Cuti-cuti Pangkor (Hari pertama : 1-10-09)

Bersempena cuti raya yang masih ada, kami berlima telah bercuti ke Pulau Pangkor. Dari rancangan awal percutian untuk reunion Geng Ciri ke Pulau Redang, kemudian ke Pulau Phuket, namun Pulau Pangkor menjadi pilihan kerana faktor kos dan cuaca. Maka, perancangan yang teliti dibuat semasa bulan puasa, maka hasilnya adalah percutian ke Pulau Pangkor bersama kwn² lain ini menjadi juga, malah tidak mengecewakan.


Gigih dari Jb ke Pulau Pangkor.


Bertolak dari 9.30mlm dari Larkin pada 30 September, bus yang dipandu perlahan mengambil masa 8jam untuk tiba di Manjung. Sepatutnya bus tersebut menghantar terus ke Lumut, namun kami di diskriminasi oleh pemandu tersebut oleh kerana kami hanya 3 org ke Lumut. Khidmat bus ini memang mengecewakan sebenarnya, kerana bertukar syarikat bus sejak belum bergerak lagi. Awalnya tertulis di kaunter belian tiket adalah Syarikat Konsortium, kemudian dimaklumkan bakal menaiki bus Selat Keris, tetapi bila tiba masanya, disuruh pula menaiki bus Zaman Indah. Aduhhh.. sentap! Tapi nasib baik busnya selesa.. kalau tak,matilah ko kena maki sumpah seranah!



Dah sampai dah di Pekan Lumut,
sauh kapal sebagai simbolik Bandar TLDM



Tiba di Manjung, kami segera mendapatkan teksi, lalu dihantar ke Lumut yang mengambil masa 20min perjalanan. Kerana masih subuh 6pagi, kami solat sebentar di surau berhampiran menunggu Jeti Lumut dibuka. Kemudian kami bersarapan di Medan Selera Lumut sambil berbincang aktiviti yang bakal dibuat. Bila hari semakin siang, mulalah kami bersesi gambar di Lumut Waterfront sebagai kenangan. Sesungguhnya kawasan itu cantik, menarik dan bersih. Syabas Majlis Perbandaran Manjung! Puasla kami berposing bagai kejakunan disegala monumen binaan seperti berikut...



Moyang Marlin untuk makan tengahari nanti.


Ikan Parang ni untuk di bawa pulang ke Jb.

Menjelang jam 10pagi, barulah kami membeli tiket feri dengan harga RM10 untuk pergi-balik. Perjalanan feri ke Pulau Pangkor mengambil masa 30min itu dipenuhi lagi dengan aksi bergambar di atas feri, maklumlah mungkin seumur hidup, sekali ni je kot nak sampai ke Pangkor. Apatah lagi bersama kawan-kawan sekapal, pastinya meriah uols!

Atas feri menuju Pulau Pangkor
dengan membelakangkan Pengkalan TLDM Lumut.

Sampai di Jeti Pulau Pangkor, kami terus di tegur oleh agen kereta sewa. Yesss, kami memang memerlukan khidmat kereta sewa gaar mudah perjalanan kami berlima di Pangkor kelak. Dengan sewa RM70 sehari, kereta Iswara tersebut adalah paling selesa untuk kami berlima berbanding RM60 untuk Kancil. Lantas kami terus guna Kancil tersebut ke penginapan di Teluk Nipah, sebelum agen tersebut menghantar sendiri Iswara ke sana.


Perjalanan dari Jeti Pangkor ke Teluk Nipah mengambil masa 20min tanpa tersesat, maklumlah ada bantuan peta. Walaupun masih jam 11pagi, pihak penginapan kami iaitu Palma Beach Resort (http://www.palmabeachresort.com.my/) amat baik membenarkan kami check in. Apalagi, kami yang kepenatan segera melepaskan lelah di Bilik Deluxe yang selesa untuk kami berlima. Terus tidur uolls, maklum lah, dapat katil empuk dan bilik berhawa dingin.


Menjelang jam 2ptg, bila terasa perut dah lapar, barulah kami bangun sesiap untuk jalan-jalan cari makan. Oleh kerana bukan hari minggu, gerai dan kedai di Teluk Nipah ini agak kurang dibuka. Maka, terpaksalah kami mencari makan di Pekan Pangkor, berdekatan dengan Jeti Pangkor. Nasib baik ada terjumpa sebuah gerai makan berhampiran Pusat Kesihatan Pangkor, walaupun rasanya agak hambar,
tapi dah lapar, lets... bedalllll.


