Mendaki Gunung Arong


Hari kedua, 17 September 2016 sempena cuti panjang, kami menjejak kaki pula ke Mersing, setelah selesai sahaja mendaki Gunung Pulai. Kami bermalam di Pantai Air Papan pada malam itu supaya seawal pagi esok dapatlah kami mendaki pula Gunung Arong. Jadi sempatlah kami ber BBQ dan berkhemah di pantai bertemankan cahaya bulan penuh.



Bermalam di Pantai Air Papan.


Pagi seawal jam 7.30pagi kami telah sesiap mengemas tapak khemah untuk sesiap ke Gunung Arong. Kami akan mendaki gunung ini bersama sekumpulan lain demi memenuhi kuota permit dan pemandu pendakian. Namun, malangnya perancangan itu tidak seindah yang di jangka kerana kami yang antara terawal tiba, di tinggalkan pula gara-gara tiada komukasi yang baik. Maka kami bersahaja menaiki Gunung Arong berpandukan blog dan Google Maps.



Peta lokasi Gunung Arong.


Permulaan mendaki Gunung Arong terletak di Kg. Tanjung Resang dan penamatnya di Teluk Gorek. Oleh yang demikian, adalah baik pendaki-pendaki berkumpulan membawa dua kenderaan, satu di parkir di Kg. Tanjung Resang (permulaan) dan satu lagi kenderaan di letak di Teluk Gorek (penamat). Ini bertujuan memudahkan pengangkutan untuk pulang kecuali anda ingin menamatkan pendakian di tempat mula. Yang terjadi pada kami yang tiada pengalaman, kami terpaksa meminta ihsan penduduk kampung bermotorsikal untuk menghantar seorang pemandu mengambil kenderaan di Kg. Tanjung Resang yang terletak kira-kira 2 kilometer jauhnya. (penat juga berjalan kaki)



Inilah pemulaan pendakian di Kg. Tanjung Resang.



Terdapat trek landai dan trek mendaki.



Selain pokok-pokok lurus,
ada juga batu-batuan di sepanjang trek.



Sampai jua di puncak, ini spot pemandangan di batu.


Spot pemandangan di penghadang besi,
spot pemandangan di pelantar kayu,
dan pondok rehat di puncak.



Sudah di puncak, turun lah kan.



Sampai sudah di Pantai Teluk Gorek. (penamat)


Sekian pendakian kami di Gunung Arong yang bermula dari jam 9.30 pagi hingga jam 1.30ptg. Sesungguhnya pendakian gunung setinggi 240meter ini menyeronokkan kerana trek yang dijaga baik dan mempunyai pemandangan yang cantik kerana kombinasi darat dan laut. Trek ini juga agak mudah untuk yang sudah biasa mendaki dan mencabar untuk yang baru mendaki.

Mendaki Gunung Pulai, Pontian



Hari kedua, 16 September 2016 sempena cuti panjang, kami menjejaki kaki pula ke daerah Pontian. Seawal jam 9pagi kami sudah sampai, namun telah ramai lagi pelawat sudah menjejaki kaki di sini. Hutan lipur ini telah di rasmi pembukaan semula, maka caj masuk kenderaan di kenakan RM 2 satu kenderaan. Tanpa membuang masa kami mulakan pendakian dalam pukul 9.30 pagi melalui laluan trek tanah. (selain trek tar).



Lokasi Gunung Pulai.


Ayuh mendaki.


Pendakian bermula.



Trek landai..sebelum mula mencanak naik.


Ada kalanya letih... kita berehat sebentar.


Penat mendaki....
kita rehat lagi menikmati kehijauan alam.


Tidak hanya pokok, batu besar juga ada di sana.




Akhirnya, sampai berhampiran puncak.. rehat dulu.




Akhirnya, inilah rupa kawasan puncak Gunug Pulai,
kawasan larangan dengan stesen pemancar kawalan tentera.



Kami sudah penat namun gembira,
pulang melalui jalan tar hingga ke kaki gunung.


Sesungguhnya, pendakian Gunung Pulai setinggi 654 meter ini amat sesuai untuk semua golongan kerana menyediakan trek jalan tanah dan trek jalan tar. Pilihan di tangan anda untuk memilih laluan mencabar atau sebaliknya. Kedua-dua trek mempunyai laluan yang elok.. cuma memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Terdapat juga kawasan air terjun, namun kami tidak menjejakkan kaki ke sana kerana ramai pengunjung datang sempena hari cuti. Jadi, misi mendaki kami berjaya di sini.

Menerokai Sungai Pelepah, Kota Tinggi


Pada 15 September 2016, sempena mengambil cuti sambungan Hari Raya Haji dan Hari Malaysia, masa cuti kali ini di isi dengan aktiviti mengembara dan mendaki kawasan hutan Sungai Pelepah. Sungai ini terletak berhampiran dengan Air Terjun Kota Tinggi, namun perlu merentasi ladang kelapa sawit dan anak sungai sebelum menemui kolam air terjun yang menarik.


Peta ke laluan Sg. Pelepah Kiri



Setelah merentasi ladang kelapa sawit,..
barulah temui anak sungai dan kawasan khemah.


Rentasi sungai lagi.. panjat bukit...
jumpa sungai lagi.



Barulah dapat menikmati kolam air terjun
ke 4 yang menarik.


Kolam air terjun yang ke 5 paling luas.


Kami terokai lagi Sg. Pelepah.. dan rehat sebentar.


Sudah sampai di punca air Sg. Pelepah..
maka, kami pun pulang