Sempena keberadaan saya ke Kuala Lumpur, saya mengambil kesempatan bercuti ke Cameron Highland 3H2M, Isnin hingga Rabu. Saya menaiki bas dari Perhentian Bas Pekeliling dengan harga RM 22.40 dengan perjalanan 4jam 30min melalui Genting Sempah-Bentong-Raub-Sungai Koyan-Tanah Rata.
Naik bas jam 9pagi, sampai Tanah Rata jam 1.30ptg.
Menginap di TJ Lodge, Tanah Rata,
semua kemudahan dekat.
Sewa motor RM40 depan TJ Lodge ke Bertam Valley.
Singgah di Ladang Anggur Joo Huat Nusery.
Beli anggur sekilo RM 25.
Singgah di The Lakehouse, CH melihat
bangunan gaya Tudor English.
Singgah ke ladang teh Bharat.
Ladang teh yang luas dan menghijau. Cantik.
Singgah ke Taman MARDI, RM 5.
Pelbagai tanaman bunga dan sayur.
Ada juga ladang strawberi, namun buah belum masak.
Melepak di Dataran Pertabalan Tanah Rata.
Singgah ke Smurf Inn, tapi kedai tutup.
Sekian, hari pertama di Cameron Highland. Malamnya, saya hanya ronda-ronda berjalan kaki di sekitar Tanah Rata yang hidup di malam hari dengan gerai-gerai dan pelancong dalam dan luar negara.
Bagus sekali pemandangannya, seperti di Berastagi Medan. Bila nak kembara ke Medan ( Sumatera Utara ) Indonesia. Banyak tempat cantik disini
Tunggu ada yg mengajak ke sana :)