Kemudian, seperti yang dirancang, kami memulakan acara ronda-ronda cuti mata keliling Pulau Pangkor. Aktiviti pertama adalah shopping cendermata dan segala jenis sotong kering dan kerepek. Segalanya boleh didapati di Pekan Lumut yang lengkap segala kemudahan asasnya termasuk bank dan mesin ATMnya.

Kota Belanda tapi bukan di Belanda.

Posing menahan dinding dari runtuh.


Kemudian kami bertolak pula ke Kota Belanda yang mengambil masa 5 min berkereta. Kota Belanda tinggalan penjajah Belanda ini hanyalah tinggal runtuhan dan kini dijadikan lokasi tarikan pelancongan Perak. Seperti biasa, kami bergembira dan bergambar bagai. Tiba masa nak balik, duka pulak yang
sampai. Kereta habis minyak!! Sabar je la, kering minyak tu rupanya. SIb baik la ada budak kampung yang tinggal berdekatan sudi membantu membelikan minyak di pekan. Lenkali kalu nak bergembira, sila pastikan semuanya mantap yaa..


Setelah itu, kami bertolak ke Batu Bersurat yang sangatla dekat dengan Kota Belanda tersebut, tapi apabila melihat dari dalam kereta, kami terus tidak berminat hendak turun. Mana tak nya, dengan lokasinya di celah antara rumah penduduk yang sempit di jalan yang sempit, batu tersebut tidak ubah seperti batu tunggul yang biasa-biasa je pada kami.


Lalu kami terus melewati kawasan tersebut menuju Teluk Gadong. Namun, kawasan tersebut menuju jalan mati yang tiada apa-apa kecuali perumahan terbengkalai. Maka, kami berpatah balik, lalu menuju ke utara Pangkor. Kami melewati Kampung Sungai Pinang dengan jalan yang sempit sebelum mendaki Bukit Pangkor yang mencabar enjin kereta Iswara tersebut.


Menuruni Bkit Pangkor, kami menemui pula Teluk Belanga. Kami lepak-lepak sebentar di sana sambil mengambil gambar. Di sini terdapat Lapangan Terbang dan pantai, agak landai tetapi agak kotor dengan ranting dan daun-daun kering.



Pantai Teluk Belanga dengan Beach Boys dari Jb... haha.


Kemudian, kami beransur pulang dan menuju semula ke selatan iaitu ke Teluk Nipah. Namun, kami tidak terus balik bilik, kerana kami bercadang untuk mencari Air Terjun sambil jungle trecking la kononnya. Mulanya kami mengesyaki terdapat satu laluan jalan kaki memasuki ke hutan, lalu meredahnya. Namun,
kami mula syak wasangka kerana langsung tiada sungai walaupun terdapat tiang elektrik dan kabelnya. Lalu kami berpatah balik lalu mengesahkannya melalui peta dan bertanya kepada seorang pakcik.


Rupanya, kami sudah tersalah dan sebenarnya lokasi air terjun tersebut adalah satu lorong dengan Palma Beach Resort. Jadi kami berkereta di lorong tersebut hinggalah sampai di jalan mati. Dari situ kami sudah yakin kerana terdapat arah tanda ke Air terjun. Lalu kami menyusuri laluan hutan yang tidak sampai 10min sehinggalah tiba di air terjun yang dimaksudkan. Namun, air terjun tersebut amat mengecewakan hati kami kerana air terjunnya kecil, hanya sebagai tadahan untuk penduduk kampung kerana terdapat saluran paip di sana. Segera kami beredar dan pulang ke bilik sahaja untuk tidur dan merehatkan badan.

Gigih nak jungle tracking mencari air terjun.



Jumpa juga air terjun ni akhirnya.


Sesedar sudah malam, kami tercari-cari kedai makan terdekat dan malangnya seperti disiang hari tadi, tidak banyak yang dibuka. Nasib baik ada sebuah yang sudi membuka dan dipenuhi orang ramai, kalu kami makan disana sahaja. Setelah kenyang, kami lepak-lepak di bilik sahaja sambil menonton Tv dan CD. Begitulah tamatnya hari pertama di Pulau Pangkor.

0 Responses

Post a Comment