Riang ria di I-City

Cuti akhir tahun kali ini membawa diri ke I-City Shah Alam. I-City terletak berhampiran seksyen 7, boleh di tujui dengan menaiki Komuter KTM menuju Stesen Shah Alam dan seterusnya menaiki bas SelangorKu (percuma) terus ke I-City atau bas RapidKL T529 ke Hentian Bas Shah Alam dan bas RapidKL T601 ke Seksyen 7.

Di seksyen 7 (berhampiran Jakel Silk House), terdapat 3 buah hotel budget untuk penginapan dan hanya kira-kira 10minit perjalanan kaki ke I-City. Kawasan ini juga mempunyai pelbagai pilihan restoran dan terletaknya Bazaar Seni Shah Alam (Lukisan 3D).

Ketibaan saya di I-City Park kira-kira jam 11 pagi Isnin sangat menyenangkan hati kerana kurang pengunjung walaupun semasa cuti sekolah. Maka, puaslah saya bergambar di merata tarikan dengan bayaran RM80 untuk mendapatkan kad pass masuk Snow Walk, Red Carpet Wax Museum dan Gallery 3D Art.

Pintu masuk Snowalk

Hiasan perayaan Krismas

Rumah Igloo

Hiasan dan geungsur di dalam Snowalk 

Red Carpet Wax Museum


Artis ternama dunia

Pemimpin berpengaruh dunia

Artis Asia dan bintang sukan terkenal.

Artis terkenal dunia.


Galeri lukisan 3D


Galeri lukisan 3D


Sekian aktiviti hujung tahun, punyalah penat sampai malas nak tunggu malam melihat Digital Light Park pada sebelah malam. Sebenarnya, masa untuk menghabiskan ketiga-tiga park ini cukup hanya 3 jam. Jadi, rancanglah lawatan anda dengan betul untuk keseronokan yan maksima. Banyak lagi park dan galeri yang menarik, tetapi bagi saya cukup hanya 3 park untuk budget kurang RM100.
Labels: 0 komen | edit post

Sepetang di Taman Damai


         Petang yang membosankan membawa diri ke Taman Damai, Labuan. Taman Damai ini terletak di kawasan Layangan berhampiran pantai. Ini kerana di lokasi tersebut berlakunya penyerahan semula pendudukan Tentera Jepun di Borneo setelah kalah kepada pihak sekutu British semasa Perang Dunia ke 2 pada 70 tahun dahulu. Di Taman Damai ini, didirikan monumen sebagai simbolik berdamai dan memperingati mereka yang terbunuh semasa peperangan tersebut.




Taman Damai & Tapak Menyerah Kalah.



Monumen memperingati askar Jepun.




Tugu Damai "Peace is the Best"



Taman bunga dan trek jogging.




Tapak penyerahan kalah tentera Jepun.



      Pelbagai info mengenai Perang Dunia ke 2 di Borneo boleh diperolehi di taman ini. Selain itu, tapak sejarah dan artifak lain terdapat juga di Perkuburan Tentera Membidai dan Muzium Labuan.






Labels: 0 komen | edit post

Melawat Brunei (Hari 1)


         Hujung minggu yang membosankan membawa diri ke Negara Brunei Darussalam. Perjalanan pada jam 9 pagi dari Labuan menaiki Feri Sri Labuan 3 dengan tambang berharga RM 37 mengambil masa sejam untuk sampai ke Terminal Feri Serasa, Brunei.



Selamat sampai ke Brunei.

            Dari terminal Serasa, kena tunggu bas di luar pagar terminal untuk menaiki bas pula ke Pekan Serasa untuk ke Bandar Seri Begawan (BSB). Bas awam di Brunei mempunyai warna dan no tertentu yang menunjukkan laluan bas tersebut. Bas dari Jeti Serasa bernombor 33 dan untuk ke BSB, perlu naiki bas 37 atau 39. Tambangnya hanya DB1 untuk sehala. Namun, penduduk masih menyebut Ringgit, bukan Dollar Brunei (DB).




Terminal Feri Serasa & Pekan Serasa.


           Sampai di BSB hampir jam 12 tgh, kami segera mencari bilik penginapan untuk bermalam sehari. Maka, kami menginap di KH Soon Guesthouse yang terletak berhadapan Hotel Brunei dan Pasar Tamu Kianggeh. Harga semalam adalah DB40 untuk bilik yang luas tetapi bilik air di luar, sesuai untuk kami yang hanya bujang berdua.



Menginap di Guesthouse KH Soon.



