Sepagi di Taman Negara Johor Gunung Ledang

 

Alhamdullilah, dengan penularan wabak Covid19 semakin berkurang, maka pusat-pusat rekreasi mulai memberi kebenaran untuk menerima pengunjung. Maka, setelah sebulan menetap di Tangkak, dapatlah menjejakkan kaki ke pusat rekreasi di Taman Negara Gunung Ledang. Bukan pertama kali ke Gunung Ledang, misi kali ini untuk beriadah di kawasan lain di Gunung Ledang, iaiitu melalui pintu masuk pertamanya.




Awal pagi dah sampai pintu masuk pertama dari Sagil
untuk jogging.



Jogging 3km baru sampai, bayaran masuk RM 5.




Pusat pameran tutup, kita ronda-ronda dalam kawasan.




Singgah ke Kolam Gemilang dan Kolam Lagenda.




Ada juga chalet untuk menginap.


Jam 8.30 pagi beransur pulang setelah lengkap 10km berekrasi untuk hari ini. Sekian sepagi di gunung yang terkenal dengan lagendanya, Puteri Gunung Ledang.


Sepetang di Taman Ekologi Paya Bakau Kina Benuwa, Labuan.

 

       Alhamdullilah, akhirnya PKP kembali di Labuan setelah berbulan-bulan menjalani PKPB akibat wabak COVID-19 yang melanda teruk di pulau yang kecil ini. Tahun 2020 menjejaskan industri pelancongan kerana sekatan perjalanan hingga Tahun Melawat Malaysia 2020 juga di batalkan.

       Maka, terpaksalah duduk rumah dan jalan-jalan di sekitar Labuan sahaja. Maka, penamat tahun 2020 ini, membawa diri melawat tempat yang menghijau tapi agak kurang pelawat datang, kecuali pengemar pemancing. Tempat yang  dimaksudkan ialah Taman Ekologi Paya Bakau Kina Benua.




Tapak ekologi ini terletak di tepi Jalan Kina Benuwa
dan Sungai Kina Benuwa.




Ikut sahaja laluan pejalan kaki, hingga masuk ke dalam jumpa sungai.
Biasanya, adalah kaki pancing melepak mancing ikan.




Ada pelantar pejalan kaki untuk meredah hutan bakau semulajadi di sini.
Kalau bernasib baik, jumpa pelbagai burung dan jangan terkejut kalau jumpa buaya.





Adalah juga pondok tempat rehat dan sumber maklumat tentang paya bakau.
Tapi tak lama nak duduk sini, nyamuk banyak.


Sekian, lawatan ke alam semulajadi di Labuan. Taman paya bakau ini sentiasa di buka 24jam tapi perlulah hati-hati kalau datang malam sebab ada seekor buaya air masin hidup di sungai tersebut. Semoga tahun 2021 nanti, akan lebih sejahtera untuk kita semua bebas melakukan pergerakan terutamanya aktiviti pelancongan.


Percutian sehari ke Pulau Rusukan, Labuan



      Cuti hujung minggu yang membosankan, jejak kaki ini ke Pulau Rusukan, Labuan. Pakej harga pengenalan cuti sekolah RM99 ditempah melalui iklan di Pulau Rusukan Labuan, maka pagi Sabtu jam 9, aktiviti ke pulau ke pulau pun bermula.



Berkumpul di Marina Labuan untuk
ke Pulau Rusukan dengan 12 pelancong lain.


Tiba di Pulau Rusukan Besar lepas 30minit perjalanan.


Pulau Rusukan Chalet.


Tarikan di Pulau Rusukan, ada Pusat Konservasi Penyu,
tapi tiada penyu sebab belum musim.


Ada juga pusat Konservasi Kima dan bilik pameran.


Lepas salin baju, snorkeling di perairan Pulau Rusukan Kecil.



Banyak ikan dan pelbagai batu karang keras dan lembut,
nampak ada berwarna warna


Batu karang acropora dan staghorn.


Jumpa tunggul karang yang ada sekampung Nemo tinggal.


Lepas rehat makan jam 12.30 tgh dengan seafood buffet,
sambung snorkeling di Pulau Rusukan Besar.


Di kawasan jeti,dan pantai kawasan berpasir,
jumpa tapak sulaiman dan ada pelbagai jenis ikan.


Di kawasan lain, ada pelbagai karang laut.


Ada pelbagai ikan dan ada kima gergasi.


Penat dah snorkeling, lepak-lepak dulu.



Lepas mandi bilas, ambil gambar kenangan.



Koleksi mural dinding yang cantik.



Kalau nak bermalam, ada chalet.

Menjelang jam 3.30 ptg, kami pun pulang semula ke Marina Labuan. Sesungguhnya, percutian sehari di Pulau Rusukan ini menarik untuk aktiviti snorkling dan berehat. Ada pelbagai jenis batu karang cantik yang lain dari pulau lain untuk di lihat.


Labels: , 2 komen | edit post