Bercuti ke Cameron Highland. (Hari 2)


Hari ke 2 di Cameron Highland, seawal 9pagi, saya mengikut pakej TJ Travel and Tour untuk menjelajah kawasan utara CH. Pakej ini telah di book sehari sebelum dengan bayaran RM50.



Menaiki Land Rover dengan
pemandu pelancong yang penuh informasi.


Singgah di ladang teh BOH Sungai Palas.


Ke Mossy Forest jam 10.30pagi.


Pemandangan di menara tinjau, suhu masih dingin.


Laluan pelantar kayu untuk jelajah hutan berlumut.


Singgah sejam di BOH Tea Centre untuk rehat.


Menikmati teh, kek dan scone
sambil menikmati kehijauan ladang teh.


Di sini juga ada informasi tentang perusahaan teh.


Boleh melihat kilang teh yang beroperasi.


Jam 12 tgh, singgah ke pasar Kea Farm,
macam-macam hasil kebun di jual.


Masuk ke Kea Garden, ronda-ronda.


Singgah ke Big Red Strawberry Farm.



Ada juga tanaman kaktus.



Sayuran subur, merasa jus butterhead lettuce
yang masin-masin.



Habis tour jam 2 petang, terus sewa lagi motor
ke Lavender Garden, RM10.



Pokok lavender sihat tapi tiada bau.



Pelbagai jenis bunga cantik.



Lavender tingkat atas ada agak wangi.



Tarikan di Lavender Garden.



Lepas sejam di Lavender Garden,
singgah makan di Cafe Lorong.


Sekian aktiviti hari ke 2 di Cameron Highland, malamnya hanya menonton tv di penginapan sambil makan strawberi dan anggur. Hari ke 3 pula, santai-santai bergambar pemandangan sekitar Tanah Rata sebelum balik ke Kuala Lumpur jam 10.30 pagi dengan menaiki juga bas Pahang Lin Siong Motor ke Perhentian Pekeliling.




Ronda-ronda sekitar Tanah Rata.


Pemandangan cantik kenangan di Cameron Highland.


Sekian tercapai 3H2M saya di Cameron Highland untuk pertama kali. Kos solo saya ke sini kira-kira RM 324.80 (Penginapan 3H2M : RM50, Tambang pergi-balik RM 44.80, Pakej Jelajah Brincang : RM 50, Sewa motor 2x : RM 80, Makan dan tiket masuk : RM 100). 
0 Responses

Post a Comment