           Sesudah meletakkan beg, kami memulakan sesi melawat Brunei dengan mengisi perut dahulu. Kami makan di Restoran Seri Mama yang menjual Nasi Katok, berupa nasi berlauk ayam goreng dan sedikit sambal cili padi yang tidak pedas. Selesai makan, kami terus ke Terminal Bas BSB untuk melawat daerah Seria. Bas akan bertolak pada jam 1.30 ptg, dengan masa perjalanan selama 2 jam melalui jalanraya biasa merentasi kampung-kampung dan lebuhraya.


Terminal Bas BSB


Pemandangan perjalanan BSB-Seria.


Perjalanan ke Seria.


        Sampai di Pekan Seria hampir 3.30 ptg, kami bergegas ke 1 Bilion Barrel Monument kerana bas terakhir ke BSB berakhir jam 4.30 ptg. Dengan masa yang singkat, kami berjalan laju selama 20 minit ke tempat yang di tuju dan bernasib  baik kerana pemandu bas sunggup menunggu dan membawa kami kembali ke BSB dengan tambang yang DB 6 sahaja.



Pemandangan pekan Seria.



O & G Discovery Center, Seria.



1 Bilion Barrel Monument, Seria.



Sekitar 1 Bilion Barrel Monument.



           Sampai di BSB sudah hampir 6 ptg, kami berehat dan makan malam di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan membeli cendermata di sana. Kemudian, kami meronda-ronda menikmati malam yang nyaman di sekitar BSB dan Waterfront BSB. Sekian hari pertama di Brunei.




Sekitar Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.



Pemandangan Masjid SOAS.



Labels: 0 komen | edit post

Melawat Brunei (Hari Ke 2)



                Hari ke 2 di BDS, kami keluar seawal jam 7 pagi. Kami melawat Tamu Kianggeh yang merupakan pasar menjual sayur, ikan, buah-buahan dan sarapan untuk pengunjung. Ianya terletak di Sungai Kianggeh dan tidak jauh juga dari penginapan kami. Kemudian, kami terus meronda sekitar BSB dan Bangunan Diraja Regalia sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin (SOAS).



Pasar Kianggeh menjual keperluan bahan masak.



Padang SOAS dan sekitarnya.


Bangunan sekitar bandar BSB.


Bangunan Diraja Regalia.


Bahan pameran di dalam Regalia.



BSB Waterfront dan Mercu Dirgahayu.

Masjid SOAS



     Selesai solat Jumaat di Masjid SOAS, kami segera bergerak pulang ke Labuan untuk menaiki feri terakhir jam 4.30 ptg.  Untuk itu, kami harus kembali ke daerah Muara dan seterusnya ke Jeti Serasa. Oleh kerana kami belum lagi membeli tiket pulang, kami harus beratur membeli tiket pada jam 3 ptg untuk menaiki feri Ming Hai dengan harga DB 17.




Kembali pulang dari Terminal Feri Serasa.

Labels: 0 komen | edit post

Ronda-ronda sekitar Pulau Pinang


Sempena cuti panjang, kali ini membawa diri ke Pulau Penang setelah hampir 10 tahun kali terakhir berada di sini. Percutian yang singkat ini di penuhkan dengan aktiviti yang berkesempatan sahaja kerana Pulau Pinang mempunyai pelbagai tarikan pelancongan.



Ke Penang dengan feri Pulau Angsa (satu kereta RM 7.70)


Muzium Interaktif Penang (seorang RM 15)


Lukisan 3D


Bakat manusia.


Ronda-ronda sambil membeli belah buah tangan.



Lepak di pantai sampai malam.



Ambil angin malam di Bukit Bendera. (seorang RM 3)



Sekian aktiviti di Pulau Pinang. Banyak lagi tempat menarik yang tidak dapat dilawati kerana kesuntukan masa. Mungkin di lain peluang, Pulau Pinang akan sekali lagi menjadi destinasi yang menarik untuk di lawati.

Labels: 0 komen | edit post

Sepetang di Floria Putrajaya


Petang yang lalu, membawa diri ke Putrajaya untuk melawat Floria Diraja 2015. Berlangsung selama 1 minggu, festival bunga dan lanskap ini di adakan di Anjung Floria, Presint 4 dengan kadar bayaran RM5. Terdapat bas ulang alik percuma dari perlbagai lokasi berdekatan Putrajaya ke tempat floria di adakan.




Sampai sudah di Floria 2015




Kebun Persahabatan Malaysia-China.



Fantasy Garden



Wakil lanskap negeri-negeri.


Taman musim bunga dan musim sejuk (tiket RM 3)



Seni gubahan bunga di serata Asia.


Lanskap wakil majlis tempatan


Lanskap badan kerajaan & swasta.


Sekian aktiviti di Floria Putrajaya. Sesungguhnya, pameran ini amat berharga untuk sesiapa yang menggemarkan keindahan flora. Ianya juga mendekatkan manusia dengan penjagaan alam semulajadi dan budaya kitar semula.




Labels: 2 komen | edit post