Sempena cuti CNY yang lalu, saya ke Sipitang dan Beaufort, Sabah. Perjalanan dari Menumbok mengambil masa 1 jam ke Beaufort dan 40minit lagi untuk sampai ke Sipitang dari Beaufort.
Esplanad Sipitang, tempat lepak.
Makan-makan sambil menikmati bayu laut.
Menginap di Pekan Beaufort. Jasaria Hotel.
Esoknya, jam 7 pagi sudah bersedia
di Stesen Keretapi Beaufort.
Merasa naik koc old school untuk ke Stesen Pangi.
Tambang RM 2.95 sama harga ke Stesen Tenom.
Merentas hutan dan tepi sungai.
Keretapi berhenti di Stesen Halogilat untuk
bertukar keretapi ke arah Tenom.
Berhenti pula di Stesen Rayoh untuk simpan beg.
Kemudian, teruskan perjalanan ke Stesen Pangi.
Bersiap sedia dengan kelengkapan dan taklimat.
Ready.. let go.
Selain berdayung, ada peluang merasa berenang di sungai.
Setenang air, ada juga geloranya.
Gambar di beli, di ambil jurukamera mengikut bilangan gambar
di bahagikan dengan jumlah peserta satu bot.
Seronok terumbang ambing dengan ombak sungai.
Alhamdullilah, bot kami tidak terbalik.
Tamat jam 1.30 ptg di Stesen Rayoh.
Pakej di tempah awal di Kiulu White Water Rafting
berharga RM150 dari Beaufort
Post a Comment