Bercuti ke Semporna. (Hari 3)
11:11 AM
Hari ke 3 di Pulau Mabul, awal pagi lagi sudah bangun untuk menyaksikan matahari terbit. Saya berjalan ke beberapa buah resort berdekatan untuk mengambil gambar kenangan.
Matahari terbit di Pulau Mabul.
Nyaman menikmati suasana pagi.
Hampir jam 9pagi matahari mulai cerah.
Air kebiruan jernih di Pulau Mabul.
Menjelang jam 11pagi bergerak pulang
meninggalkan Pulau Mabul. Bye Mabul dan orang laut.
meninggalkan Pulau Mabul. Bye Mabul dan orang laut.
Kembali check-in penginapan di Poga Backpacker, berehat dan
jam 3ptg ke Bukit Tengkorak menaiki Grabcar RM11.
Terdapat muzium mempamerkan penemuan arkeologi.
Penemuan perahu dan tulang temulang manusia.
Replika haiwan yang di tanam bersama
manusia terawal di Semporna.
Puas melawat muzium, naik pula ke Bukit Tengkorak.
Boleh tahan tinggi memanjat tangga hingga ke puncak.
Di pelantar menyaksikan pemandangan cantik
Pulau Bum-Bum.
Ada tempat berehat dan anjung tinjau di bawah.
Pemandangan batuan dan padang rumput Bukit Tengkorak.
Rupanya terdapat kawah gunung berapi purba di Semporna
dan terdapat gua kecil di Bukit Tengkorak.
Jam 5ptg pulang ke Pekan Semporna menaiki Grabcar juga,
ke Pusat Pelancongan Lautan Semporna.
Terdapat chalet dan restoran yang cantik.
Juga terdapat pusat jualan cenderamata kenangan Semporna.
Sekian aktiviti percutian pada hari ke 3 di Semporna. Malam hari ke 3, hanya makan di retoran berdekatan penginapan dan berehat untuk aktiviti esok.
Post a Comment