Bercuti ke Semporna. (Hari 2)
11:33 AM
Pada hari ke 2 percutian, barulah pakej Semporna yang saya tempah bermula. Jam 9 pagi bergerak meninggalkan Semporna bersama penumpang lain dalam keadaan hujan lebat.
Meninggalkan pekan Semporna menuju Pulau Mabul.
Menginap 1 malam di Chalet Arung Hayat.
Katil King dengan aircon dan tandas.
Lepas check-in, meronda ke kawasan
kampung Mabul untuk makan tengahari.
Jam 2ptg, ke resort Pulau Sipadan-Kapalai untuk snorkling.
Terdapat coral dan Blue Starfish
cantik di kawasan cetek.
Di kawasan lebih dalam, banyak ikan berenang.
Kemudian, snorkling pula di resort Pulau Mabul yang cantik.
Banyak tapak sulaiman di pantai berpasir yang cetek
dan terdapat tukun tiruan penuh ikan besar di kawasan dalam.
Balik pulang jam 4.30ptg,
sambung snorkling di sekitar penginapan.
Lebih banyak chocolate chip Starfish
hidup di rumput air.
Hati- hati banyak juga landak laut.
Menjelang lewat petang,
berehat menyaksikan kehidupan bajau laut.
Malamnya, hanya makan bufet ayam dan ikan goreng, berehat di resort, edit gambar sambil charge kamera kerana waktu operasi elektrik hanya dari jam 6ptg hingga 6pg sahaja.
Post a Comment