Bercuti ke Semporna (Hari 1)
3:38 PM
Percutian kali ini membawa diri ke Semporna, Sabah yang telah di rancang sejak awal tahun lagi. Bermula pada jam 6pagi hari Jumaat dari Labuan merentasi ke Menumbok dengan feri RORO, kemudian menaiki bas ekspress Menumbok jam 8.30pg terus ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk menaiki pesawat jam 1.50ptg.
Tiba di Tawau Airport jam 2.45ptg. Naik van sewa yang
menunggu depan airport untuk pelancong ke Semporna,
tambang RM25 untuk perjalanan 1jam 20minit.
menunggu depan airport untuk pelancong ke Semporna,
tambang RM25 untuk perjalanan 1jam 20minit.
Sampai pekan Semporna, ada Festival Regatta Lepa.
Meriah dengan perahu dan sampan di hias cantik.
Sambutan kali ke 25 meriah untuk meraikan budaya Bajau Laut.
Hiasan dan ukiran lepa yang cantik akan di pilih sebagai pemenang.
Ronda-ronda sekitar pekan Semporna.
Meriah dengan gerai jualan sempena Festival Regatta Lepa.
Lepas puas meronda Pekan Semporna, baru check-in ke Poga Backpacker, penginapan untuk 3 hari di Semporna. Malamnya, ada persembahan sambutan Regatta, namun sebab terlalu ramai orang dan kepenatan, saya tidur awal untuk simpan tenaga untuk esok.
Post a Comment