunyai kemudahan trek dan tandas yang elok, namun semuanya bergantung kepada kita untuk azam ke puncak dengan jarak 8.5 km trek pendakian. Ada yang berkata, kenapa perlu membayar untuk penat dan sekeping sijil? Tetapi bagi yang suka mencabar diri.. akan tahu rasanya kepuasan mendaki Kinabalu yang berada di atas awan.