Melawat Segamat

       
       Hari minggu yang bosan menggerakkan aku ke Segamat pula, itupun setelah dipelawa kali ke tiga oleh seorang rakan di sana. Maka, tanpa berlengah lagi, aku bergerak ke Segamat untuk melawat tempat menarik di sana.





View Larger Map
Lokasi Segamat di Negeri Johor.



Dah sampai dah di Segamat.



Menara jam Segamat.


Mercu tanda Segamat, durian!


Bandar Segamat dengan bangunan lama dan baru.


          Motif utama ke Segamat sebenarnya lebih kepada riadah. Maka, kami ke Hutan Lipur Sungai Bantang di Bekok untuk mandi sungai. Terletak kira-kira 17km (25min perjalanan) dari jalan utama Yong Peng-Segamat, perjalanan ke sana mudah kerana di hubungkan dengan jalan bertar disamping papan tanda arah.


Gerbang masuk Hutan Lipur Sg. Bantang, Bekok.




Lokasi sesuai untuk kanak-kanak dan keluarga berkelah.




Redah hutan ke dalam lagi ....
baru la jumpa port best!


Ada jeram yang syokk untuk mandi.



Pandangan dari atas jeram,
air sungai jatuh ke kolam,
siap ada ikan dalam kolam cetek tu..



Fuhh... segar dan sejukk airnya...



Jom berkelah disini!



      Setelah dekat 2jam mandi mandi di jeram Sungai Bantang, kami pun pulanh. Sekian aktiviti menarik aku di Segamat. Banyak lagi lokasi menarik di Segamat tidak sempat di terokai, maka semestinya akan kembali lagi di sini!

Melawat Kluang (Hari Pertama : 3-07-2010)

Hari minggu yang lalu aku dan geng mengisi masa lapang untuk melawat sorang kawan di Kluang. Idea lawatan ke sana telah lama tertangguh-tangguh, namun berkat langkah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memulakan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 minggu lepas, kami meniru jejak langkah baginda sultan dengan melawat ke Kluang dengan menaiki keretapi.




View Larger Map
Lokasi daerah Kluang, Negeri Johor.



Mulakan perjalanan dari stesen KTM Johor Bahru
dengan Express Sinaran Petang jam 2.30ptg.



Perjalanan selama sejam di isi dengan
aktiviti membaca (belia contoh!.. ehe)



Kami tiba di stesen KTM Kluang sejam kemudian.


KMJ 2010 singgah di sini.



Minum petang di kopitiam terkenal, Kluang Railcafe.




Menu petang itu...sedapppp.



Setelah perut kenyang, kami segera beredar ronda-ronda di sekitar bandar Kluang. Bandar Kluang didapati agak besar juga berbanding bandar-bandar di daerah lain. Persekitarannya padan dengan penduduk pelbagai kaum dengan pelbagai kemudahan seperti..




Yeah.. mercu tanda Kluang!



Pembangunan di Kluang.




Aktiviti petang yang best di Kluang..
bowling di Kluang Parade.


Aktiviti malam yang best di Kluang..
karaoke di Kluang Mall.


Aktiviti lewat malam yang best di Kluang..
melepak di Dataran Tasik, Kluang.



Sekian aktiviti hari pertama kami di Kluang. Walaupun penat, tapi kami seronok di hari pertama.
Labels: 0 komen | edit post

Melawat Kluang (Hari Kedua : 4-07-2010)


Hari kedua di Kluang, kami ke Hutan Lipur Gunung Lambak seperti di rancang. Gunung setinggi 510m dari atas aras laut ini terletak tidak jauh dari Bandar Kluang, malah boleh di lihat dari mana sahaja lokasi di bandar Kluang. Maka, kami ke sana pada pukul 10pagi setelah siap bersarapan.



Kami menuju ke Gunung Lambak.




Gunung Lambak Eco Resort,
pihak pengurusan pusat rekreasi Gunung Lambak.



Kolam rekreasi untuk kanak-kanak.
Tiket masuk hanya RM3-5



OK, yang dewasa buat aktiviti lagi mencabar,
mendaki gunung.




Ayuh mendaki...
mudah.. laluan telah tersedia.





Baru 1100m mendaki...
jgn nak kotorkan hutan semulajadi.




Jumpa sungai kecil.. sejuknya air!




Kami selamat tiba di Gunung Lambak!




Pohon besar di Gunung Lambak.




Berehat di jambatan gantung sebelum pulang.



Sekian aktiviti kami di Kluang pada hujung minggu. Kami bersyukur kerana kami selamat dan gembira berada di Kluang. Banyak lagi tempat-tempat menarik di Kluang belum kami terokai, mungkin di lain masa.


Kami selamat kembali ke JB.



Perjalanan dengan keretapi KTM juga memuaskan. Masa menunggu yang cepat dan masa perjalanan yang masih boleh dipuji kecepatanya. Berbaloi dengan RM 14 sehala. Sekian.

Labels: 0 komen | edit post

Melawat Hutan Bandar, Pasir Gudang.



         Sempena Hari Lanskap Negeri Johor 2010, aku singgah ke Hutan Bandar Pasir Gudang yang merupakan lokasi pameran lanskap tersebut. Lokasi tersebut juga terletaknya Bukit Layang-layang yang menjadi tempat rekreasi dan riadah bagi pengunjung. Namun, kelainan pada waktu itu, beberapa lanskap taman dari daerah-daerah negeri Johor dibina untuk meraikan Hari Lanskap tersebut. Antaranya seperti berikut...




View Larger Map
Lokasi Pasir Gudang



Ayuh kita ke Hutan Bandar Pasir Gudang.


Lanskap dari Tangkak.


Lanskap dari Labis.


Lanskap dari Segamat.


Lanskap dari KEJORA


Lanskap dari Kota Tinggi



Lanskap dari Simpang Renggam


Lanskap dari Pontian



Lanskap taman ekologi.


Lanskap dari Mersing.



        Sesungguhnya usaha mempamerkan lanskap hijau ini dapat di contohi oleh masyarakat, pihak berkuasa dan syarikat-syarikat agar mewujudkan suasana cantik dan segar di kediaman mahupun di tempat kerja. Maka, usaha ini dilakukan juga oleh Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang ke atas kawasan pentadbiranya yang baru sahaja di istiharkan menjadi Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Antara lanskap menarik di Pasir Gudang seperti



Tasik Hutan Bandar.



Pepohon hijau di Dataran Aqabah.



Pancuran air dan pepohon hijau.


Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang
dan Menara Aqobah.



         Sekian aktiviti lawatan ke Pasir Gudang. Semoga Pasir Gudang terus maju dengan pembangunan dan sektor industri disamping tidak melupakan suasana hijau agar suhu disana tidak terlalu panas dan udara tidak terlalu kotor.










Labels: 4 komen | edit post