Percutian sehari ke Pulau Rusukan, Labuan



      Cuti hujung minggu yang membosankan, jejak kaki ini ke Pulau Rusukan, Labuan. Pakej harga pengenalan cuti sekolah RM99 ditempah melalui iklan di Pulau Rusukan Labuan, maka pagi Sabtu jam 9, aktiviti ke pulau ke pulau pun bermula.



Berkumpul di Marina Labuan untuk
ke Pulau Rusukan dengan 12 pelancong lain.


Tiba di Pulau Rusukan Besar lepas 30minit perjalanan.


Pulau Rusukan Chalet.


Tarikan di Pulau Rusukan, ada Pusat Konservasi Penyu,
tapi tiada penyu sebab belum musim.


Ada juga pusat Konservasi Kima dan bilik pameran.


Lepas salin baju, snorkeling di perairan Pulau Rusukan Kecil.



Banyak ikan dan pelbagai batu karang keras dan lembut,
nampak ada berwarna warna


Batu karang acropora dan staghorn.


Jumpa tunggul karang yang ada sekampung Nemo tinggal.


Lepas rehat makan jam 12.30 tgh dengan seafood buffet,
sambung snorkeling di Pulau Rusukan Besar.


Di kawasan jeti,dan pantai kawasan berpasir,
jumpa tapak sulaiman dan ada pelbagai jenis ikan.


Di kawasan lain, ada pelbagai karang laut.


Ada pelbagai ikan dan ada kima gergasi.


Penat dah snorkeling, lepak-lepak dulu.



Lepas mandi bilas, ambil gambar kenangan.



Koleksi mural dinding yang cantik.



Kalau nak bermalam, ada chalet.

Menjelang jam 3.30 ptg, kami pun pulang semula ke Marina Labuan. Sesungguhnya, percutian sehari di Pulau Rusukan ini menarik untuk aktiviti snorkling dan berehat. Ada pelbagai jenis batu karang cantik yang lain dari pulau lain untuk di lihat.


Labels: , edit post
2 Responses
  1. Unknown Says:

    kalau nak snorkeling kena cas lagi ke?


  2. Adan Seaver Says:

    kalau ikut pakej tu, xpayah bayar, sampai2 pulau, blh ambil snorkeling equipment dan terus ikut bot mereka.


Post a Comment