Sempena cuti Deepavali yang lalu, jejak kaki solo ini ke Pulau Mantanani, Sabah. Perancangan yang tergesa-gesa sebab risau dengan cuaca tak menentu, akhirnya termakbul juga hasrat menjejak kaki ke Pulau Mantanani dengan pakej RM 210 menggunakan khidmat Pakej Pulau Mantanani Murah. Bayaran di bayar pada hari Jumaat, maka, Ahad pagi jam 7, sudah sesiap untuk bertolak ke Rampaian Laut, Kota Belud dari penginapan di Kota Kinabalu.
Jam 10 pagi, tiba di Jeti Rampaian Laut, naik bot dengan 40 penumpang lain.
Bernasib baik dapat tengok proboscis monkey lagi dekat jeti.
40 minit perjalanan bot yang enjin asyik terberenti,
akhirnya bot berhenti di spot pertama Pulau Mantanani.
15minit untuk bergambar di beting pasir Pulau Mantanani.
Dah puas bergambar, baru bot bawa ke lokasi persalinan baju.
Bersiap untuk snorkeling.
Bersiap untuk snorkeling.
Kemudian, di bawa ke laut terbuka perairan Pulau Mantanani.
Katanya 5 meter dalam, maka, arus bawah air kuat, ikan tak pelbagai.
Ada acropora cytherea yang biasa keliahatan
dan banyak blue staghorn coral.
Kemudian, bot bawa ke lokasi kedua,
yang lebih cetek dan arus perlahan, berhampiran Pulau Lungisan.
yang lebih cetek dan arus perlahan, berhampiran Pulau Lungisan.
Banyak lettuce turbinaria dan ada blue starfish.
Jam 1.30 petang pulang untuk makan dan bilas mandi.
Lapar letih, semua ada, melantak buffet seafood sampai kenyang dan rehat.
Dekat jam 3 petang, bergambar sikit sebelum pulang.
Sekian, aktiviti seharian di Pulau Mantanani. Jam 4 ptg kembali semula ke Jeti Rampaian Laut, dan terus ke penginapan Kota Kinabalu semula dengan van pelancong. Sesungguhnya, tertunai sudah satu lagi senarai baldi dan puas hati dengan pakej ini. Namun, sebab sudah biasa dengan aktiviti laut, pengalaman di Pulau Mantanani boleh di katakan biasa-biasa sahaja (tak jumpa sesuatu kelainan), walaupun sempat melihat dua ekor penyu berenang di sana.
Post a Comment