Alhamdullilah, akhirnya PKP kembali di Labuan setelah berbulan-bulan menjalani PKPB akibat wabak COVID-19 yang melanda teruk di pulau yang kecil ini. Tahun 2020 menjejaskan industri pelancongan kerana sekatan perjalanan hingga Tahun Melawat Malaysia 2020 juga di batalkan.
Maka, terpaksalah duduk rumah dan jalan-jalan di sekitar Labuan sahaja. Maka, penamat tahun 2020 ini, membawa diri melawat tempat yang menghijau tapi agak kurang pelawat datang, kecuali pengemar pemancing. Tempat yang dimaksudkan ialah Taman Ekologi Paya Bakau Kina Benua.
Ikut sahaja laluan pejalan kaki, hingga masuk ke dalam jumpa sungai.
Biasanya, adalah kaki pancing melepak mancing ikan.
Ada pelantar pejalan kaki untuk meredah hutan bakau semulajadi di sini.
Kalau bernasib baik, jumpa pelbagai burung dan jangan terkejut kalau jumpa buaya.
Adalah juga pondok tempat rehat dan sumber maklumat tentang paya bakau.
Tapi tak lama nak duduk sini, nyamuk banyak.
Sekian, lawatan ke alam semulajadi di Labuan. Taman paya bakau ini sentiasa di buka 24jam tapi perlulah hati-hati kalau datang malam sebab ada seekor buaya air masin hidup di sungai tersebut. Semoga tahun 2021 nanti, akan lebih sejahtera untuk kita semua bebas melakukan pergerakan terutamanya aktiviti pelancongan.
Post a Comment