Bercuti ke Kundasang, Sabah



Pembukaan aktivi jalan-jalan tahun 2019, dimulakan di Kundasang, Sabah. Kawasan yang terletaknya Gunung Kinabalu ini amat terkenal dengan pemandangan indah dan suhu yang sejuk. Maka, kebetulan percutian kami 3H2M jatuh pada hari hujan, maka suhunya sangat sejuk dan berudara lembab.



Sekitar identiti Kundasang.


Singgah pekan dan Dataran Sayur makan tengahari
dan beli buahan tanam tempatan
(strawberi, ciku, buah tarap, epal kundasang,
 buah kuning telur (canistel) avocado kundasang)


Kami menginap di Happy Village Kundasang.



Biliknya selesa, banyak kemudahan
dengan pemandangan gunung.



Esoknya, lepas sarapan kami ke Desa Dairy Farm.



Oleh sebab gerimis, dapat tengok lembu
dan kambing dalam kandang sahaja.



Kemudian, singgah ke Kundasang War Memorial,
memperingati askar British, New Zealand dan Australia
terbunuh di Sabah semasa perang dunia ke 2.



Ke Tapak Warisan Poring (RM 3), merasa air panas
dan canopy walk (RM 3).



Hari terakhir, singgah ke Pekan Nabalu beli cenderamata.


Sekian percutian ke Kundasang pada 26-28 Januari yang lalu. Sesungguhnya, amat berpuas hati dengan percutian ini dan pasti akan kembali untuk melihat tempat-tempat menarik yang lain.